dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 June 2009

Blogger VS GoBlog (dibaca sebagai goblok)

Salam semua.

Teman ingatkan isu ini macam kecil jer. Tetapi bila tengok makin ramai duk copy-paste dan komen ruper nyer isu ini boleh tahan besarnya. Hampir semua menyokong dan ada juga yang sokong orang komen balas kondem balik kengkawan sendiri.

Kalau ikut cerita posting teman sebelum ini, makan hati berulam jantung la kalau tak dapat masuk ke dalam muktamar PAS nih. Live dan sensasi untuk pembaca blog. Hits bukan main la. Padahal yang lebih hits adalah yang duduk kat rumah sambil cilok blogger-blogger hampehnyer cerita. Yang bagi credit... Alhamdulillah. Yang buat macam rete sendiri... hampeh betui la...

Blogger maner yang tak sayang hits dia. Kecuali kalau dia benar-benar seorang penulis yang hebat. Duduk kat blog maner pun dia boleh cari makan. Duduk kat blog kongsi pun dia boleh hidup. Blogger yang income datang daripada blog mungkin susah nak lepaskan apa yang dia ada. Bagi mereka mengejar hits adalah suatu yang penting. Tanpa hits mereka tak hidup. Tetapi untuk mendapatkan hits. Kene la rajin bawak story. Yang penting story mereka tu betui. Bukan loklaq.

Teman on in other hand, bukan la blogger yang mengejor sangat hits. Kalau teman rajin, secara automatik blog nih jadi top hits. Rajin buat kerja. Turun padang. Bukan duk menyangkang kat rumah. Teman akan bawak cerita dan video yang teman rakam untuk tatapan semua. More a less teman buat kerja nih sebab teman nak ceritakan mende yang sebenar. Saper nak tengok baguih. Siapa yang taknak... gi mampuih....

Kalau cerita pasai duit.... Eh hello siapa yang betui-betui buat keje nih bukan sebab duit. Tapi bagi teman... nak kejor duit tu dah jadi nombor ke berapa puluh ntah. Tetapi perkara utama, teman nyer self-esteem. Teman betui-betui rasa bangga kalau dapat bawak camera dan rakam peristiwa penting dalam Perak nih dan ditonton oleh semua. Tak kisah la kalau tak ramai yang tengok. Peduli aper teman. Yang penting teman dah rakam dan tayangkan. Itu kepuasan utama yang teman rasa.

So bagi teman merakam peristiwa itu adalah penting. I need the footage. Bukan tengok kat layar skrin kat luar dewan. Yes betui, kekadang cerita yang menarik tu lebih banyak kat luar, tetapi cukup menarik ker untuk kome tarik pengunjung ke blog kome. Teman percaya yang pengunjung lebih interested dengan apa yang berlaku dalam Dewan berbanding dengan luar dewan. Sebab kalau deme mampu, deme akan datang terus ke dewan. Tengok dengan pala hotak deme sendiri aper yang berlaku luar dewan. Tapi cerita kat luar guna imaginasi mereka sendiri pun dah cukup.

Analisa ringkas yang teman dapat ulas daripada rakaman CoverItLive terhadap beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini... 75 peratus akan bertanyakan apa yang berlaku dalam dewan dan bukan diluar dewan. So sebagai seorang wartawan, adakah anda nak duduk luar dewan dan tengok skrin sambil menipu pembaca atau nak duduk dalam dewan??? Atau duk mengangkang kat rumah copy paste coveritlive orang lain.

Teman bukan nak heran sangat dengan petugas PAS yang tak benarkan blogger masuk walaupun mereka ini ada pas media. Cuma teman nak tahu? Berapa kerat blogger di Malaysia nih ada Pas Media??? (kecuali mereka yang ada pas Bernama tetapi part time blogger) Wartawan boleh la cakap buat coverage kat luar sebab dah tahu camne nak kelentong bos dengan story-story yang kome boleh share sesama wartawan lain. Macam la teman tak tau. Padahal duk nganga kat luar isap rokok. I have eye you know....

Wartawan dapat story ker tak dapat story ker gaji sekurang-kurangnya jalan juga. Abis tidak kene maki dengan bos aje. Paling kuat pun kene buang kerja. Pastu cari la tabloid maner-maner yang nak cari reporter. If you are a good writer you know where you should be. So jangan nak kondem blogger nih kalau pas media deme nih tak laku.

