dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

22 July 2009

Teoh in memory : Kenapa TBH yang popular ???

Ramai yang mempertikaikan tentang kematian TBH. Kenapa la seorang insan nih boleh terbunuh sehari sebelum hari kahwin dia? Kenapa pula seorang saksi boleh terbunuh? Kat Malaysia nih takder ker 'witness protection program'???

Rakyat Malaysia masih dalam sesi berkabungan meratapi kematian TBH... Kenapa??? Soalan susah yang mempunyai jawapan yang mudah. Sebab dia mati di bangunan SPRM. Mati selepas ada bukti dan rekod dia disoal siasat di SPRM. Dan tiada bukti yang dia keluar daripada bangunan SPRM. Ada serpihan tingkap SPRM di badan mangsa. Boleh dikatakan semua bukti awal menyatakan dia mati di bangunan SPRM. Bukan dekat Kolej Kediaman UKM. Bukan dekat rumah Mak Sedara, mak tiri belah belah pak menakan dia. Kat bangunan SPRM.

SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bukannya UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teman percaya kalau Mohd Zaki Bin Abu Bakar sekali pun yang jatuh dan mati di bangunan SPRM semasa atau selepas atau sebelum pun kene siasat kat SPRM, semua rakyat Malaysia akan marah.

SPRM di lambangkan sebagai salah satu badan profesional. Bukannya badan swasta. Kalau nak saman sebab kecuaian maka kita akan saman kerajaan Malaysia. Bawak la kes tu ke mahkamah. Tapi... ingat boleh menang ke lawan kerajaan??? Tambahan lagi mahkamah tu pun milik kerajaan. UKM boleh la kome saman. Itu pun selagi Counselornyer bukan bini Menteri. Kalau idak usah harap la.

Sekarang nih kita mahu mempertikaikan kejadian yang berlaku terhadap TBH. Tapi yang teman penin, ada pulak yang mempertikaikan pasai pegang lilin. Islamic atau tidak. Kome ingat kome nih siapa nak tentukan orang tu Islamic ke idak? Sama ada upacara itu Islamic atau tidak bukan soalnya. Kita sama-sama rakyat Malaysia kene bersatu hati dan untuk memperjuangkan nasib orang yang teraniaya. Abis yang kome pegi buh bunga kat Tugu Negara tu Islamic ke idak??? Teman rasa dah lama dah kerajaan tak buat kenduri doa selamat untuk pahlawan-pahlawan negara yang memperjuangkan kemerdekaan kita dahulu. Aper kater tukar yang tu dulu baru suruh orang keluarkan fatwa.

Memang kita tak dapat nafikan ramai lagi orang yang mati teraniaya. Tetapi TBH mati di sebuah bangunan yang menempatkan Jabatan Kerajaan yang dengan 'desperate' mendapatkan kepercayaan rakyat. Dah la belum setahun penubuhannya dah macam-macam penyelewangan berlaku. Penyiasatan yang berat sebelah. Ketidak-telusan dalam mengkaji fakta kes dan jenis kes dan terbaru kematian orang yang masih dalam 'probing' jabatan tersebut. Jenuh la kome yang sukat KPI tu nanti.

Kematian TBH adalah kematian yang tragis. Kematian dia juga tidak masuk akal. Andai TBH mati semasa dalam perjalanan pulang dengan kenderaan dia sendiri, mungkin rakyat Malaysia tidak semarah ini. Kalau TBH mati jatuh daripada bangunan tempat tinggal dia sendiri walaupun selepas soal-siasat, mungkin rakyat Malaysia tidak semarah ini. Dan mungkin TBH tidak sepopular ini....

2 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

mereka memang sial...

mamai said...

aku takut bila satu badan yang harus kita percaya jadi yang paling tak boleh kita percayai

Post a Comment