dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 July 2009

Mulrunji Doomadgee

Sebelum ini teman telah tunjukkan gambor dia. Terima kasih kepada Baginda Reformasi dan Neo sebab perasan dan juga telah berjumpa dengan nujum Pak Google untuk cari siapa mamat nih.

Betul.... Mulrunji Doomadgee merupakan rakyat Australia (atau lebih tepat orang asli Australia) yang telah mati ketika dalam tahanan polis. Dia mati selepas sejam (pada ditahan polis di Palm Island, Queensland Autralia. Dia ditahan apabila dia didapati menyanyi dengan kuat lagu "who lets the dogs out" sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Kematian Mulrunji telah mencetus kembali kemarahan warga Aboriginal Australia, kerana ini adalah kematian yang ke 147 selepas pertama kali Royal Commission into Aboriginal Deaths in Custody dibuat pada tahun 1987. Keputusan kes tersebut adalah tidak memihak kepada Mulrunji namun demikian Hakim Bob Pack daripada Townville District Judge telah mengarahkan dibuat inkues yang baru terhadap kematian Mulrunji.

Yang menarik perhatian teman adalah kerana Tan Sri Ghani berkata Suruhanjaya diraja tidak boleh meliputi siasatan kematian. Oleh yang demikian berdasarkan rekod yang ada seperti diatas maka pernyataan dalam Wikipedia tentang Royal Commission into Aboriginal Deaths in Custody adalah tidak benar. Suruhanjaya ini bukan menyiasat punca kematian. Suruhanjaya ini menyiasat bagaimana Polis di Australia berkerja sampai warga Aboriginal nih boleh mati.

Banyak penemuan tentang berjaya dijumpai oleh Suruhanjaya ini ketika itu. Kome boleh baca kat sini dan sini. Secara rambangnya (penglihatan rambang teman), Suruhanjaya ini menyiasat punca kematian warga Aboriginal ini semasa dalam tahanan. Ada beberapa bahagian yang menyiasat cara layanan dan cara soal-siasat dibuat terhadap mereka ini. Tetapi ia lebih kepada bentuk cadangan pembaharuan.

Lagi bahan untuk dibaca disini, sini dan disini.

Pada pandangan teman, janganlah nak perbodohkan lagi rakyat Malaysia. Terang pi la panjang maner pun keputusannya tetap nak memihak dekat kome. 1Malaysia nak Suruhanjaya Diraja siasat kematian TBH. Bukan siasat keroje SPRM tu. 1Malaysia nak tahu siapa penyebab TBH mati di Bangunan SPRM. Last-last 1Malaysia kene tapau.

No comments:

Post a Comment