dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 May 2009

Terima Kasih Wahai Komentar

Teman nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang datang ke blog kami nih.... posting kali ini merupakan pertama kali teman nak balas komen komentar dalam bentuk posting... sebab secara peribadi dia tanya teman.

berikut adalah komentarnyer

Anonymous said...

pendapat saudara pei hong ada nas-nas yg boleh diterima pakai terutamyanya check n balance. sy setuju kita mmg perlukan check n balance setelah sekian lama merdeka. mungkin skrg merupakan masa terbaik utk kita melihat suasana check n balance ni. just wait n see. tapi untuk saudara dugong darat ini memajukan melayu bukan racist namanya. kita nak lihat bangsa kita berjaya. bior balance dgn bangsa lain. kita lihat di singapore dia nak memajukan rakyat tp bangsa cina tetap diutamakan. jgn salah faham dgn maksud racist ni. sy berkesempatan melihat blog sudara dugong darat n apa yg saya faham saudara merupakan seorang penanam anggur kehormat dan seorang melayu. ptanyaan sy, berjayakah saudara dugong darat dr sudut bangsa melayu n rakyat malaysia? maaf sekiranya ptanyaan ini agak kasar tp itu reality. tp berdasarkan apa yg ditulis saudara pasti seorang yg bpelajaran cuma sy kurang pasti kenapa saudara begitu bangga dgn title pangganggur. apakah memajukan rakyat seperti kata saudara itu sebenarnya ckp2 kosong atau saudara sendiri yg memilih utk tidak maju atau sekadar melepaskan luahan rasa saudara. hanya saudara dugong darat yg lebih memahami.



Apa pun sebelum teman mulakan, teman nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab sudi mengunjung anje-online...

Kenapa teman kata terma memajukan melayu sudah bersifat racist. Nak teman ulang ker komen teman ini...

ok sebab masih tak faham, teman requote balik apa yang teman tulih masa membalas komentar tanpa nama...

Bagaimana pula dengan bangsa lain...??? Bagi saya, pernyataan memajukan melayu dah masuk kategori rasis... kenapa kita tak mahu majukan rakyat... mempertingkatkan taraf hidup rakyat... kita rakyat Malaysia... bukan rakyat melayu... kalau ader yang mengagungkan one malaysia, ini bukan terma mahu majukan melayu... terma itu mahu majukan rakyat... bukan majukan Melayu...(walaupun ciplak PR punyer, tetap nama nyer nak majukan rakyat, bukan lagi nak majukan bangsa...) ada faham...???

faham tak???

tak per teman ulas kembali, sekarang kepimpinan baru negara memperkenalkan konsep 1malaysia. Konsep ini sama seperti yang diperkenalkan oleh DAP dahulu iaitu Malaysian Malaysia. Kita mahu mengetepikan soal bangsa, one and for all. yang ada hanya Rakyat Malaysia yang berbilang agama, dimana agama utamanya adalah Islam. Bila masih ada lagi pernyataan mahu memajukan satu bangsa sahaja maka ia sudah bersifat racist. Kalau mike kata kita nak lihat bangsa kita maju seiring dengan bangsa lain, itu dah balik ke konsep DEB (Dasar Ekonomi Baru). dan suka teman ingatkan yang DEB nih telah digantikan oleh Tun Dr Mahathir dengan Wawasan 2020. Dah 50 tahun memerintah masih tak berjaya nak majukan Melayu. So kat maner lak silapnyer yer.

