dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 July 2009

Takziah

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman...

Al Fatihah

28 July 2009

bila dah takut

kalau udah takut usah kata untuk lawan dalam pilihanraya kecil atau bubar DUN Perak... sebut "Pakatan Rakyat" pun puak UMNO dah takut... hehehehe

26 July 2009

Mulrunji Doomadgee

Sebelum ini teman telah tunjukkan gambor dia. Terima kasih kepada Baginda Reformasi dan Neo sebab perasan dan juga telah berjumpa dengan nujum Pak Google untuk cari siapa mamat nih.

Betul.... Mulrunji Doomadgee merupakan rakyat Australia (atau lebih tepat orang asli Australia) yang telah mati ketika dalam tahanan polis. Dia mati selepas sejam (pada ditahan polis di Palm Island, Queensland Autralia. Dia ditahan apabila dia didapati menyanyi dengan kuat lagu "who lets the dogs out" sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Kematian Mulrunji telah mencetus kembali kemarahan warga Aboriginal Australia, kerana ini adalah kematian yang ke 147 selepas pertama kali Royal Commission into Aboriginal Deaths in Custody dibuat pada tahun 1987. Keputusan kes tersebut adalah tidak memihak kepada Mulrunji namun demikian Hakim Bob Pack daripada Townville District Judge telah mengarahkan dibuat inkues yang baru terhadap kematian Mulrunji.

Yang menarik perhatian teman adalah kerana Tan Sri Ghani berkata Suruhanjaya diraja tidak boleh meliputi siasatan kematian. Oleh yang demikian berdasarkan rekod yang ada seperti diatas maka pernyataan dalam Wikipedia tentang Royal Commission into Aboriginal Deaths in Custody adalah tidak benar. Suruhanjaya ini bukan menyiasat punca kematian. Suruhanjaya ini menyiasat bagaimana Polis di Australia berkerja sampai warga Aboriginal nih boleh mati.

Banyak penemuan tentang berjaya dijumpai oleh Suruhanjaya ini ketika itu. Kome boleh baca kat sini dan sini. Secara rambangnya (penglihatan rambang teman), Suruhanjaya ini menyiasat punca kematian warga Aboriginal ini semasa dalam tahanan. Ada beberapa bahagian yang menyiasat cara layanan dan cara soal-siasat dibuat terhadap mereka ini. Tetapi ia lebih kepada bentuk cadangan pembaharuan.

Lagi bahan untuk dibaca disini, sini dan disini.

Pada pandangan teman, janganlah nak perbodohkan lagi rakyat Malaysia. Terang pi la panjang maner pun keputusannya tetap nak memihak dekat kome. 1Malaysia nak Suruhanjaya Diraja siasat kematian TBH. Bukan siasat keroje SPRM tu. 1Malaysia nak tahu siapa penyebab TBH mati di Bangunan SPRM. Last-last 1Malaysia kene tapau.

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad

Semoga rohnya dicucuri Rahmat....

25 July 2009

Siapa dia nih???


Peh.... Mamat maner pulak nih...
Jege giler rupernyer...
Ater dan ruper Ketua Mafia pun ader...
Tapi..........
Yang teman tahu namer dia Mulrunji Doomadgee.
Kome google ler tengok saper dia nih...

Selamat meng'google'..........

Polis pun manusia jugak

Tak ku sangka, polis pun manusia jugak. Ingatkan deme ni kuda tunggangan semata-mata.

Namun yang mengecewakan teman polis nih bukan polis Malaysia. Deme nih polis Amerika. Kalau la polis Malaysia boleh cakap dan buat macam nih, alangkah bahagianya rakyat Malaysia. Deme pun jadi suka, sebab deme tidak lagi di tunggang bagai nak rak. Maka kepercayaan rakyat akan kembali ke terhadap Polis.

Negara aman, Rakyat sentosa.

Bila yang haram bersuara

Teman hari ini buat kali ke dua dalam minggu ini bangun awal. Mungkin kene buat selalu kut. Boleh kuruskan sikit badan teman nih... Hehehehehe...

Tetapi dengan membaca berita ini, teman rasa teman mungkin akan cepat lagi kurus sebab dah nak termuntah dan pening-2 lalat, ala-ala orang mengandung pulak. Sampai sekarang, kes belum selesai lagi. Persoalan siapa speaker yang sebetuinyer masih dalam semakan undang-undang, boleh pulak dia nak report-report pulak.

