dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 August 2009

Menghilangkan bangsa dalam 1Malaysia

Perdana Menteri kome telah dilaporkan tengah berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kabinet untuk melenyapkan butiran berkenaan dengan bangsa didalam semua borang dan urusan rasmi. Dalam erti kata lain, dalam borang atau dokument rasmi tidak lagi memerlukan untuk menyatakan bangsa seseorang.

Perkara ini adalah sesuatu yang perkembangan positif namun ia akan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kerajaan sanggup untuk berdepan dengan jurang pemisah antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.

Hampir semua isu kerajaan sebelum dan sehingga hari ini adalah berkaitan dengan isu perkauman. Semangat kebangsaan yang sudah terlalu menular di segenap pelusuk hati dan jiwa raga rakyat Malaysia. Jangan jadikan langkah ini sebagai suatu 'turning point' untuk kembali mendapatkan undi orang bukan Melayu.

Namun disebalik langkah ini, sebenarkan akan membentuk satu cabaran kepada PM kome nih, samada dia sanggup untuk menggugurkan perkataan 'Melayu' dalam UMNO, 'Cina' dalam MCA dan juga 'India' dalam MIC. Kalau benar Najib benar-benar mahukan 1Malaysia nih dibuat, mende-mende macam nih lah yang utama perlu dibuang.

Barang harus diingat, bila dokumen rasmi kita tidak lagi menyebut apa bangsa kita (dokumen rasmi nih termasuk kad pengenalan) maka UMNO tidak lagi relevan di Malaysia ini kerana macam mane kome nak pastikan seseorang tu benor-benor Melayu untuk join UMNO nih???

Idak ker jadi back-fire balik kat kome...

Pikior-pikiorkan....

Sumber....

No comments:

Post a Comment