dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 June 2009

Pentas kita, karya kita (Prelude)

Teman sampai ke rumah PakKaramu lebih kurang jam 3.30 petang di sambut meriah oleh keluarga PakKaramu. (ramai dah kenai teman sebab teman tidur sini masa anak pak karamu kawin awai bulan 5 lepas)

Lebih kurang sejam lepas tu, teman ng sya pegi ke balai polis simpang empat untuk bagi surat makluman tentang PKKK (Pentas Kita Karya Kita). Hajat hati tuan rumah cuma anto surat makluman mengabor agar esok idak la deme terkejut tgk ramai bebenor orang kt parit 20 ni.

Sampei di balai teman nengok ade 2 orang polis muda. Udah si sya explain ngan deme ni, sorang daripada deme bawak la surat tu jumpa in-charge. Teman ingat mudah la cerita memandangkan, PKKK diadakan serentak dengan majlis menyambut menantu lagi baru Pak Karamu.

Teman idak la nyangke yang OC tu ade sikit lambat pickup. Jenuh explain kat dia yang PKKK ni bukan persembahan budaya yang grand. Kira macam kategori kugiran orang kawin. Tapi sebab salah sorang yang hadir tu bro Pyan, udah deme ingat persembahan pentas budaya la. Jadi OC tu nepon la IPD pulak. Yang teman hangin tu masa OC tu nepon kat IPD idak la dia ngabokan bab kenduri tu. Dia kabo yang keme nak buat persembahan aje. Udah dia tak reti, dia cerita kat sana pun udah mutor.

Mujur yang polis yang mude tadi ngabo balik yang mende ni idak la kronik masalahnye. Dia pun ngabo yang dia yang buat rondaan kawasan esok. Jadi tau la dia ngejas mane yang patut. Selesai cerita.

Mungkin benor kabo MSK, sistem keroje kerajaan kita yang benornye penggiat seni ni pudor dari muka bumi. Yang ramai muncui, penggiat seni kapitalis. Udah ilang seni dalam persembahan deme. Asaikan deme dapat kembungkan poket, udah la.

Pihak deme patutnye dengor dulu penjelasan. Ini idak, belum abih terang, deme dah nyerang.

22 June 2009

bye bye UG


KL, Jun 22, 2009: SIDANG Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia telah bersidang dan mengambil pendirian mengenai Kerajaan Perpaduan seperti berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG

----------------------------------------------------------------------------------------

kiranya dah boleh tutup cerita... jangan dok ungkit ungkit lagi...

wa chow sin

19 June 2009

Ini rupernyer PALAT tu...

Teman tak suka kutuk Pas...

Tapi selepas baca apa pandangan Bro teman nih dan juga artikel nih, dengan ini teman anugerah teragung super duper "PALAT" kat orang yang Bro teman ini maksudkan...

SELAMAT MENJADI "PALAT" KEPADA RAKYAT

18 June 2009

sprm tunggu apa lagi ni?


Stadium mini Manjoi di sini yang siap tiga tahun lalu tidak dapat digunakan kerana dikatakan gagal mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, padang bola sepak di stadium itu didapati tidak mengikut ukuran sebenar yang ditetapkan menyebabkan ia tidak boleh disewakan untuk sebarang perlawanan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

datuk bandar sendiri dah besuara, sprm dok buat apa lagi? tak kan tidoq kot? pi tengok siapa kontraktor? siapa jurutera yang sign? siapa arkitek yang buat plan? siapa approved plan?

wa chow sin

mitsubishi evo x dan honda st1300

RM159,000 seunit X 25 buah kereta

RM49,888 seunit X 400 buah

you do the math...

p/s : patriotik sungguh PDRM ni

wa chow sin

17 June 2009

Pentas Kita... Karya Kita...


selanjutnya

wa chow sin

Me speak no english

Horrible... The first word strike to my mind. What in the world that these people thinking, pushing people to learn math and science in english, when they speak this language like a shit come from an asshole.

The GDMF PM also have difficulty to speak in public fluent english, and the GDMF TPM who doing nothing to change, only licking asses, still unmanage to control his speech in english still insist to make english compalsary credit to SPM. how come?