Aper pun pertikaian yang berlaku, sila la sedar sikit. Kalau benar Sivakumar menyalahguna kepala surat, sila la failkan saman. Sila la bawak perkara ini ke mahkamah. Pohon la agar kes mike nih dipercepatkan untuk didengar. Jangan nak berlengah lagi. Sahkan lepas tu mike nak saman ker, report ker dipersilakan. Atau pergi Kak Midah tu ker.... pesan teman jangan bawak ular sekali. Nanti mike kene katuk dulu. Kah kah kah kah....

23 July 2009

Kau punya angkara rupa-rupanya....






Patutlah roboh...
Tak patut betullah hang "Otoraman"...
Betul-betul hantu...
Merosakkan harta awam...
Duit rakyat tau tak...
Bukannya duit bapak hang !!!

Moralnya :
Biasalah kali ini otoraman pula yang di"kambinghitamkan". Nak di"babihitam"kan tak boleh sebab ada selsema. Nanti mati...Demakan ke takut mati....

22 July 2009

Teoh in memory : Kenapa TBH yang popular ???

Ramai yang mempertikaikan tentang kematian TBH. Kenapa la seorang insan nih boleh terbunuh sehari sebelum hari kahwin dia? Kenapa pula seorang saksi boleh terbunuh? Kat Malaysia nih takder ker 'witness protection program'???

Rakyat Malaysia masih dalam sesi berkabungan meratapi kematian TBH... Kenapa??? Soalan susah yang mempunyai jawapan yang mudah. Sebab dia mati di bangunan SPRM. Mati selepas ada bukti dan rekod dia disoal siasat di SPRM. Dan tiada bukti yang dia keluar daripada bangunan SPRM. Ada serpihan tingkap SPRM di badan mangsa. Boleh dikatakan semua bukti awal menyatakan dia mati di bangunan SPRM. Bukan dekat Kolej Kediaman UKM. Bukan dekat rumah Mak Sedara, mak tiri belah belah pak menakan dia. Kat bangunan SPRM.

SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bukannya UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teman percaya kalau Mohd Zaki Bin Abu Bakar sekali pun yang jatuh dan mati di bangunan SPRM semasa atau selepas atau sebelum pun kene siasat kat SPRM, semua rakyat Malaysia akan marah.

SPRM di lambangkan sebagai salah satu badan profesional. Bukannya badan swasta. Kalau nak saman sebab kecuaian maka kita akan saman kerajaan Malaysia. Bawak la kes tu ke mahkamah. Tapi... ingat boleh menang ke lawan kerajaan??? Tambahan lagi mahkamah tu pun milik kerajaan. UKM boleh la kome saman. Itu pun selagi Counselornyer bukan bini Menteri. Kalau idak usah harap la.

Sekarang nih kita mahu mempertikaikan kejadian yang berlaku terhadap TBH. Tapi yang teman penin, ada pulak yang mempertikaikan pasai pegang lilin. Islamic atau tidak. Kome ingat kome nih siapa nak tentukan orang tu Islamic ke idak? Sama ada upacara itu Islamic atau tidak bukan soalnya. Kita sama-sama rakyat Malaysia kene bersatu hati dan untuk memperjuangkan nasib orang yang teraniaya. Abis yang kome pegi buh bunga kat Tugu Negara tu Islamic ke idak??? Teman rasa dah lama dah kerajaan tak buat kenduri doa selamat untuk pahlawan-pahlawan negara yang memperjuangkan kemerdekaan kita dahulu. Aper kater tukar yang tu dulu baru suruh orang keluarkan fatwa.

Memang kita tak dapat nafikan ramai lagi orang yang mati teraniaya. Tetapi TBH mati di sebuah bangunan yang menempatkan Jabatan Kerajaan yang dengan 'desperate' mendapatkan kepercayaan rakyat. Dah la belum setahun penubuhannya dah macam-macam penyelewangan berlaku. Penyiasatan yang berat sebelah. Ketidak-telusan dalam mengkaji fakta kes dan jenis kes dan terbaru kematian orang yang masih dalam 'probing' jabatan tersebut. Jenuh la kome yang sukat KPI tu nanti.

Kematian TBH adalah kematian yang tragis. Kematian dia juga tidak masuk akal. Andai TBH mati semasa dalam perjalanan pulang dengan kenderaan dia sendiri, mungkin rakyat Malaysia tidak semarah ini. Kalau TBH mati jatuh daripada bangunan tempat tinggal dia sendiri walaupun selepas soal-siasat, mungkin rakyat Malaysia tidak semarah ini. Dan mungkin TBH tidak sepopular ini....

21 July 2009

lima negeri pembangkang?

