dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 August 2009

Pengkianat Bangsa

Sampai ke hari ini teman tak boleh nak digest kenapa isu bangsa nih makin kuat dimainkan oleh Barisan Nasional, terutama sekali UMNO. Siap nak buat demo depan pejabat UMNO Perak lagi. Teman dah makin pening.

Sesungguhnya, pada pandangan teman, konsep 1Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Kedaulatan Melayu. Kalau dah kata semua 1Malaysia, kenapa perlu ada isu pengkianat Melayu. Kalau nak tentang pun, cuba cari isu pengkianat rakyat. Sebab 1Malaysia bagi tahu yang Rakyat Diutamakan..... Bukan 'Melayu' diutamakan.

Kalau nak cerita pasai bangsa lagi... Baik tukar slogan 1Malaysia jadi 1Melayu.

p/s.... teman rasa lagi ramai rakyat yang dikianati, jika dibandingkan Melayu yang dikianati.

2 comments:

Sesumpah said...

Biasa le bro...
Dema mmg suka mainkan isu perkauman nih.
nk dptkan sokongan...
Konon2nya mcmlah pembela bangsa melayu sangat2...

Anonymous said...

Apa2 pun tunggu je la Pilihan Raya yang akan datang.....habis cite.

Post a Comment