dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

22 June 2009

bye bye UG


KL, Jun 22, 2009: SIDANG Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia telah bersidang dan mengambil pendirian mengenai Kerajaan Perpaduan seperti berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG

----------------------------------------------------------------------------------------

kiranya dah boleh tutup cerita... jangan dok ungkit ungkit lagi...

wa chow sin

5 comments:

kuda_laut said...

tutup buku..habis cerita..tp puka dema ni bukan reti bahasa pun..ade je yg nak d pertikaikan..mcm2 la d katakan nanti pasal PR..

Anonymous said...

Salahkan wartawan sbb depa yg selalu tanya, lo dah tanya mesti la kene jawab, bila dah jawab ada la lagi tomahan dalam blog dan seterusnya sampai la aku sendiri tak tau bila nak betul2 tutup cerita.

peihong said...

lepas ni kalo press tanya suruh press tu refer press conference ni....

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

tutup cerita lama...dema kan buat siri baru pullloookkkkk..

peihong said...

biasa le tu pentoi... macam drama tv jugak; abih satu tajuk masuk tajuk baru... cuma nak tau drama bersiri panjang ke pendek... hik hik hik

Post a Comment