Berada diluar dewan atau didalam dewan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Kalau wartawan MSM boleh duduk didalam dewan kenapa kami tak boleh. Sebab kami nih cuma blogger. kalau benar kami nih diiktiraf kenapa kami tak dibenarkan masuk. Adakah sebab Pas Media kami nih takder logo PAS kami tak boleh masuk. Hanya blogger PAS yang ada logo PAS kat Pas deme jer yang boleh masuk??? Kalau PAS tak mahu nak iktiraf bloggers yang dah banyak main peranan dalam kemenangan Pakatan Rakyat dulu, kami kene pakai jubah dan pakai baju Pas ker baru boleh masuk. Teman tak kisah tak dapat masuk. Duk dalam kete boleh sambung tiduq, tetapi orang macam UmmiAnni tak masuk??? Tak patut. Dia ahli PAS. Bloggers Pakatan Rakyat yang berpartikan PAS. Nak bawak cerita untuk penaik PAS. Last-last pas media dia tak diiktiraf oleh orang PAS sendiri.

Letih la teman nak cakap pasai mende nih.

Teman harap la sesangat kat manek urai, kejadian di Bukit Gantang dan Muktamar PAS kali ini tak berulang. Kalau tidak, bawak berita cap ayam untuk keme nanti.

9 comments:

Topeng Perak® Unmasked said...

Dugong...

Yang nyatanya cenggini...

Media perdana dapat ... masuk majlis/pc pakatan rakyat/PAS, balik opis edit, putar belit balik biar laporan dekat PC tadi tonggang terbalik, kuar dalam paper cerita lain... kalau sebut "jangan undi UMNO" yang kuar "Undi UMNO" (sebab dah potong - PAS bagi kemudahan "pas media"...

Blogger... nak masuk pc x dapat, nak masuk majlis tak dapat... balik rumah update blog dengan cerita yang betul dan benar macam yang dapat dilokasi... kalau sebut "jangan undi UMNO", yang kuar dekat blog ialah "jangan undi UMNO sebab UMNO bla bla bla" (blogger tambah perisa lagi supaya hujah lagi kukuh) - PAS bagi kemudahan "dekat sana jalan keluar... blogger tak leh masuk... hangpa sapa..? blogger..? dan jugak bla bla bla... kadang-kadang depa bisik-bisik - "ni SB ke hape ni..?"

Kesimpulannya ialah...

Depa-depa (yang berkenaan) ni memang "DAGHAI..!"

Khak Ptuih..!

Cenangau said...

Ni la antara sebab aku tak berapa nak pi muktamar ke-55 ni. Kalau aku pi, aku mungkin boleh dapat PAS Te@mIT, lepas tu...

Malas nak tambah pengalaman macam tu lagi, pengalaman PRK Bkt Gantang pun tak habih makan.

BUJANG SUSAH said...

Klau dah kerbau tu kerbau juga la namanya...

Parpu Kari said...

TAKPE LA BERSABAR LA BRO! INI SEMUA DUGAAN!

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

dugong_darat said...

Parpu Kari...

Terima kasih sebab singgah blog kami nih...

Cuma teman benor nak minta maaf... sebab kalau bab sejarah nih teman idak la gemor nak nyingkap balik. takut terkena batang idung sendiri balik... Aper pun teman hargai keroje mike... duduk bidang sama... team jer lain-lain... moge mike idak kene macam keme nih...

Wasalam...

mamai said...

nak tulis pun susah tak nak tulis pun susah...aku tengok dari jauh ajer...

TheCyberSniper said...

At least, berita yg nak disampaikan sampai kpd pembaca. Khalayak tau cerita sebenar. aku selalu kasi story pun nak dapat teh secawan pun payah tapi aku tak kisah. Yang penting objektif sama! Penyelesaian, semua blogger buat iklan kat blog masing2. Rezeki tu dari Tuhan. Kadang2 kerja sikit rezeki banyak kerja banyak rezeki kurang. Tu pun aku tak kisah. Aku tau aku blogger cikai, tapi cikai tak cikai pun aku tak kisah. Jangan fikir benda2 ni semua. Fokus, fokus, fokus dan terus fokus! relax bro! jangan marah2!

megat said...

tuan

nampak nya blogger ni nasib dia lebih kurang sama jer , tak kira di sebelah sana atau di sini..ingatkan blogger pr di layan special,rupanya sama mcm kami yg di bn ni ..apa apa pun atas semangat berpolitik blogging tetap di terus kan.

w'salam

D'ayo said...

Tuan...

Saya masuk kat blog minaq jinggo... dia nie pro UMNO tapi masuk jugak sebab gambar-gambar dia memang bagus... rupa-rupanya dia pun boleh masuk kat muktamar PAS hari tu... siap label gambar Nizar sebagai Menteri Besar Bawah Pokok and pada Husam pulak... siap link kan ke blog kutuk Husam... akhirnya, saya turut terasa apa yang Tuan rasa

Post a Comment