dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 August 2009

PRK N11 Permatang Pasir - Analisa awal keputusan

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya dapat teman teruskan perjuang dan terus menyampai apa yang tersirat dab tersurat di kaca mata teman malam ini...(Practise ker nih... hehehehehehe)

Alhamdulillah kemenangan di Permatang Pasir telah membuktikan kepada kita bahawasanya rakyat masih marahkan dan bencikan BN setelah lebih 50 tahun memerintah tetapi masih mahu menipu rakyat. Sesungguhnya dengan kemenangan ini sekaligus telah melenyapkan rekod 5 kali kekalahan dalam pilihan raya bagi calon Ustaz Salleh Man. Terus terang teman rasa pertama kali berjumpa dengan Ustaz Salleh Man ketika PRK N12 Penanti, teman nengok kenapa sememeh benor YDP Pas Pulau Pinang nih. Kurang bermaya dan tidak mempunyai semangat langsung.

Tetapi Allah telah tetapkan bahawa beliau kene memikul tanggungjawab sebagai pengganti kepada arwah Dato Hamdan untuk mewakili rakyat di Permatang Pasir. Kali pertama pula teman berjumpa (dalam tempoh kempen) dengan Ustaz Salleh Man berubah wajah menjadi orang yang paling bersemangat dalam kempen PRK kali ini. Ceria dan lebih outspoken, mesra dan juga mahu didekati. Mungkin semangat Ramadan telah meniup semangat beliau untuk berjuang menegakkan apa yang beliau percayai setelah sekian lama bertanding. Hanya ucapan tahniah dapat teman ucapkan kepada Ustaz Salleh Man dan teman berharap apa yang beliau ingin lakukan setiap kali bertanding akan beliau realisasikan.

Kepada calon BN, sebenarnya jauh dilubuk hati teman ada perasan kesian dengan beliau nih. Bukan aper, track recordnya yang buruk tanpa disedari telah memakan dirinya sendiri. Teman percaya andai BN cuba untuk bersederhana dalam kempem PRK kali ini, mungkin nasib calon BN tidak seburuk ini. Bayangkan, ini adalah majoriti kekalahan yang terburuk dalam semua PRK yang berlangsung sejak PRU12. (selepas Arif-Shah ketika kalah kepada Anwar). Teman percaya yang isu penarikan lesen guaman Rohaizat sebenar memberikan impak terbesar dalam kempen BN kali ini. Jenuh deme counter-attack isu ini. Namun perjuangan tetap kene dilakukan. Hei maner ader anak jantan lari dari pertemburan.

Seperti PRK-PRK yang lalu, kalau bukan disebabkan calon, bukan disebabkan rasa marah rakyat, kalau bukan disebabkan oleh isu yang terhangat, teman rasa Pas belum tentu akan menang dalam mana-mana PRK. Tolak PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu (sebab teman tidak terlibat), faktor calon, amarah rakyat kepada BN dan juga isu yang hangat, teman bolen jamin Pas tidak mungkin akan berjaya memenangi mana-mana PRK. Dalam 3 PRK yang melibatkan jentera pilihanraya daripada PAS sebenar tidak berfungsi dengan baik.

Bukit Gantang, 2 hari sebelum mengundi, Pengarah Pilihanraya dah angkat tangan mengalah kepada BN. Lepas tu baru nak duduk bincang dengan Ketua Jentera PKR dan DAP untuk tolong. Di Manek Urai, teman sendiri didatangi oleh orang-orang di Manek Urai Lama menyatakan petugas Pas disini sombong. Pergi kempen di kedai kopi, kedai kopi orang deme. Bila tahu kedai kopi tu orang UMNO, mampuih tak pegi. Tiada keterbukaan dan berkempen. Sama seperti di Permatang Pasir. 2 hari lagi nak mengundi, jentera pilihanraya PAS dan mula makan angin. Sehingga ada pemimpin tertinggi PAS sudahnya balik apabila ditanya tentang program, deme tak boleh nak jawab dan berikan jadual. Bila dan balik umah, baru terhegeh-hegeh call kater ader 2 program di waktu malam yang perlu dihadiri. Padahal dah ader kat umah yang jauhnya dekat 180km. Aper hal??? ingat tunggul ker boleh tunggu lama-lama. Selepas berita kehilangan Yusri dan juga bapa kepada Faezah baru la kelam-kabut atur program. Minta semua pemimpin yang dah balik turun untuk bantu.

Sebenarnya teman berharap benor supaya Pas kalah di Permatang Pasir nih supaya deme dapat kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik. Sekarang dah memang. Post-mortem confirm nipis jer laporannyer. Masa hampir kalah di Manek Urai, mula nak menuding jari mencari kesalahan orang. Kalau orang muda masih ingat kata-kata sorang pemimpin PAS masa kat Manek Urai, kerat 18 pun belum tentu deme akan undi PAS lagi. Dia kabokan, punca majoriti merosot adalah undi saluran 2, 3 dan 4. Undi anak muda yang berpaling, punca kemerosotan undi.

Teman benar-benar berharap, agar jentera parti Pas mula sedar, kemenangan ini bukan disebabkan kome betui-betui berkerja kuat. Rakyat masih marahkan BN. Rakyat tak mahu calon yang hampeh terutama daripada BN. Rakyat mahu lihat BN tumbang. Jangan dibayangi lagi mimpi yang kome nih disukai oleh rakyat. Pendekatan terhadap pengundi kene ubah. Gerak kerja kempen juga kene berubah. Sususan kempen jugak kene lebih teratur. Jangan ulangi kesilapan lalu.

4 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Tahniah di atas kemenangan.






Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat,

Analisis awal yang baguih dan kuat. Moga dapat perhatian pemimpin dan seluruh ahli Pas.

Tahniah dan takbir!!!!!!!

kuda_laut said...

tahniah d ucapkan..
sprt yg mike katakan..jentera pilihanraya perlu d tarbiah kan..
harap mike yg rapat dgn mereka2 tu..dpt ajukan permasalahan ini..
moga lebih efisyen..jentera pilihanraya pas kelak..

dugong_darat said...

Terima kasih kunjungan pak sheikh.

Terima kasih atas komentar tersebut. Moga-moga deme mendengor suara teman yang kecik nih...

Post a Comment