dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

27 August 2009

Mimpi 3 - mimpi seorang pengundi

Salam ramadhan buat pengunjung setia blog de' anje online.

Kenapa tajuk ari ni panjang? Ini adalah mimpi wa. Walaupun keje wa buat wa lebih pijak tanah penjajah dari tanah tumpah darah; bila mengundi wa akan tetap balik untuk tunaikan tanggungjawap wa tu. Walaupun tak berbaloi tapi wa happy. Mana nak berbaloi last pru wa kena naik flight first class dari london (nasib baik kawasan wa tak de prk kalo tak, muflis wa). Kat malaysia, wa lepak kat concorde. Lepas mengundi kat shah alam, wa pi bota jumpa peihong. 2-3 jam ngan diusung dek peihong melawat tempat buang undi, wa pun blah dan terus ke klia sebab wa nak balik london via singapore. Jadi ini le mimpi wa sebagai seorang pengundi.

Kali ni wa mimpi malaysia ni diperintah oleh pakatan rakyat (amin!). Time tu kesefahaman pkr, pas dan dap memang tahap tip top. Ini terhasil dengan muafakat pertukaran parti pemimpin peringkat atasan. Wa dah tak berapa ingat semua nama pemimpin yang tukar parti tapi wa memang perasan yang lim guan eng dah jadi ketua kelab penyokong pas negeri pulau pinang dan hassan ali jadi pengerusi dap negeri selangor. Itu yang wa boleh ingat. Jadi jangan nak tanya anwar, hadi, lim kit siang, nik aziz, karpal singh etc join parti mana pulak dalam komen. Kalo nak bagi pendapat silakan. Ada juga modal untuk tersengih sementara menunggu waktu berbuka

Kiranya time tu isu hudud, isu babi, isu arak, isu aurat, isu azan dan isu jawatan exco semuanya tak menjadi masalah walaupun umno aka bn akan tetap menganggu gugat dengan isu tersebut. What do you expect from them? Same old same old la...

Maka kerajaan bayangan yang selama ni hanya bayangan telah terbukti depan mata. Malahan malaysia mula menjadi model kerajaan muafakat terbaik di dunia. Manakan tidak malaysia menjadi model, malaysia tidak melantik perdana menteri dan timbalan perdana menteri walau seorang pun. Lantikan yang dibuat hanya setakat level menteri. Ketua atau pengerusi parti akan bertindak sebagai penasihat kabinet yang hanya bertugas macam pm tapi bukan sepenuhnya. Tugas penasihat lebih sebagai penyambut tetamu vvip yang datang ke malaysia.

Katakan presiden indonesia datang maka ketua atau pengerusi dari 3 parti akan menyambut tetamu vvip tu. Itu hanya untuk hari pertama. Hari kedua baru menteri yang berkaitan dengan tujuan kedatangan presiden indonesia tu datang berkunjung hormat disamping memberikan kerjasama dalam melaksanakan tujuan lawatan. Jadi bila presiden indonesia tu nak balik baru le 3 penasihat ni muncul kembali. Ini le konsep pemerintahan unik yang menjadi buruan mahasiswa dan mahasiswi satu dunia untuk dijadikan kajian tesis peringkat sarjana dan falsafah. Oh ya! 3 penasihat itu juga diundi sebagai speaker dewan rakyat, negara dan negeri. Jangan le nak compare ngan mimpi wa ngan undang undang yang ada sekarang. Ini mimpi dan lagi pun undang undang yang ada tu boleh diubah.

Ketelusan kerajaan pakatan rakyat tiada dapat disangkal. Malahan johor, satu satunya negeri yang dimiliki oleh bn pun turut respect kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih tetap memberikan bantuan kewangan kepada negeri johor. Walhal masa bn memerintah dulu haram seduit pun bantuan diberikan kepada kerajaan negeri pakatan rakyat. Pembangunan yang dibuat semuanya atas label kerajaan pusat bn.

Sebenarnya keunikan negeri johor yang menjadi satu negeri milik bn agak menarik. Demi memelihara sejarah umno maka pakatan rakyat tidak meletakkan seorang pun calon bertanding dalam negeri johor. Kiranya di johor bn menang tanpa bertanding semua kerusi negeri dan parlimen. Memang mengejutkan semua pemerhati pilihanraya. Malahan ada pemerhati yang terpaksa masuk hospital sebab kena sakit jantung dengan political move pakatan rakyat tu.

Dinegeri lain dengan gembiranya dikhabarkan semuanya milik pakatan rakyat termasuk sabah dan sarawak. Jumlah calon bn yang berjaya menang di setiap negeri tidak melebihi 20% jumlah kerusi yang dipertandingkan baik negeri atau parlimen. Dengan jumlah kerusi yang kecil ini usah kata usaha membeli calon pakatan rakyat untuk menjadi adun bebas berparti dapat dilaksanakan malahan ada khabar angin adun bn pula nak lompat masuk ke parti komponen pakatan rakyat. Dengan result pru yang sebegini, dikhabarkan bukan setakat ada pemerhati pilihanraya diserang sakit jantung malahan ada juga pemimpin umno veteran turut diserang sakit yang sama.

Ini baru secara umumnya, kalo wa ada mood wa sambung mimpi ni dengan a little bit detail.

to be continue...

s a u d a g a r m i m p i
m a n c h e s t e r

2 comments:

mamai said...

sungguh indah mimpi itu lagi indah kalau jadi realiti...kita usaha kearah itu

dugong_darat said...

best betui mimpi brader wa nih...

Teman 'Amin' kan ajer...

Post a Comment