dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 August 2009

Kartika seorang Islam


Dia adalah seorang Islam. Dia tahu hukum-hukum dalam Islam. Dia melakukan kesalahan dalam Undang-undang Islam. Dia dihukum atas kesalahan itu. Dia mahu dilaksanakan hukuman mengikut cara Islam yang sepatutnya. Sebagai orang Islam teman respect apa yang dia cuba buat. Dia mengaku kesilapan dan dia mahu orang lain sama belajar daripada kesilapan dia.

Tetapi ada pula orang Islam lain yang tak mahu umatnyer belajar daripada kesilapan semacam Kartika ini. Najib PM 1Malaysia menyeru Kartika untuk merayu. Mufti Perak Harussani pun minta Kartika merayu. Hishamuddin kater kita takder tukang sebat. Ramai lagi orang Islam di Malaysia nih yang sokong dan minta Kartika untuk merayu dan tidak dikenakan hukuman sebat.

Teman tak berapa cekap dalam Undang-undang syariah nih tetapi teman tahu dalam Islam, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar. Dan yang salah mesti dihukum. Sekarang nih penerima hukum dah setuju dan mahu dilakukan ikut undang-undang yang sebenarnya, tetapi pemimpin Islam yang berkuasa sekarang nih, seolah mengelak daripada hukuman ini dijalan mengikut syariah Islam. Bila TGNA kater Islam kome nih Islam yang bawak orang ke neraka, kome melenting. Langgar fatwa la, langgar itu la ini la, TGNA lebih tahu siapa masuk syurga la.

Bagi teman nih ini merupakan tempelak pertama membuktikan bahawa kome sendiri tak mahu ajaran Islam sebenarnya ditunjukkan dan dilaksanakan. Terang-terang Kartika mahu semua umat Islam mempelajari daripada kesilapan dirinya. Dia mahu umat Islam di Malaysia nih sedar supaya tidak mengulangi kesilapan beliau. Kita semua tahu dan nampak sekarang ini ramai anak muda dah mula tanpa segan-silu meminum arak dikhalayak ramai. Teman sebagai orang Islam amat la malu dengan keadaan itu dan teman rasa permintaan Kartika adalah salah satu dakwah yang dapat mengajar mereka-meraka ini supaya jangan tunjuk lagak mereka.

Membaca posting abg ManjungMari pulak, bertambah la terkilan teman dengan isu Kartika ini. Sudah terang lagi bersuluh, orang bukan Islam telah dimomokkan dengan ajaran Islam yang salah. Dakwah menjadi Dakyah. Kenapa selepas lebih 50 tahun Merdeka, kerajaan Malaysia yang bertitlekan negara Islam (sebab tergolong dalam negara OIC), masih mempunyai fahaman Islam yang sangat cetek. Kalau yang benar Islam pun cetek inikan pula yang bukan Islam. Sebenarnya tindakan deme nih, sedikit sebanyak menghilangkan rasa hormat orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri. Kalau tiada lagi rasa hormat bagaimana pendakwah mahu menyampaikan dakwahnya. Adakah ini satu lagi konspirasi untuk menjatuh Islam di Malaysia? Adakah kerajaan tidak mahu rakyatnyer dididik dengan ajaran Islam yang sebenarnya??? atau ini hanya lagi satu motif politik melawan PAS???

2 comments:

Neo said...

yang bangangnye puak2 yg kecoh2 tu le.. org yg buat salah tu dah redha nak terima hukuman, alih2 pak2 menteri, NGO yg tah apa2 tu, sumer bukak mulut..suruh merayu la apa la.. ampeh betul..susah sangat ke nak tegakkan Islam? Mcm YB Zul (Kulim) kata, apa susah, import tukang2 sebat daripada Aceh ataupun hantar pegawai penjara kita ke sana balajar cara sebat syariah.. tu pun nak kena ajor ke? mmg bodo piang! - Neo

dugong_darat said...

Tau takper bro...

Post a Comment