Silap teman yer, sebab teman masih menganggur, dan bangga dengan title penganggur. rasa nyer mike pun silap baca blog kut. teman tidak berkerja, tidak semestinya teman menganggur. dalam blog personal teman, memang teman kabo teman tak kerja, sebab teman tak krojer macam tu, teman masih earn income bulan-bulan walaupun teman tak krojer. masih mendapat pendapatan. agak-agak camne tu yer. (Pernah baca rich dad, poor dad tak???)

sebagai orang melayu... erm... apa yang dikatakan berjaya dari segi bangsa melayu tu...??? kaya ker??? banyak duit ker??? ader kerojer ker??? dan adakah dengan teman seorang melayu yang berjaya, orang melayu turut maju juga ker??? Adakah dengan teman menjadi seorang melayu yang maju, maka rancangan bersamamu itu akan tamat siarannyer ker ???

kenapa kita masih nak memperjuangkan nak majukan satu bangsa sahaja lagi. orang cina takder yang susah ker??? orang india takder yang susah ker??? orang asli takder yang susah ker??? kalau tiap kali pimpinan baru bertukar, buh la macam mana slogan ker aper ker tetap kehendak hati nak majukan satu bangsa sahaja. (tak maju-maju pun. ada juga lagi kampung orang melayu yang karan pun takder) Bangsa lain??? Deme maju dengan sendiri ker???

Sebagai rakyat malaysia, teman rasa teman dah cukup maju dah... rasa ada dalam post-post personal teman dulu... teman dah berjaya hidup dalam komuniti yang berbilang agama dari zaman sekolah sampai ker sekarang. teman takder masalah dengan orang cina, orang india atau orang asli sekali pun. dah takder rasa nak sakit hati sebab tengok orang cina dapat hak milik kekal 999 sebab pakatan rakyat memang dah janji nak bagi camtu. yang tanah melayu dapat 99 sebab 99 tahun tu permohonan lama. kalau deme nak buat 999 pun boleh, buat permohonan semula. cuma lalu tak lalu la nak mengharung balik proses permohonan tu balik .

nak diingatkan semula bahawa, perkara ini pun dapat perkenan Sultan. So jangan menderkaha dengan Sultan.

sekurang-kurang nyer deme dapat tanah yang deme duduk dari zaman tok nenek deme lagi. bukan macam sesetengah orang Melayu, dapat tanah dijual nyer kepada orang cina... camtu lagi aper ntah guna dah....

10 comments:

golokperak said...

depa tu masih berpegang sifat asobiah,satu perkara nabi sangat membencinya nak buat camne lama sangat Umno didik mereka begitu,Umno saja betul, nabi tolak tepi tapi yang untung,macam zakat ,haji,bershukur ,taat laju je depa pakai

joepengkalan said...

Salam..
awok setuju dgn mike dugong..jika kita bercakap soal maju kan melayu itu dah makna nya kita bercakap tentang satu bangsa..dan itu dah termasuk dlm racist..sedangkan malaysia ni bukan org melayu sahaja yg ada hak...

Kita kena bercakap tentang hak semua..hak rakyat malaysia...sebelum kita nak bercakap tentang hak,kita faham konsep keadilan itu sendiri..keadilan itu bukan bermakna pembahagian sama rata..keadilan itu adalah kita meletakkan sesuatu di tempat yg betoi...itu baru betoi..jgn bercakap soal pemberian tanah kepada cina kalo kita tak tau menilai apa makna keadilan itu sendiri....

yg patut kita perjuangkan adalah menaikkan semula setiap hak rakyat dan menaikkan dan mengamalkan semula Islam yg sebenor...martabatkan islam di tempat yg paling tinggi...itu yg sepatut nya..sedangkan kalo kita meletakkan Islam sebagai landasan kita,bangsa2 lain pun takkan teraniaya...

Kenang kembali peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dulu...apa kah antara perkara terawal yg nabi buat dulu??iaitu menyatukan puak muhajirin dan ansar...kerana apa??kerana supaya tiada perbezaan bangsa yg akan berlaku...utk membina perpaduan dlm landasan Islam sahaja..dan dalam masa yg sama penduduk2 yg bukan islam masih boleh teruskan kehidupan mereka tanpa ada sebarang konfrontasi...itu yg kita mahu kan...
bukan nye dgn perjuangan Melayu seperti yg ada kita guna kan sekarang tapi dlm masa yg sama prinsip Islam itu di lacurkan sesuka hati oleh kerajaan BN...

renung2kan lah

Anonymous said...

