dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 July 2009

rakyat diketepikan

Menang ke kalah ke BN ni rege tetap naik...

la ni nak naikkkan tambang teksi pulak. dari rm2 ke rm3. Dulu rm2.50 dari stesen keretapi ke KL Sentral. Lepas ni distance yang sama dah jadi RM3.50. Hampeh... Kalo teksi nye rupe ni soronok jugak la membayo...

Yang best pulak tu bayo mahal mahal tapi serupa naik peluru berpandu bergerak dengan bom... aiyak....

p/s : nasib baik teman duduk Bandaraya Ipoh, jadi rege teksi Bandaraya KL ni kira murah lagi sebab kat charges teksi Bandaraya Ipoh dari Medan Gopeng ke Sungai Rokam dah rm10 - rm12 oooo (nama je bandaraya tapi teksi pun tak de meter)

wa chow sin

2 comments:

Anonymous said...

Bukankah pemandu teksi itu rakyat Malaysia seperti anda? Tambang teksi cuma di review setelah 5 tahun. Dalam 5 tahun dah berapa kali barang naik. Maksud saya barang makan dan barang alat ganti kenderaan. Ini semua adalah kos yang perlu ditanggung oleh pemandu teksi. Kos teksi di Malaysia adalah yang termurah di Asia Tenggara. Cubalah berjalan ke Thailand, Indonesia dan Filipina. Cubalah guna perkhidmatan teksi di negara yang saya sebut ini. Anda akan mengakui kebenaran kata-kata saya ini.

Gaji pemandu teksi adalah dibayar melalui pendapatan harian mengambil penumpang. Anda sendiri pun mungkin nak majikan naikkan gaji anda setiap tahun bukan? Jadi biarlah rasional dalam membuat komen. Pemandu teksi hanyalah sebahagian rakyat Malaysia seperti anda juga.

peihong said...

ko betul anon tapi peratusan kenaikan harus diambil kira juga... dengan peratusan 50% berbaloi ke dengan kualiti servis? belum lagi tengok keadaan teksi? kena juga tengok yang teksi semua ada subsidi diesel? belum kira yang guna ngv yang dikatakan peluru berpandu bergerak dengan bom?

since i dont vote in other country as u said so why should i care about them... lagi pun kalo ko baca nota kaki aku tu ko akan tau yang kami kat ipoh masih dealing dengan teksi tanpa meter. keadaan teksi? mengecewakan jugak. cubalah perkhidmatan teksi di Bandaraya Ipoh. Anda akan mengakui kebenaran kata-kata saya ni. (macam pernah dengar pulak 2 ayat ni) Tetapi aku tak masalah nak bayo rege teksi yang kat Bandaraya ipoh sebab semuanya milik persendirian (kalo ada yang sewa pun baru sehari rm20 tapi kos pembaikan ditanggung oleh syarikat) sedangkan dalam 100 teksi di KL baru 5 buah sahaja milik persendirian lainnya milik syarikat.

pemandu teksi juga rakyat malaysia, penumpang juga rakyat malaysia (bukan semua). aku tidak menentang rege yang naik tapi peratusan yang naik tu aku rasa tidak berbaloi. Jangan riding on cost spare part sebab teksi tak masuk sebarangan workshop. mereka ada workshop yang murah. kalo tak percaya cuba bawa kereta mr. anon ke workshop yang selalu repair teksi (harap kereta mr. anon sama model yang digunakan oleh banyak teksi). aku gerenti rege lagi murah dari workshop yang mr. anon biase pergi.

mr. anon boleh gerenti ke dengan kenaikan 50% ni pemandu teksi akan setia dengan meter?(bukan semua pemandu okay) jangan pula lepas ni masih ada pemandu yang ubahsuai meter atau tak nak guna meter.

fikir fikir kan...

Post a Comment