For me the crucial part of learning beside my mother tongue language is the ability to speak first. Once you can speak, surely you could understand what the hell that coming from the mouth. Understanding the meaning already making the problem, how could they learn math n science in english. WTF man.... !!!

Malas nak tulih

Dengan ini teman nak kabo kat semua kengkawan yang duk bukak blog ini beberapa minggu atau mungkin dalam bulan ini.

Teman telah dilanda penyakit malas nak menulih kat blog.

Penyakit teman ini amat berkait rapat dengan kekecewaan hidup dan juga kekecewaan dengan beberapa perkara yang teman istilahkan sebagai "PALAT".

Siapa yang tak faham istilah tersebut sila rujuk kepada yang lebih pakar.

Cerita UG, cerita sepak terajang kat dalam dewan, cerita laman web lucah, cerita chin peng, cerita mengungkap sejarah yang akhirnyer umpama buka kain tunjuk telur sendiri, cerita kene tembak pemedih mata, Cerita SPM, cerita itu, cerita ini.... Semua macam "PALAT"

Bila rakyat sebenarnya hendak dirakyatkan???

Citer naik motor, umah setinggan, pasai bahasa. Ini semua cerita basi. Teman nak tahu macam mana kome nak selesaikan masalah rakyat nih??? Sampai bila nak cari salah orang lain jer...

Dah 50 tahun memerintah. Udah-udah la tu. Kome sebenarnyer dah "PALAT". Let other's try......

Teman nak pulak tengok deme yang duk laung-laung pasai rakyat nih buat kerojer pulak...

Kome memang dah "PALAT" bagi yang tak "PALAT" pulak buat keje...

16 June 2009

bila lama tak merepek

ajengan lama beno teman tak merepek kat sini. Bukan tak de story mory tapi story mory yang ado ni story mory letih namanya...

story 1

antara cerita hangat yang diperangatkan kebali tak lain tak bukan ialah cerita UG atau Unity Government atau Kerajaan Perpaduan. Macam macam cerita yang kita dengo sampai pening kepala. Ada yang kata jangan digembar gemburkan kerana ianya tak relevan. Ada yang kata stop cerita UG tetapi masih ada suara suara yang berteriak. Penyudahnya teman dengo esuk akan ada press conference pasai UG ni dan nak lawan balik kenyataan Najib. Tunggu je la esuk.

story 2

Nizar dan beberapa Ahli Parlimen kena gantung oleh speaker dewan rakyat. Yang ni klasik sebab ada yang kata nizar ni krang ajar dalam dewan rakyat walhal rasa teman cerita dalam dewan ni jangan dok lawan ADUN negeri Perak. baru setakat gantung je walhal deme dah rasa sampai tahap seret menyeret dan tarik menarik. jangan dibawa cerita kurang ajar tapi eluk le kita tengok siapa pulak yang ajar? Bagi teman jeritan bubar dun perak adalah ucaptama Nizar dalam dewan rakyat. masalah headband? apa masalahnya? tak kan pasai ni nak kena gubal balik dress code dalam dewan? banyak lagi masalah beso yang nak kena pikio dari masalah head band ni... tapi speaker dewan rakyat nampak masalah head band ni lebih beso dari masalah pkfz yang budgetya makin bertambah tambah.

story 3

Bila Najib jawap soalan Teresa Kok tentang laman lucah teman pun naik heran. Bukan ke SKMM ni bawah Rais? bila bos dah mula buat keje kuli ada 2 je kemungkinan. kemungkinan yang pertama, bos tak percaya kat kuli dan yang kedua kuli ni tak buat kerje sampai bos kena buat. Yang bestnya masa najib dok jawab habis semua alamat laman web tu terkeluar. aisehmen tak kan ni pun nak kena ajo? ambik le contoh laman web mat amin tu. dok cerita masa press conference dan masuk paper tengok le hit blog tu sekarang. hampir 500 visitor sehari. Tak heran le lepas ni keyword nama blog lucah yang kena banned tu menjadi hit kat google.

cukup le dulu, next teman menulih lagi

wa chow sin

14 June 2009

Pendaftaran Online

Wujud ker pendaftaran Pengundi Secara Online...

