dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

28 August 2009

Mimpi 4 - mimpi seorang pengundi

Salam. Wa nak sambung mimpi wa lagi. Bukan tak boleh tulis sekaligus tapi wa fikirkan pembaca pun ada kerja lain yang nak dibuat selain dari baca blog dan yang utamanya ialah wa sebagai penulis. Wa pun ada kerja yang nak kena buat. Memandangkan wa ada lapang wa sambung lagi.

Antara kementerian yang diwujudkan ialah kementerian pembangunan usahawan dan koperasi. Kementerian yang telah dilupuskan oleh kerajaan bn kelolaan najib tanpa sebab yang munasabah malahan menjadi penyebab utama kekalahan bn dalam pru yang lepas membuatkan bn dikenali sebagai pembangkang kecuali di negeri johor.

Dibawah kerajaan pr maka kementerian ni diwujudkan dengan diberi nama baru iaitu kementerian pembangunan usahawan, syarikat dan koperasi. Agensi kementerian ni juga perlu dipilih yang bersesuaian dengan konsep kementerian. Dengan konsep dari usahawan lahirnya syarikat dan dari syarikat lahirnya koperasi.

Cuba pusing sekeliling taman perumahan tempat kita tinggal; ada jumpa gerai burger? Ada jumpa gerai jual nasi lemak tepi jalan? Ada kan. Jadi korang rasa peniaga ni ada syarikat ke? Usah kata syarikat, silap silap akaun bank pun tak da. Jadi mereka ni adalah usahawan. Mereka secara tidak langsung turut berperanan menjana ekonomi negara dengan memastikan rantai pengaliran wang tunai berlaku setiap hari. Bukan nak kata syarikat gergasi tak menjana ekonomi tapi pengaliran wang tunai berlaku dengan penglibatan pihak ketiga dan keempat. Tak faham apa yang wa tulis? Pergi cari buku perdagangan tingkatan 3. Baca balik atau pun rebus untuk diminum airnya. Hanya satu dari dua option yang wa bagi jika dibuat akan memberikan impak kefahaman pada apa yang wa tulis tadi.

Balik kepada penjual burger tadi. Mereka itu usahawan, jadi kementerian berikan input syarikat kepada mereka. Tujuan utama agar syarikat yang ditubuhkan atas nama mereka akan menjadi bukti kewangan. Tak da la bila nak buat loan dengan bank kena bayar ulat ulat taik yang kerjanya nak kan payola atau yang kerjanya buat payslip haram. Mungkin datuk harussani boleh huraikan masalah hukum jika buat loan guna payslip haram ni. Jangan asyik nak sibuk dengan kisah pengharaman sureheboh walhal 1Perak tahu kalo tak pasai permit silap gaya sureheboh di perak akan diadakan sebelah rumah datuk mufti pun.

Jadi berikan usahawan ni kursus pengurusan secara percuma. Buat secara santai. Kalau dewan kursus boleh merokok wa rasa mau penuh dewan tu. Kalau tak penuh dengan usahawan, penuh dengan asap. Jangan diikut resmi kerajaan bn, semua nak dewan aircond, makan nak hotel. Buat kursus guna dana kerajaan pun mereka charge usahawan dengan harga yang buatkan usahawan tu sebelum ni undi bn akan undi pr pulak.

Lepas wujudnya syarikat syarikat kecil yang berkecimpung dalam industri burger maka dari situ kementerian akan gabungkan syarikat ini dibawah satu koperasi. Dengan koperasi ni akan terhasil franchise burger secara menyeluruh. Koperasi ni akan turut menyediakan r & d daging burger, roti burger, sos, mayo dan resepi baru untuk pelanggan serta aspek kesihatan (yang ni wa pun terseliuh nak hurai jadi wa bagi kat pembaca yang pakar dalam bidang kesihatan untuk komen). Jika burger setaraf bigmac dengan separuh harga bigmac di mcdonald dan boleh didapati dalam jarak 20 langkah dari rumah berbanding dengan pergi ke mcdonald, kalau jalan kaki silap gaya 2 kali jumaat baru sampai atau tak sampai sampai langsung; mana satu pilihan anda sebagai pengemar tegar burger. Jadi semua ni akan menaikkan taraf hidup peniaga kecil ke satu aras yang makin selesa. Harus diingat setiap syarikat yang dibantu alan membayar cukai kepada kerajaan. Ini memwujudkan satu urusan timbal balik (dalam bahasa ppsmi vice versa rasanya) yang mempunyai ikatan secara tidak langsung. (yang ni kalau nak faham kene cari buku rujukan perdagangan tingkatan 5. Makin advance ni). Gerenti puak bn akan kata pr menekan rakyat dengan cukai. Heh heh heh kalau rakyat berduit usah kata cukai pendapatan, zakat perniagaan pun mereka akan bayar. Ini kerana mereka mampu. Silap silap terlebih mampu. Jika kerajaan kayakan rakyat nescaya rakyat akan berganding bahu dan teguh menyokong kerajaan yang memerintah...

Oh ya dibawah kementerian ni semua franchaisor dan peniaga makanan beragama islam harus mematuhi kod etika penjualan arak dan makanan ketika bulan ramadhan kepada rakyat beragama islam. Ini untuk memastikan islamnya negara malaysia ni bukan setakat dalam perlembagaan sahaja.

The best candidate as minister semestinya memiliki latar belakang perniagaan yang tahap papan pertama bskl. Kalo setakat bisnes gigi sampai ada banglo rege 5-6 juta jangan berangan nak apply. Paling cikai pun mesti ex ceo yang ada hutang bank paling minima 60 juta sampai bank kena mintak peminjam bayar balik hutang melalui suratkhabar.

Kalau nak wa detailkan lagi dan ditulis sekaligus ada 2 perkara yang timbul. Pertama, wa akan menulis tanpa henti 2-3 hari dan kedua pembaca akan membaca tanpa henti sehari semalam. Jadi wa kasi basic je. Nak lagi panjang tentang hala tuju kementerian ni samada sponsor wa tulis buku atau lantik je wa jadi menteri kementerian ni. Senang cerita kan...

Next wa nak mimpi tentang kementerian pertanian.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

2 comments:

Tayadih Maysia said...

salam,

de anje online kini di www.duniacacamarba.blogspot.com

peihong said...

terima kasih

Post a Comment