Berkulat le !!!


Tak lama lagi berkulatlah tu.
Bila dah berkulat jadilah kereta melebihi sepuluh tahun.
Bila dah melebihi sepuluh tahun bolehlah ditukarganti kepada yang baru.
Maka dapatlah down payment RM5000.
Dengan syarat kena ambik kereta tempatan jugak.
Kereta import tak main yer.
Tak masuk senarai...

20 July 2009

tilam lama ganti baru...

dah macam apek bawak lori lalu keliling taman tiap tiap petang plak.....

dengo cerita lepas PRK N41 Manek Urai ade yang nak lelong tilam. murah murah pulak tu. Kalo tak dapat jambatan dapat tilam murah puh jadi le...

Cuma diharap pilih tilam tu betoi betoi. Takut banyak peta peta kekuningan. maklum le dekat 2-3 minggu gak deme (dibaca : polis yang bertugas) pakai. Dah la tu tak boleh pulak balik jumpa bini...

sumber

wa chow sin

18 July 2009

May your rest in peace

RM 1 dan RM 50

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise,
gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
Surau, Masjid, Surau... ".

17 July 2009

Haram jadah

Dah la hangpa tak mintak maaf atau kesal dengan yang terjadi, hangpa pi gempak pulak semua exco selangor pulak.

*#!#',:/"-.@/Ψ$Ω+...

Bullsh*t la SPRM

Go to h*ll la SPRM. EAT YOUR OWN SH*T.

SEE YOU IN HELL.

NIAMAH...

16 July 2009

rakyat diketepikan

Menang ke kalah ke BN ni rege tetap naik...

la ni nak naikkkan tambang teksi pulak. dari rm2 ke rm3. Dulu rm2.50 dari stesen keretapi ke KL Sentral. Lepas ni distance yang sama dah jadi RM3.50. Hampeh... Kalo teksi nye rupe ni soronok jugak la membayo...

Yang best pulak tu bayo mahal mahal tapi serupa naik peluru berpandu bergerak dengan bom... aiyak....

p/s : nasib baik teman duduk Bandaraya Ipoh, jadi rege teksi Bandaraya KL ni kira murah lagi sebab kat charges teksi Bandaraya Ipoh dari Medan Gopeng ke Sungai Rokam dah rm10 - rm12 oooo (nama je bandaraya tapi teksi pun tak de meter)

wa chow sin

15 July 2009

Manek Urai : Sekitar Hari Mengundi



14 July 2009

N41 Manek Urai : Menang Tipis

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Phew!!! Banyak nak kene kajiselidik balik ni... Kubu kuat la, menang majoriti 2000 undi la...

apa pun selamat bertugas...

wa chow sin

N41 Manek Urai : Keputusan tidak rasmi






























UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM

sumber

p/s : dengar dengar BN nak mintak kiraan semula... kena tunggu lagi

Manek Urai : Minta maaf Pas

Sebelum teman mulakan bicara, teman nak pohon kemaafan andai posting teman nih mungkin menyinggung perasaan orang-2 Pas. Sepanjang 2 hari di Manek Urai teman banyak jumpa kawan2 teman tak kira geng radio mahupun geng blogger.

Ramai yang kata Pas akan menang mudah di MU tapi bagi teman deme 149 kali silap. Bayangkan, pusat mengundi tutup jam lima, kui 5.30 dah umum deme menang. Bantainye kalah saper yang malu. Dato Nasa nak rasa malu ker?

Teman bersembang dengan orang kampung kat Manek Urai Lama, kalau orang Pas kabo nih kubu kuat deme, teman harap deme pikior la balik. Tempat nih rata-2 orang Umno. Deme sokong Pak Su balik dulu sebab marah dengan Zul (mantan calon BN). Sebab ape teman tak tau. Kampung nih daif. Orang kampung yang otai jarang lepak umah mahupun kat masjid. Deme lagi ramai lepak kedai kopi. Tipikal Umno pun lepak kedai kopi. Tapi sebab orang Pas semua warak, deme tak lepak kat kedai kopi. Kalau mai lepak pun kat kedai yang memang orang Pas.

Macam maner deme boleh kabo deme dah tapau abis sedangkan masa petang hari terakhir tu, orang kampung situ masih 50-50.

Teman memang mahu Pas menang tapi teman juga suka kalau BN yang menang. Nak bagi peringat sikit kat orang2 Pas yang KOYA BEH tu...