Punya la banyak mende yang dah ader daftar online....

Deme tak buat-buat lagi...



Teman reqoute ayat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kat sini

“Tuanku gembira dan bertitah agar kami menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional"



Kepala hotak hang...

13 June 2009

Penting

Zaid Ibrahim telah menjadi anggota PKR.

Tahniah dan selamat datang ke pakatan ini.

Reformasi, reformasi!!!

Takbir, takbir!!!

10 June 2009

Lulus SPM ke Lulus Bahasa Inggeris

Makin ramai la school drop-out.

Kalau teman gagal kuasai bahasa Inggeris teman berenti sekolah. Sekolah pun nak buat ape, hampir semua keroje di Malaysia ni memerlukan orang ada SPM. Ater kalau dah tahu takkan lulus SPM,buat ape pergi sekolah lagi. Baik teman cari keroje lain.

Teruskan sekolah dah tentu banyak belanja lagi. Yuran sekolah,belanja sara hidup. Kalau keroje teman boleh ringankan beban mak ng ayah.

Kalau nak selamatkan keadaan, deme turunkan markah lulus jadi 12.852%. Idak juga teman nih pelajar berkualiti. Ape pulak nasib dan tahap kawan-kawan teman yang memang cerodik English deme...

Kesian...

07 June 2009

Blogger VS GoBlog (dibaca sebagai goblok)

Salam semua.

Teman ingatkan isu ini macam kecil jer. Tetapi bila tengok makin ramai duk copy-paste dan komen ruper nyer isu ini boleh tahan besarnya. Hampir semua menyokong dan ada juga yang sokong orang komen balas kondem balik kengkawan sendiri.

Kalau ikut cerita posting teman sebelum ini, makan hati berulam jantung la kalau tak dapat masuk ke dalam muktamar PAS nih. Live dan sensasi untuk pembaca blog. Hits bukan main la. Padahal yang lebih hits adalah yang duduk kat rumah sambil cilok blogger-blogger hampehnyer cerita. Yang bagi credit... Alhamdulillah. Yang buat macam rete sendiri... hampeh betui la...

Blogger maner yang tak sayang hits dia. Kecuali kalau dia benar-benar seorang penulis yang hebat. Duduk kat blog maner pun dia boleh cari makan. Duduk kat blog kongsi pun dia boleh hidup. Blogger yang income datang daripada blog mungkin susah nak lepaskan apa yang dia ada. Bagi mereka mengejar hits adalah suatu yang penting. Tanpa hits mereka tak hidup. Tetapi untuk mendapatkan hits. Kene la rajin bawak story. Yang penting story mereka tu betui. Bukan loklaq.

Teman on in other hand, bukan la blogger yang mengejor sangat hits. Kalau teman rajin, secara automatik blog nih jadi top hits. Rajin buat kerja. Turun padang. Bukan duk menyangkang kat rumah. Teman akan bawak cerita dan video yang teman rakam untuk tatapan semua. More a less teman buat kerja nih sebab teman nak ceritakan mende yang sebenar. Saper nak tengok baguih. Siapa yang taknak... gi mampuih....

Kalau cerita pasai duit.... Eh hello siapa yang betui-betui buat keje nih bukan sebab duit. Tapi bagi teman... nak kejor duit tu dah jadi nombor ke berapa puluh ntah. Tetapi perkara utama, teman nyer self-esteem. Teman betui-betui rasa bangga kalau dapat bawak camera dan rakam peristiwa penting dalam Perak nih dan ditonton oleh semua. Tak kisah la kalau tak ramai yang tengok. Peduli aper teman. Yang penting teman dah rakam dan tayangkan. Itu kepuasan utama yang teman rasa.

So bagi teman merakam peristiwa itu adalah penting. I need the footage. Bukan tengok kat layar skrin kat luar dewan. Yes betui, kekadang cerita yang menarik tu lebih banyak kat luar, tetapi cukup menarik ker untuk kome tarik pengunjung ke blog kome. Teman percaya yang pengunjung lebih interested dengan apa yang berlaku dalam Dewan berbanding dengan luar dewan. Sebab kalau deme mampu, deme akan datang terus ke dewan. Tengok dengan pala hotak deme sendiri aper yang berlaku luar dewan. Tapi cerita kat luar guna imaginasi mereka sendiri pun dah cukup.

