dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 July 2009

PPSMI

akhirnya PPSMI ditamatkan... Bagai terdengar satu keluhan kuat 1Malaysia hari ni.. Keluhan guru guru yang lidahnya makin terseliuh sebab terlibat mengajar subjek yang guna bahasa penjajah tu. Lege kome ye...

Bagi teman ini langkah terbaik. Untuk mantapkan inggeris better le konsetret kat subjek bahasa tu je. Teman ingat lagi masa teman matrik kat UM dulu, kelas bahasa inggeris tetap ade cuma silibusnya makin mencabar walaupun menggunakan subjek sains dari silibus SPM kami didedahkan kepada term sains dan teknikal dalam bahasa inggeris. Baru le kenai apa itu kamus...

Cerita pasai kamus pulak memang teman sejak sekolah rendah dah disogok ngan kamus. Parent teman menetapkan sehari teman mesti mencari 20 perkataan bahasa inggeris yang teman tak faham dan ditulis dalam buku. Mana nak cari apa perkataan yang teman tak faham? Novel bahasa inggeris. Tu pasai sekolah rendah teman pernah iktiraf teman sebagai student yang pernah pinjam semua bahan bercetak di library sekolah.

Masa sekolah menengah pulak teman dapat cikgu bahasa inggeris yang suka mengulat dengan cara memberikan 100% kebebasan topik untuk student menulis esei dengan syarat mesti lebih 3 page. maka keluarlah esei pak pandir dalam bahasa inggeris. Malahan teman pernah menulis cerita merepek konon kononnya teman ni dah kahwin dan dalam proses nak mintak permission kahwin lagi satu... kuat betoi imaginasi teman ni...

Ada juga sesekali cikgu tulis 25 perkataan bahasa inggeris kat papan hitam. Dengan tak bagitahu apa maksudnya kami kene buat karangan dengan 25 perkataan tu mesti ada atau wajib pakai dalam karangan yang dibuat. Kalau tak kenai kamus... menangis tak berlagu le jawapnya...

dari situ teman tahu, asal disuruh buat benda yang menyeronokkan atau bebas... yang susah akan menjadi senang...

wa chow sin

4 comments:

Anonymous said...

Shiekh, ramai cikgu-cikgu yang tak puas hati, sebab 10% elaun ajar dlm BI tak dapat lagi. tu yang cikgu mengamuk sakan, tiap-tiap bulan masyukk ... tu yang ramai cikgu dok pertahankan nak ajar dlm BI juga tu.....

peihong said...

yang bising tu cikgu dari bandar kut... aku tak salahkan deme sebab living cost tinggi...

malahan ada jugak cikgu yang dah pergi kursus bahasa inggeris sebab dia terbabit dalam ppsmi ni...

9W2ACB said...

Macam para kroni, pertahankan PPSMI bukan atas alasan pendidikan, tapi kerana ada masyukk,,, 20%, kontrak itu, kontrak ini.

peihong said...

yang naya anak anak kita.... generasi kita... apa guna cakap bahasa penjajah berabuk sampai mimpi pun dalam bahasa penjajah tapi Bahasa Melayu F9... Matematik dan Sains pun cukup makan...

Post a Comment