13 July 2009

buat pengundi N41 Manek Urai

Teruskan nasib malang BN

wa chow sin

Manek Urai - Pilihanraya kecil yang raya

Teman tak pasti lemang ni memang sentiasa ada dijual atau tidak. Tetapi sesungguhnye PRK di Manek Urai ni memang macam raya bila ade lemang2 ni dijual sepanjang jalan dari Kuala Krai ke Manek Urai. Sedap wo....

Eh, kau tak terlibat la jang !


Mamat ni dalam perjalanan untuk menutut hadiah PM.

Katanya,

"Saya rakyat Malaysia jugak. Sepatutnya saya pun layak. Janganlah disebabkan saya suka bergayut macam ungka di atas motor. Kepentingan saya diketepikan. Apa hebat sangatkah orang lain yang diberikan hadiah tu ???"

"Aku tak kira, aku nak jugak hadiah tu walau apa pun terjadi !!!"

12 July 2009

bisnez

bisnez paling menarik sekarang ni tak lain tak bukan... jual benda ni

heeheheh semua nak kan diskaun 20% tol gula gula PM 1Malaysia.

wa chow sin

Manek Urai - Selamat datang.

Salam semua. Agak lama teman tak update blog. Teman agak sibuk mengerojekan projek video Pentas Kita, Karya Kita dan juga beberapa video lagi. Sampaikan teman ke Manek Urai masa penamanaan calon dulu pun idak la pulak teman update kt sini.

Untuk tidak hampakan kome,trima la buat tangan teman dari hari penamaan calon hari tu.

Khas dan hanya ada di Kelantan sahaja.

Jom Tuntut Hadiah Anda !!!

PM sudah mengumumkan hadiahnya sempena 100 Hari, dia menjadi PM Malaysia. Adakah anda layak? Kalau layak moh kite tuntut hadiah tersebut. Kalau tidak, baik kau orang duduk diam-diam saja.
Aku pun tengah memikir tang mana aku boleh tuntut hadiah tersebut. Kena tengok banyak kali, mana tau ada yang tersangkut tapi setakat 10 kali diulang-baca. Satu pun tak ada.

Cuma nombor 8 aje yang boleh aku nak merasa, tapi kenalah aku cari bini kat Sabah atau Sarawak dulu. Jauhnya!!!

10 July 2009

Cak, akhirnya aku di sini !!!


TQ rakan-rakan kerana memberikan aku peluang utk berbicara di sini. Tinggal di ruang sempit yang penuh dengan debu-debu kotor menyebabkan minda aku jadi aktif. Seaktif enjin trubo yang mengerakkan piston agar berfungsi semaksimun mungkin.

Berbicara sama ada secara lisan atau pun tulisan adalah sama. Objektifnya untuk menyampaikan sesuatu kepada pihak yang lain. Andainya setiap bicara disekat, dibunuh dan diperkosa akan kepentingannya maka tiada apa lagi di dunia ini.

Cuma yang ada hanyalah kesepian dan kebengapan untuk generasi akan datang.

Jadi....



















" Biarkan aku dengan duniaku, biarkan aku bebas dan jangan dirantai keinginanku.... "

Selamat berkenalan wahai teman-temanku sekalian....

sedangkan lidah lagi tergigit

isu DAP dan PAS Kedah dah selesai. Kiranya dah rujuk kembali. Kembali mengukuhkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat. sumber disini.

Melompat le penyokon BN dengan mengatakan ini hanya drama tamil sahaja. Drama yang direka. Drama yang dah ada skripnya. Hehehehe kesian deme ni (dibaca : penyokong BN) sebab bagi teman hal ni kecik je tapi dah puak deme yang beso beso kan cerita lepas tu kata ini drama tamil pulak...

piiirahhh mabuk....

wa chow sin

09 July 2009

PPSMI

akhirnya PPSMI ditamatkan... Bagai terdengar satu keluhan kuat 1Malaysia hari ni.. Keluhan guru guru yang lidahnya makin terseliuh sebab terlibat mengajar subjek yang guna bahasa penjajah tu. Lege kome ye...

Bagi teman ini langkah terbaik. Untuk mantapkan inggeris better le konsetret kat subjek bahasa tu je. Teman ingat lagi masa teman matrik kat UM dulu, kelas bahasa inggeris tetap ade cuma silibusnya makin mencabar walaupun menggunakan subjek sains dari silibus SPM kami didedahkan kepada term sains dan teknikal dalam bahasa inggeris. Baru le kenai apa itu kamus...

