dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 August 2009

Kartika Oh Kartika...

Apabila "Si Kartika" menyatakan pendiriannya berhubung hukuman sebat yang akan dijalaninya di Penjara Kajang. Maka berbunyilah juak-juak dan pencacai-pancacai berhubung perkara tesebut. Pak Menteri dan Mak menteri anak didik British pun turut berbunyi. Tidak kurang juga seorang bekas perdana menteri yang sudah tua ganyut dan masih tidak sedar bahawa kubur semakin mendekatinya pun turut menyalak sama. Ada yang menasihatkan Kartika agar membuat rayuan. Lastly, hukuman ditanggungkan atas alasan ketiadaan tukang sebat. Maka belum lagilah terlaksana akan hukum hudud di negara kita ini.

Semua tiu berlaku disebabkan campurtangan tangan-tangan berbulu yang bimbang perlaksanaan hukuman ini akan memberi hikmah yang cukup besar dikemudian hari. Bayangkanlah jika selepas ini Pak menteri dan mak menteri yang ditangkap dan didapati bersalah sebagaimana kes Kartika. Mereka sudah pasti akan dijatuhi hukuman rotan. Mampukah mereka melaluinya sebagaimana tabahnya Kartika untuk menghadapi hukuman itu.

Hal yang sedemikaian menyebabkan pemimpin-pemimpin didikan British begitu bimbang sekiranya hukaman ini dilaksanakan. Mampukah mereka yang sebilang masa bergelumang dengan noda dan dosa untuk menghadapinya. Mampukah mereka menghindarkan diri daripada botol-botol arak di saat minuman tersebut melambangkan kekuasaan dan kemegahan.

Merekalah yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan dan kemandrian politik ciptaan dunia barat. Mereka tidak mahu Islam tertegak sepenuhnya di bumi Malaysia ini kerana bimbang suatu masa nanti, tiada siapa yang akan menyokong mereka lagi. Maklumlah masing-masing sudah mengetahui halal dan haram serta dosa dan pahala. Masing-masing bimbang mendapat kemurakaan dan terjerumus ke dalam neraka jahanam.

Aku berharap agar hukuman yang akan dijalani oleh Kartika akan dilaksanakan. Bukannya tidak kasihan tetapi biarlah hukuman berlandaskan Islam dapat memperlihatkan keadilannya berbanding hukuman sivil ciptaan pemerintah didikan British.

No comments:

Post a Comment