dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

13 August 2009

Inilah kejayaan mereka

Di dalam perlembangaan UMNO Fasal 3.4 menyatakan ;


"Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya."



Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

  1. Robert Kuok
  2. Ananda Krishnan
  3. Lee Shin Cheng
  4. Teh Hong Piow
  5. Lee Kim Hua & family
  6. Quek Leng Chan
  7. Yeoh Tiong Lay and family
  8. Syed Mokhtar AlBukhary
  9. Vincent Tan
  10. Tiong Hiew King
Peh 50 tahun memerintah Malaysia.... ramai jugak rakyat Melayu dan Bumiputera jadi kaya. Dengar kata pula, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan no. 1 yang menguasai ekonomi Malaysia.

Patut la deme cakap Boss PKR tu Pengkianat Bangsa.

Deme memang POWER GILER-GILER punyer..............

No comments:

Post a Comment