dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 June 2009

bila lama tak merepek

ajengan lama beno teman tak merepek kat sini. Bukan tak de story mory tapi story mory yang ado ni story mory letih namanya...

story 1

antara cerita hangat yang diperangatkan kebali tak lain tak bukan ialah cerita UG atau Unity Government atau Kerajaan Perpaduan. Macam macam cerita yang kita dengo sampai pening kepala. Ada yang kata jangan digembar gemburkan kerana ianya tak relevan. Ada yang kata stop cerita UG tetapi masih ada suara suara yang berteriak. Penyudahnya teman dengo esuk akan ada press conference pasai UG ni dan nak lawan balik kenyataan Najib. Tunggu je la esuk.

story 2

Nizar dan beberapa Ahli Parlimen kena gantung oleh speaker dewan rakyat. Yang ni klasik sebab ada yang kata nizar ni krang ajar dalam dewan rakyat walhal rasa teman cerita dalam dewan ni jangan dok lawan ADUN negeri Perak. baru setakat gantung je walhal deme dah rasa sampai tahap seret menyeret dan tarik menarik. jangan dibawa cerita kurang ajar tapi eluk le kita tengok siapa pulak yang ajar? Bagi teman jeritan bubar dun perak adalah ucaptama Nizar dalam dewan rakyat. masalah headband? apa masalahnya? tak kan pasai ni nak kena gubal balik dress code dalam dewan? banyak lagi masalah beso yang nak kena pikio dari masalah head band ni... tapi speaker dewan rakyat nampak masalah head band ni lebih beso dari masalah pkfz yang budgetya makin bertambah tambah.

story 3

Bila Najib jawap soalan Teresa Kok tentang laman lucah teman pun naik heran. Bukan ke SKMM ni bawah Rais? bila bos dah mula buat keje kuli ada 2 je kemungkinan. kemungkinan yang pertama, bos tak percaya kat kuli dan yang kedua kuli ni tak buat kerje sampai bos kena buat. Yang bestnya masa najib dok jawab habis semua alamat laman web tu terkeluar. aisehmen tak kan ni pun nak kena ajo? ambik le contoh laman web mat amin tu. dok cerita masa press conference dan masuk paper tengok le hit blog tu sekarang. hampir 500 visitor sehari. Tak heran le lepas ni keyword nama blog lucah yang kena banned tu menjadi hit kat google.

cukup le dulu, next teman menulih lagi

wa chow sin

No comments:

Post a Comment