dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 August 2009

Mimpi 2

Salam mimpi dari wa buat pembaca. Sebelum gua cerita pasai mimpi tu, saje je wa nak cerita asal usul wa ni.

Wa ni rakyat malaysia. Sebatang kara. Peihong tu le yang wa anggap famili wa. Segala urusan dikala kecemasan memang wa letak nama peihong tu. Keje wa buatkan wa merantau segala ceruk dunia. Buat apa wa layan hujan batu, baik layan hujan emas. tbc

Cukup le mukadimah pengenalan wa buat hari ni. Jom kita ke mimpi wa...

PAS menang di Permatang Pasir
Wa ingat sapa yang baca blog semalam gerenti dah tau. Dacing makin senget dan bulan terus bersinar. Wa tak nak cerita tentang berapa majoriti pas menang, peti undi mana yang peratusan merosot dan sebagainya tapi wa nak cerita pasai calon.

Dacing macam biasa akan buat post mortem. Wa jamin hasil post mortem tu semestinya tidak akan mengatakan kekalahan adalah sebab silap pilih calon. Maklum le calon dacing tu mulia peribadinya. Tak pernah tipu orang, tak pernah songlap duit, lesen peguam tak pernah kene tarik dan tak pernah berbini dua (seorang kawan wa memang tak mengaku kalo dituduh samada dia berbini dua. Kenapa?*). CIT POOOODAAAAAHHH.....

Yang wa tau calon dacing tak puashati sebab pengundi cina tak tepati janji. Pengundi tak tepati janji yang diungkit. Janji kat bapa mertua disenyapkan pula. Sebenarnya jika calon yang dipilih ni jujur, tentu secara automatik akan tolak offer bertanding kerana ada kelemahan diri tapi bila nafsu untuk berkuasa menguasai diri semua tu ditolak. Kene pula pemimpin atas atas pun bagi semangat yang kelemahan tu minor sahaja. Memang kepimpinan melalui teladan.

Contohnya wa ni la kata la next pru ada offer untuk wa bertanding wa akan tolak sebab wa pernah ada crime record (cerita lama ni), wa pernah cintan cintun ngan bini orang dan wa tak suka bila isu wa ada 3-4 biji kereta mewah masuk suratkhabar. Walaupun wa boleh counter semua tuduhan tu tapi bagi wa bila isu dah timbul counter le macam mana pun, isu tu dah jadi ingatan buat orang ramai. Tak banyak, sikit mesti ada.

Harap harap lepas ni mereka yang dipilih untuk menjadi calon harus jujur. Jika seorang calon itu jujur kepada diri sendiri maka secara tak langsung ianya menjadi satu tiket buat pengundi percaya. Ini ingatan bukan untuk calon dacing tapi juga buat calon pakatan rakyat... We are watching...

s a u d a g a r m i m p i
m a n c h e s t e r

No comments:

Post a Comment