Cerita pasai kamus pulak memang teman sejak sekolah rendah dah disogok ngan kamus. Parent teman menetapkan sehari teman mesti mencari 20 perkataan bahasa inggeris yang teman tak faham dan ditulis dalam buku. Mana nak cari apa perkataan yang teman tak faham? Novel bahasa inggeris. Tu pasai sekolah rendah teman pernah iktiraf teman sebagai student yang pernah pinjam semua bahan bercetak di library sekolah.

Masa sekolah menengah pulak teman dapat cikgu bahasa inggeris yang suka mengulat dengan cara memberikan 100% kebebasan topik untuk student menulis esei dengan syarat mesti lebih 3 page. maka keluarlah esei pak pandir dalam bahasa inggeris. Malahan teman pernah menulis cerita merepek konon kononnya teman ni dah kahwin dan dalam proses nak mintak permission kahwin lagi satu... kuat betoi imaginasi teman ni...

Ada juga sesekali cikgu tulis 25 perkataan bahasa inggeris kat papan hitam. Dengan tak bagitahu apa maksudnya kami kene buat karangan dengan 25 perkataan tu mesti ada atau wajib pakai dalam karangan yang dibuat. Kalau tak kenai kamus... menangis tak berlagu le jawapnya...

dari situ teman tahu, asal disuruh buat benda yang menyeronokkan atau bebas... yang susah akan menjadi senang...

wa chow sin

08 July 2009

antara 2 mati

bila wakil rakyat mati; ada pilihanraya kecil; bila ada pilihannraya kecil, ada le projek mee segera untuk rakyat atau pengundi DUN yang terbabit. Bila ada projek mee segere merase le kontraktor dan pembekal. Ada yang merasa projek buat jalan, ada yang dapat supply kasut sekolah dan ada jugak yang merasa supply kerusi roda. Bagi pemimpin parti di DUN terbabit pun turut berangan agar dipilih menjadi calon pilihanraya kecil. Yang untung rakyat. yang bernasib malang BN. hehehehe....

bila michael jackson mati; yang kaya toke dvd cetak rompak dan korporat media massa. Ada yang sibuk cetak dan jual dvd video klip atau pun muvee lakonan artis yang mati tu. Ada juga syarikat rakaman release compilation artis tersebut. korporat TV pulak sibuk le setup ruang ucapan melalui sms untuk peminat meluahkan rasa simpati sedangkan yang mati tu artis luar. Bila masa pulak rancangan 8TV tu sampai ke Amerika? Yang akaun bank makin bertambah... deme yang pandai mengambil kesempatan berniaga... kita pulak? kredit handphone kurang banyak.... Itu belum kira harga sekeping gambar yang dijual oleh paparazzi...

Jadi sila pilih... nak mana satu mati*? (kalau boleh pilih)

wa chow sin

* semua orang akan merasai mati cuma bila detik ketikanya sahaja yang kita tak tahu

p/s : ditaip sambil jeling jeling live memorial MJ di 8TV

07 July 2009

BN bernasib malang?

TPM kata PRK Manek Urai akan menamatkan nasib malang BN dalam siri PRK. Kesian kat calon dan penyokong BN sebab no 2 sendiri declare PRK sebelum ni BN bernasib malang... hehehehehe

Teman cuma nak tanya; siapa pembawak nasib malang tu? calon ke? penyokong ke? atau pemimpin tertinggi BN?

p/s : harap pengundi manek urai akan mengekalkan nasib malang BN tu...

03 July 2009

perghhhhhhhhhh

bukan takat berabuk lagi blog ni, dah sampai tahap spiderman pun boleh buat sarang. Bukan tak d isu tapi rasanya teman tak perlu ulas semua isu yang ada.

Yang menarik 2-3 ari lepas ialah cerita DUN Perak bubar. Tak de beribu atau beratus sms masuk ke handphone teman tanye kan hal tu. Ada tak de pun satu call je masuk sebab bagitau teman hal tu. Dengan hensem teman pun menghabiskan le kredit handphone teman dengan telepon org tertentu dalam UMNO.

Bukan setakat dia pun terkejut dengo soalan ajaib teman tu; malahan teman pun terkejut sebab orang tertentu yang teman call tu tengah layan karaoke. Dari bunyian dibelakang teman dengo lagu Michael Jackson tapi bukan dengan suara emas King of Pop tu. Yang mendendangkannya lebih kurang katak panggil hujan je.

Maleh nak kaco teman kawan teman tu beriadah dan disamping untuk menyelamatkan kredit yang sememangnya kurang teman tamatkan perbualan... mengadap PC dan start main game balik... Ini yang sebetulnya...

wa chow sin