dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 August 2009

Mimpi 5 - mimpi seorang pengundi

Salam.

Jika semalam wa cerita pasal kementerian pembangunan usahawan, syarikat dan koperasi; hari ni wa nak explain balik tentang hala tuju kerajaan pr seperti yang diminta melalui email oleh peihong. Ok bos, wa hold cerita kementerian kejap dan balik ke cerita hala tuju kerajaan pr.

Dengan tumbangnya kerajaan bn tidak bermakna wawasan 2020 turut terkubur. Kerajaan pr tetap mendukung wawasan yang menjadi ilham tun m cuma intipatinya telah dikaji serta disesuaikan dengan intipati kerajaan pr. Memang ini isu favourite orang dacing yang mengatakan kerajaan pr tiada idea hingga terpaksa guna wawasan 2020 milik bn. Patut le mereka kalah jika masih begini pemikiran mereka. Pemikiran yang masih ditakuk lama. Mereka mendabik dada mengatakan wawasan 2020 milik bn. Sebenarnya wahai mulut mulut cabul dengan fikiran kolot; wawasan 2020 adalah milik rakyat. Ia bulan milik pemimpin, bukan milik parti; diulang sekai lagi ianya milik rakyat malaysia.

Dengan mengambil kira wang ringgit serta tenaga yang telah dicurah untuk mengapai wawasan walau pun pernah diganggu oleh koridor dan gagasan 1Malaysia, maka kerajaan pr memikirkan bahawa wawasan 2020 perlu diteruskan supaya rakyat dapat meraih untungnya setelah lama ia disemai. Tak semestinya kerajaan baru segalanya mesti baru. Hak lama pun jika diperbaik mana yang patut akan kembali tip top kecuali proton perdana negeri perak yang selalu rosak serta kos maintainance tinggi hingga perlu tukar ke kereta camry. Mercedes? Hanya terengganu je boleh beli sebab duit royalti minyak banyak.

Dari segi skop kementerian pula sebenarnya masih sama cuma ditambah agar lebih efisien. Macam semalam perkataan syarikat telah ditambah dalam nama kementerian. Ini dirasakan yang pembangunan usahawan adalah sinonim dengan pembangunan syarikat. Jadi tak akan wujud syarikat pasif atau tidak aktif kerana khidmat nasihat perniagaan serta bantuan pinjaman perniagaan dapat diberikan tanpa red tape yang bersepah kerana semua di bawah satu kementerian. Peihong suka la kalo kementerian tu jadi macam ni. Berlori paperwork dia boleh hantar.

Kalau takde gangguan esuk wa cerita mimpi wa pasal kementerian pertanian. Sebelum tu wa nak tido dan bermimpi.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

No comments:

Post a Comment