dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 July 2009

Bila yang haram bersuara

Teman hari ini buat kali ke dua dalam minggu ini bangun awal. Mungkin kene buat selalu kut. Boleh kuruskan sikit badan teman nih... Hehehehehe...

Tetapi dengan membaca berita ini, teman rasa teman mungkin akan cepat lagi kurus sebab dah nak termuntah dan pening-2 lalat, ala-ala orang mengandung pulak. Sampai sekarang, kes belum selesai lagi. Persoalan siapa speaker yang sebetuinyer masih dalam semakan undang-undang, boleh pulak dia nak report-report pulak.

Aper pun pertikaian yang berlaku, sila la sedar sikit. Kalau benar Sivakumar menyalahguna kepala surat, sila la failkan saman. Sila la bawak perkara ini ke mahkamah. Pohon la agar kes mike nih dipercepatkan untuk didengar. Jangan nak berlengah lagi. Sahkan lepas tu mike nak saman ker, report ker dipersilakan. Atau pergi Kak Midah tu ker.... pesan teman jangan bawak ular sekali. Nanti mike kene katuk dulu. Kah kah kah kah....

No comments:

Post a Comment