Analisa ringkas yang teman dapat ulas daripada rakaman CoverItLive terhadap beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini... 75 peratus akan bertanyakan apa yang berlaku dalam dewan dan bukan diluar dewan. So sebagai seorang wartawan, adakah anda nak duduk luar dewan dan tengok skrin sambil menipu pembaca atau nak duduk dalam dewan??? Atau duk mengangkang kat rumah copy paste coveritlive orang lain.

Teman bukan nak heran sangat dengan petugas PAS yang tak benarkan blogger masuk walaupun mereka ini ada pas media. Cuma teman nak tahu? Berapa kerat blogger di Malaysia nih ada Pas Media??? (kecuali mereka yang ada pas Bernama tetapi part time blogger) Wartawan boleh la cakap buat coverage kat luar sebab dah tahu camne nak kelentong bos dengan story-story yang kome boleh share sesama wartawan lain. Macam la teman tak tau. Padahal duk nganga kat luar isap rokok. I have eye you know....

Wartawan dapat story ker tak dapat story ker gaji sekurang-kurangnya jalan juga. Abis tidak kene maki dengan bos aje. Paling kuat pun kene buang kerja. Pastu cari la tabloid maner-maner yang nak cari reporter. If you are a good writer you know where you should be. So jangan nak kondem blogger nih kalau pas media deme nih tak laku.

Berada diluar dewan atau didalam dewan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Kalau wartawan MSM boleh duduk didalam dewan kenapa kami tak boleh. Sebab kami nih cuma blogger. kalau benar kami nih diiktiraf kenapa kami tak dibenarkan masuk. Adakah sebab Pas Media kami nih takder logo PAS kami tak boleh masuk. Hanya blogger PAS yang ada logo PAS kat Pas deme jer yang boleh masuk??? Kalau PAS tak mahu nak iktiraf bloggers yang dah banyak main peranan dalam kemenangan Pakatan Rakyat dulu, kami kene pakai jubah dan pakai baju Pas ker baru boleh masuk. Teman tak kisah tak dapat masuk. Duk dalam kete boleh sambung tiduq, tetapi orang macam UmmiAnni tak masuk??? Tak patut. Dia ahli PAS. Bloggers Pakatan Rakyat yang berpartikan PAS. Nak bawak cerita untuk penaik PAS. Last-last pas media dia tak diiktiraf oleh orang PAS sendiri.

Letih la teman nak cakap pasai mende nih.

Teman harap la sesangat kat manek urai, kejadian di Bukit Gantang dan Muktamar PAS kali ini tak berulang. Kalau tidak, bawak berita cap ayam untuk keme nanti.

Apabila aku blogging

mood sekarang - MARAH....

Instead using 'teman' in this posting i'm using 'aku' because i freaking mad.

Cerita aku nih bermula sejak dari hari pertama aku jadi hardcore blogger. Sebelum ini aku cuma blogger suam-suam kentut ajer. Apabila aku diseru oleh Mat Saman Kati untuk sama-sama membantu Dato Seri Nizar dengan psy-war menghadapi serangan rampasan kuasa, aku rasa aku terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Saat itu aku sebenornyer masih mencari ground hidup aku. Aku masih duk mingle around doing nothing usefull to my self. Dan this calling, aku rasakan sebagai satu scapegoat aku dengan realiti hidup aku yang ntah aper-aper.

