dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 August 2009

Mimpi 1

Salam ramadhan. Lama wa cari peluang nak menulis kat sini. Wa rasa berjanggut de' owner tunggu thread wa.

Sebelum tu, wa nak bagitau yang wa ni saudagar mimpi. Mimpi indah, mimpi ngeri, mimpi di siang hari dan tak lupa mimpi basah yang wajib mandi; semuanya wa dagangkan. Jadi nak senangkan cerita semua thread wa pakai tajuk mimpi tapi ingat hanya kat blog ni je. Kalau ada jumpa thread pakai tajuk mimpi kat blog selain sini percayalah thread berkenaan tiada kena mengena dengan dagangan wa dan wa samada hidup atau mati.

Cukup le ngan cerita wa tu. Sekarang ni wa nak dagangkan cerita yang berlaku kat negeri belah utara.

Adun A
4 penggal jadi adun masih bangang dalam prosedur dewan negeri. Bila speaker declare seat kosong baru terhegeh hegeh nak bagitau dia ada surat mc. Baru sibuk cari alibi mengatakan yang dia ada bagi tau ketua pembangkang sebab dia tak datang. Ceh kalau nak bodoh, pergi le bodoh sendirian berhad. Jangan public listed sendirian berhad bodoh ko tu dan jual saham bodoh sampai sapa yang beli akan ikut jadi bodoh.

Kalau ko boleh call ketua pembangkang; kenapa tak boleh call pejabat speaker? Kalo betul ada mc kenapa lepas speaker bising baru nak antu sijil mc tu? Ke sijil tu baru buat? Kene pulak tak de serial number, bukan setakat backdated 3-4 bulan; backdated 3-4 tahun pun tak de masaelah ye tak.

Kesian kat pengundi, 4 penggal undi calon yang bodoh. Kesian kat spr kene fikir apa alasan untuk elak pilihanraya kecil.

Adun B
Angin berhembus, dahan jatuh menimpa batu... Tetiba je terus angin menjadi deras, dahan pula jatuh ke rumah. Dari berparti ke non partisan aka bebas. Yang klasiknya adun tu dari parti katak ramai. Kalau dah nama parti rupa tu, wa pun tak heran sangat. Cuma wa ada soalan untuk adun ni.

1. Jika perjuangan pkr makin lari dari perjuangan asal maka apakah perjuangan yang dibawa sebagai adun bebas aka adun bebas berparti?

2. Jika dulu (sebelum pru 12), jika ada masalah parti tahu berbincang dengan pimpinan tertinggi parti, kenapa lepas duduk dikerusi empuk, gaji dan elaun 4-5 angka perkataan berbincang tiada dalam kamus?

Namun harapan wa nak kan adun ni jawap hanya tinggal harapan le.

Dari performance review yang wa dapat, adun ni baguih. Kalo betoi baguih, apa kata maintain je dia ni sebagai exco. Ingat dia ni adun bebas berparti.

Kadang kadang kena bagi peluang dia berkhidmat. Kalo dah jadi adun bebas berparti pun lembab semacam je baru le kita sack mengikut prosedur.

Macam biasa juga macam macam le cerita kurang enak berbunyi lepas adun ni jadi adun bebas berparti. Yang bersuara tu adalah manusia hipokrit semata. Kenapa masa adun ni masih dalam parti katak ramai tak de pulak keburukannya didedahkan? Eluk ke dia keluar parti katak ramai terus macam macam cerita keluar. Mengapa bila dia bersekongkol maka segala keburukan adalah kebaikan tapi bila dia menentang arus kebaikan pun dipandang sebagai keburukan?

Cerita contoh
Apa gamaknya cerita yang keluar jika nik aziz keluar pas dan jadi adun bebas? Apa cerita buruk yang keluar bila anwar ibrahim kata dia nak jadi adun bebas berparti? Apa pulak yang dibuat dek penyokong bila lim guan eng keluar dap? Yang pastinya 1Malaysia gumbira bila najib tun razak keluar umno...

saudagar mimpi
manchester

2 comments:

peihong said...

berapa lama daaa aku tunggu thread ko ni....

wei... jersey man Utd satu....

dugong_darat said...

teman pun nak satu...

Post a Comment