dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

13 August 2009

Udah le tu...

Apa citer nie???

Kata "1 Malaysia" tapi sibuk pulak duk canang2 yang Si Anwar tu "Pengkhianat Melayu". Kalau udah "1 Malaysia" mana ada perkauman nie. Semuanya sama. Berpijak di atas tanah yang sama, bernafas dengan udara yang sama dan bernaung di bawah langit yang sama. Semuanya dinaungi kibaran "Jalur Gemilang".

Ini idak, udah orang tu duk sibuk memperjuangkan sesama bangsa Malaysia, kome tuduh dia pengkhianat pulak. Kome lupe agaknye yang kome tu pun spesis pengkhianat bangsa juge. Apa kome udah lupa...

Siape yang bersenkongkol dengan British dengan tunduk kepada apa jua permintaan orang putih laknat tu bagi mendapatkan kemerdekaan???
Siape yang menghilangkan imuniti raja-raja???
Siape yang menghilangkan tulisan jawi???
Siape yang "merogol" kedaulatan Bahasa Melayu???
Siape yang duk mencanangkan kemajuan lantas meminggirkan agama???
Siape yang berkompromi dengan Singapura perihal WPI???

Teman maleh nak menjawab itu semua. Teman biorkan kome-kome yang duk sibuk pegang keris bertelanjang unutk menjawabnye...

Agak-agaknya deme-deme nak jawab ke???

Atau...

Deme-deme tak tau nak menjawabnye kerana bimbang dicop sebagai pengkhainat bangsa oleh spesis-spesis deme-deme juge...

4 comments:

mamai said...

tak ada dia orang tu jawabnya menikus dalam kebuk padi...

Anonymous said...

pemimpin2 politik kat atas sana sama ada kerajaan atau pembangkang sama saja. yg lebih2 or fanatik ni penyokong je. pemimpin tu antara depa ok je depan media or depan penyokong je lain. baik kata lain, there are pretender. yg untung depa, yg rugi penyokong fanatik ni. pemimpin baik kerajaan or pembangkang depa ada agenda masing2. periuk nasik nak kena jaga jugak. dlm parlimen berperang kat luar minum sama meja je. suma tu berlakon je. aku bukan la sokong kerajaan sgt tp bab DS Anwar ni takde la aku teruja mana pun...cina n india byk guna dia. anak dia pun takdela berjaya sgt kat parlimen dia. at least PAS ada perjuangan n PKR suck...tempat org melepaskan geram sbb tak dpt apa yg depa nak. Aku sokong sgt kalu PAS kuar dari pakatan rakyat. PKR cant stand alone. PAS ada asas dia. Terpulanglah....

peihong said...

to anon...

aku confuse sikit... dalam ko kata pemimpin ni pretender dan yang fanatiknya adalah penyokong; ko masih sokong PAS? fanatik jugak ko ni ye...

dugong_darat said...

hehehehe....

Post a Comment