Aku tahu aku tak berduit. Sebab untuk jadi hardcore blogger kene cari jalan nak support diri. Ahkhirnya aku jual 2 biji phone aku (6288) dan aku cari satu phone yang murah dan boleh aku transfer no dari phone lama. Dengan modal yang aku ader tu aku pergi umah MB dan join the team untuk sama-sama berjuang demi Kerajaan yang aku sanjung. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Aku tak pernah tahu camne hidup sebagai seorang blogger sepenuh masa. Aku pun tak tahu camne duit datang untuk support operation kami. Tetapi duit tetap sampai dan menyelamatkan kami dalam banyak keadaan. So kalau kome tanyer aku dari mana datang duit tu....... aku cakap dari langit. Sebab kalau dari orang personal kome akan cakap kami nih ader orang sponsor untuk buat keje. YES memang betul ader orang sponsor..... yang sponsor kami adalah RAKYAT MALAYSIA. duit deme nih la yang datang dari langit yang tolong kami bawak cerita yang betui untuk tatapan RAKYAT MALAYSIA sendiri.

Dan bila aku cakap deme yang sponsor kami untuk bawakkan berita yang betui, deme adalah RAKYAT MALAYSIA yang sayangkan Pakatan Rakyat. Deme nih semua bukan terdiri daripada ahli parti baik PAS, PKR atau DAP. Deme nih semua adalah 64% daripada 54% undi rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi....... apabila aku dealing dengan Kerajaan Pakatan Rakyat aku kene jumpa dengan 36% daripada 54% undi rakyat yang terdiri daripada ahli parti. Terus terang aku cakap, baik aku dealing dengan yang 64% nih lagi baguih sebab yang lagi 36% nih dah luper diri.

Kalau kome baca posting MSK kat sini dan UmmiAnni kat sini, tak payah la aku gambarkan macam maner yang aku dan bloggernetwork terima layanan deme nih. ok kalau aku citer lagi camne orang PAS layan kami blogger yang duk buat keje selama sebulan kat umah MB, mau sampai telanjang aku bolen kan deme. nak sentuh, tetap aku sentuh. tetapi kejab lagi.

Pengalaman MSK, Topeng_Perak dan UmmiAnni lebih terjerumus kepada betapa deme nih dipandang hina oleh orang PAS. Tetapi aku nih...... mungkin sebab aku nih tak berapa orang kenai walaupun aku besar, tetapi aku pun pernah terkene. dan lagi teruk aku kene adalah dengan YB Pakatan Rakyat sendiri.

Semasa kempen mogok lapar, aku kene cover sorang kempen tu sebab aku jer yang ader kat Ipoh time tu. MSK tersangkut kat Penanti, Sya memang kene duk kat Penanti, Ciberboron di Beruas dan Topeng Perak balik KL. Berbekalkan videocam dan juga still camera aku pun pergi ke Wisma DAP pada rabu malam sebab ader ceramah deme. Aku sampai lewat dalam 10 minit ketika itu majlis dan bermula. Aku buat pun masuk setup Vcam dan terus snap 3 4 gambar. kene buat 2 kerja dalam satu event. Dah siap snap dan setup Vcam aku pun cari port nak letak barang. Ketika itu amarah aku meningkat.

Seorang YB datang dekat dengan aku dan tanya aku daripada mana serta tunjuk pas aku. Cakap la yang aku nih blogger dan tunjuk pas media yang aku ada. YB tu duduk kat tempat dia. tak lama lepas tu YB tu tegur aku balik, orang SUK tak boleh masuk... Nih aper hal lak nih. Pas media aku Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Ustaz Zul yang sain, dan aku adalah blogger pakatan rakyat. Jenuh aku tunjuk pas media aku dia dengan muka tak puas hati duduk balik ke tempat dia. What a shame la. kalau dah silap tangkap orang kenapa tak reti nak minta maaf. YB nih YB DAP. Pelik betui aku kenapa dia nih buat camni.

Aku sempat sembang dengan seorang wartawan dan bagitau hal ini kat dia dan selamba jer dia bagi tau yang YB DAP nih memang sombong dengan media selain akhbar Cina. Kenapa YB??? YB ingat wartawan akhbar cina jer ker yang bawak cerita betui. Kami blogger nih bawak citer tipu ker??? Kami nih ader pas yang Kerajaan Pakatan Rakyat keluarkan, kami masih tak layak dapat layanan baik dari pihak YB ker??? Aku boleh senyapkan marah aku kalau dia minta maaf sebab serkap jarang nih tetapi bila ader yang dah labelkan YB nih sombong, well....

