dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 July 2009

antara 2 mati

bila wakil rakyat mati; ada pilihanraya kecil; bila ada pilihannraya kecil, ada le projek mee segera untuk rakyat atau pengundi DUN yang terbabit. Bila ada projek mee segere merase le kontraktor dan pembekal. Ada yang merasa projek buat jalan, ada yang dapat supply kasut sekolah dan ada jugak yang merasa supply kerusi roda. Bagi pemimpin parti di DUN terbabit pun turut berangan agar dipilih menjadi calon pilihanraya kecil. Yang untung rakyat. yang bernasib malang BN. hehehehe....

bila michael jackson mati; yang kaya toke dvd cetak rompak dan korporat media massa. Ada yang sibuk cetak dan jual dvd video klip atau pun muvee lakonan artis yang mati tu. Ada juga syarikat rakaman release compilation artis tersebut. korporat TV pulak sibuk le setup ruang ucapan melalui sms untuk peminat meluahkan rasa simpati sedangkan yang mati tu artis luar. Bila masa pulak rancangan 8TV tu sampai ke Amerika? Yang akaun bank makin bertambah... deme yang pandai mengambil kesempatan berniaga... kita pulak? kredit handphone kurang banyak.... Itu belum kira harga sekeping gambar yang dijual oleh paparazzi...

Jadi sila pilih... nak mana satu mati*? (kalau boleh pilih)

wa chow sin

* semua orang akan merasai mati cuma bila detik ketikanya sahaja yang kita tak tahu

p/s : ditaip sambil jeling jeling live memorial MJ di 8TV

3 comments:

Manjungmari said...

Salam...
Kalau suruh aku pilih, aku nak PM 1Malaysia yang mati, nanti dapat cuti sehari... pRK pun dapat.. he heh sama-sama kita doakan PM 1Malaysia cepat mati....

dugong_darat said...

Ganas woooo bro teman nih

peihong said...

hehehehehe kalo PM 1Malaysia mati bukan setakay PRK kut... silap silap mau PRU terus....

Post a Comment