Serangan peribadi yang bermotif tersendiri. Ada yg tak kena dengan komen tersebut. Mungkin dia orang yang dekat dengan anda.

Panglipulara© said...

NASKAH TALKIN BUAT PEMUDA umno PERAK

dapatkan disini > http://hardcorekpgpisang.blogspot.com/

jerung perkasa said...

jangan terlalu beremosi. jangan sempitkan minda. jangan taksub kepada parti. kerana sesuatu parti itu lah yang patut 'bertaksubkan' rakyat.
dia beri komen yang buatkan teman berfikir.
memajukan melayu mungkin bermaksud memperkuasakan melayu supaya mampu bersaing sama-rata dengan kaum lain. ini kerana melayu masih ketinggalan kerana starting point kita terkebelakang banyak. dia pun tak katakan yang memajukan melayu bermaksud mengabaikan kaum lain yang lebih terkebelakang.
teman tak suka dia buat personal attack kepada character dugong darat.
namun, teman rasakan yang status 'penanam anggur' jangan dimuliakan tanpa penjelasan panjang bersamanya (bukan selepas wujudnya komentar dari orang lain).
ada kerjaya bukan bermaksud kaya. kaya bukan bermaksud berjaya. apa teman fahami ialah bila sudah berkerjaya, ini mengiyakan bahawa seseorang telah berjaya belajar ilmu dan mempraktikkan ilmunya. secara langsung, ia mendidik melayu untuk tidak abaikan ilmu jika mahu berjaya.
income yang mike earn setiap bulan tu sendiri buktikan mike 'berkerjaya' jadi teman tak nampak tang mana yang perlu dibanggakan pasal status 'penanam anggur'.
jika mike sudah berjaya, bukankah mike berpotensi jadi inspirasi kepada ramai untuk mencapai kejayaan. oleh itu, teman tak bersetuju dengan "dan adakah dengan teman seorang melayu yang berjaya, orang melayu turut maju juga ker???"

peihong said...

jadi bukan ke eluk guna istilah memajukan rakyat.

wei jerung mana pi oooo.... lama tak mai kelab?

jerung perkasa said...

anje jugak best.
naina paneh, lampu nyakit mate. msyed pengudaraan semak, rege melampo mahei. sahul murah tapi macam tin sardin.
huhuhu teman dok lalu jugak memalam skodeng tapi tak nampak sesapa pun. tanye kat mansor, dia kate suda lama tarak datang.
tapi kan, sekarang ekonomi tengah down ni, memang terase le. semua dok menabung sampe teman pun jadi ghiso.
bn cakap beso pekej stimulus 1&2 tapi takde ape yang stim sampai high pun. semua gantung aje. rege barang makin high ade le. cam kesiye aje...

peihong said...

hehehehehe
ada jugak kat anje tu tapi datang lambat sikit le...

banyak meno hal nak dibuat kat rumah...

next time teman sms le....

dugong_darat said...

teman takder kater teman penanam anggur yang terhormat pun...

point teman, tak bekerja tidak semestinya orang tu penganggur...

so teman takder pun agungkan peng'anggur'ran itu pun...

same thing goes la...
kalau citer nak majukan melayu memang dah lama benor gagalnyer...
baik guna term majukan rakyat...
rasanyer lebih apropriate kut...

jerung perkasa said...

hehehehe dah ramai ngikut blog ni, jadi mike kene le jadi 'idola' yang best...

itu le. kengkadang, mungkin dia maksudkan lain, tapi dia tak jelaskan bebetul. teman pun tak tau samade maksud teman tu sama dengan maksud dia ke tak.
patutnya dia kena jelaskan supaya kita semua tak salah faham.
mana le tau kot kot dia dari geng pr jugak.

tapi kalau totok sana, haruslah rasanya maksud dia menjurus kepada racism hu hu hu...

Post a Comment