Tak pernahkah YB nih terpikir yang cerita yang kami bawak pulak akan cover pengetahuan pembaca melayu pula. Adakah YB ini ingat hanya mereka perlukan undi daripada kaum cina sahaja ker???

Ajijoi masuk ke wisma DAP lebih sejam lepas tu dan terus dia cakap ramai SB kat dalam nih. Nah.... aku kau halau, SB tak pulak. camne SB boleh masuk lepas security dan tidak dihalang buat LIPUTAN???

Aku ingat malam tu cukup la kene nyaris kene halau. Elok malam penutupnyer pulak... aku didatangi oleh sorang wartawan dan dia terus tanyer aku datang press maner. aku cakap aku nih blogger pakatan rakyat. aku tanyer kenapa??? dia kabo yang ader YB, YB DAP suruh rikey aku nih sapa? deme ingat aku nih SB. N**********. aku kene pakai baju melayu dengan kopiah ker baru deme iktiraf aku Blogger Pakatan Rakyat.

Nih aku nak bagi peringat. Masa kat Pasir Panjang, ader SB mai tangkap video pakai kopiah dengan baju melayu. hangpa tak mai tegur pun. Abis kuat duk tunjuk kat aku yang tu SB. kalau hangpa terra pegi la halau.

Yang bab orang Pas nih.... Kome kene faham sikit. Tak semua orang yang selekeh dan pakai Vcam murah tu SB. Aku nih keje pasai nak bagi RAKYAT MALAYSIA makan..... Makan maklumat yang kami bawak. Memberikan Berita dan footage yang maner-maner MSM (Main Stream Media) tak tunjuk. 36% peratus orang Parti kene tahu aper itu blog. Blog PerakExpress, Blog Perisik Rakyat. Kene tahu aper itu MalaysiaKini, aper itu MalaysiaInsider dan kene juga baca sama SinarHarian tu. Media-media nih membawa berita yang Editor Utusan, Editor Berita Harian tak boleh siarkan.

Aku terpaksa pegang satu ayat yang aku dengar masa kat Penanti dulu. "Aper la orang Pas nih, MalaysiaKini pun tak tahu, tak tengok internet ke aper. Orang Gelung Pepuyu pun tahu MalaysiaKini tu aper"

p/s yang aku sedih tu, orang PAS yang deme cakap nih duduk kat bandar.

05 June 2009

Innalillah

Semoga roh almarhamah dicucuri rahmat...

Amin....

Sekongkol

One Malaysia sekongkol dengan One Negara K*****S...

Biar betul. Siap dapat Anugerah Doktor lagi dari Universiti Negara ini. Mungkin lepas ini, One Malaysia sendiri yang akan menghalalkan C*** P*** balik ke One Malaysia.

Waulah hualam....

04 June 2009

Masih ada perasaan

Teman ingatkan di kalangan pemimpin BN hampir semua bersikap bangang dan tak faham bahasa macam kebanyakkan blogger-blogger ehem-ehem. Mujur lah ada ader sekerat dua pemimpin BN yang berani kerana benar. Kalau dah salah minta maaf. Bukan buat nohén kalau dah terbukti bersalah. Siap bela diri diri lagi. Bak kater sorang rakan blogger tu... PR Zero...

Kalau pun dikatakan perlakuan pemimpin BN ini berkait dengan PRK yang akan menjelma, sekurang-kurangnya beliau tampil dengan selamba tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapinya kelak. Bagi dia, dah salah minta maaf. Kalau ader niat tersembunyi, tu hanya dia yang tahu. Yang penting kasi clear nama.

Teman tak pasti dengan perbuatan ini akan menyebabkan beliau kene gantung pulak nanti, atau dijadikan platform meraih undi di PRK MU. Kita orang yang bersangka baik, maka teman pun rasa nak puji 2 orang YB nih. Moga-moga terbuka hati beliau untuk kembali ke jalan yang benor.

Amin ya Rabbal Alamin....

03 June 2009

1, 2 dan 3 runtuh


Akhlak runtuh


Jaya Supermarket runtuh


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh


MERUDUM LE KPI MENTERI KABINET

wa chow sin