dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 September 2009

Syawal

Selamat beraya semua...

selamat

kata deme kita lebih ghairah menunggu hari raya dari menunggu hari bermulanya ramadhan.

kata deme kita akan menyanyi sakan bila nak raya dari meratapi pemergian ramadhan al mubarak

tepuk dada tanya selera


wa chow sin

18 September 2009

Liabiliti?

Tun Che Det kater Uncle Samy adalah libiliti...

Uncle Samy balas, Tun Che Det berhak kate ape yang dia nak.

Teman cakap, dua-dua pun dah masuk kategori liabiliti. Elok di Muziumkan aje.

otai mengata otai; yang bukan otai tengok je la

kata otai vs otai

bila otai BN iaitu Tun M kata otai MIC iaitu samy vellu akan jadi liabiliti kepada BN pada pru akan datang...


kata bukan otai

laaaa baru tau ke wahai otai BN?

16 September 2009

mimpi 11 - F1Malaysia

Salam.

Ramadhan pun dah nak habis. Syawal makin datang. Selamat Hari Raya semua.

Yang ni bukannya mimpi wa tapi mimpi mereka yang memerintah. mimpi untuk
tengok team F1 malaysia. Lepas baca tentang mimpi mereka wa pulak dapat
mimpi tentang pengaliran ringgit malaysia ke luar negara.

alain prost yang pernah bermimpi untuk memiliki team f1 sendiri terpaksa
berhadapan dengan jumlah modal yang tinggi. katanya untuk menjadi team
lima tempat teratas sebanyak usd$50 juta diperlukan. untuk tempat 3
teratas pula sebanyak usd$75 juta. itu kos untuk setahun. murah? kos ni
adalah kos tahun 1992. diulang; tahun 1992. sedangkan kos membeli pengundi
pada tahun 1992 semestinya tak sama dengan kos membeli pengundi tanhun
2009, inikan pulak kos team f1 kan.

itu tahun 1992, pada tahun 1998 peter wright menulis satu artikel bertajuk
SETTING UP A FORMULA1 TEAM yang menyatakan bahawa sebanyak usd$145 juta
diperlukan hanya untuk chasis sahaja dan usd$50 juta untuk engine pula.
Kos ni termasuk dengan kos pembelian team lain seperti honda yang menjual
team f1nya kepada hartawan mexico. kos ini hanya untuk mewujudkan team.
untuk menang perbelanjaan usd$700 juta setahun diperlukan. ni belum masuk
kos gaji pemandu dan pit crew

sponsor? kalau asyik dapat tempat last tak kan la sponsor nak masuk
berbillion billion. jika dapat balik sponsor petronas untuk team
f1malaysia kosnya hanya usd$50 juta sahaja semusim. lagi usd$145 juta tu
datang dari mana? tv right? satu stesen hanya perlu bayar usd$6 juta
semusim. dari jumlah tu sebanyak 33% milik FOCA, 30 % milik FISA dan 27%
dibahagi kepada jumlah team yang bertanding. pada tahun 1991 usd$36 juta
dibahagi kepada 16 team yang bertanding.

kalau mimpi mereka sekadar untuk mewujudkan team dan bukan untuk menang,
wa rasa kos memperkenalkan malaysia melalui tdc lagi murah dari itu.

sumber
http://www.grandprix.com/ft/ft00127.html
http://www.grandprix.com/ft/ft00306.html

s a u d a g a r m i m p i
l o n d o n

mertua vs menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma puterinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Mercedes Benz terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir BMW, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat.

Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Bugatti Veyron 16.4 terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

16 September

SELAMAT HARI MALAYSIA

15 September 2009

Excuse excuse excuse

14 September 2009

bila kera disusukan part 2

ronda ronda ke blog kekawan lain ada pulak gambo ni... macam kene je ngan post teman sebelum ni


berapa harganya dalam ringgit malaysia?

sumber gambar : topeng perak

bila kera disusukan part 1

ralat : tajuk post ni pada asalnya adalah janji masyukkkkk
The Australian name for the Proton Saga has been announced – Proton’s smallest sedan will be offered down under as the Proton S16. The S16 will go on sale from the 1st of November for under AU$13,000 with a manual transmission, but Australian dealers will get test drive units in October for anyone who is interested in the car.
1. ngapa perlu tukar nama? saga tak glemer ke? kalo syarat nak jual saga kat sana kena tuko nama; kenapa perlu tunduk dengan kehendak deme? mengapa korbankan nama kereta nasional demi income juta juta (kalo ada pembeli la) tu? apa kata lepas ni bagi tau kat toyota, honda, nissan dan pengilang luar; kalau nak jual kereta kat malaysia mesti tukar nama... honda stream mesti tukar jadi honda scopene... model kereta dari mongolia mesti ada nama.... (teman rasa pembaca tau nama sapa nak kene tulih ni)

2. AU$13,000... siapa ada calculator? siapa rajin boleh tengok berapa exchance rate... berapa regenya dalam RM?

notakaki : teman tak tau berapa cc saga ni? kalo ikut namanya iaitu S16, rasa macam 1600cc je (takkan 1300cc namanya S16). 1600cc for AU$13,000? nak kene selidik lagi ni...

kasut vs selipar

kalo kat iraq ada wartawan balik kasut kat bush

kat malaysia ada acara kalung selipar kat gambo

mana satu lagi heroic?

katanya...

Kata PM 1Malaysia : Pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.

Kata teman : baik le dapat pemimpin yang menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti dari dapat pemimpin yang menjaga tembolok sendiri.

apa pulak kata kome semua?

11 September 2009

1Malaysia kene tipu... 1 dunia rupernyer kene tipu sama

Sori ini bukan posting politik...
Teman sebenornyer yang kene tipu...
tak tau pulak dengan kome...





Kome dah tengok cerita ini....


Kome dah nengok awek ini dalam citer tu...


Kome baca kat sini...

p/s... Hati-hati jangan sampai muntah... takut batai pose kome...

mimpi 10

salam

1malaysia diperkenalkan kepada ron95 dengan harga ron97 manakala ron97
makin naik harga. Jika inilah solution kepada harga minyak yang
membebankan kenapa dahulu diperkenalkan ron97? kenapa tidak perkenalkan
ron95? lepas ni kalau minyak turun harga adakah kerajan bn akan
perkenalkan ron101 kepada 1malaysia?

susah betul wa nak mimpi pasal minyak ni

s a u d a g a r m i m p i
m a n c h e s t e r

AMBER ALERT !!! FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

sumber

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Mau jadi kaya...???

Memula beli share kat company ini....


Pastu guna company ini
untuk beli share company ini....




Dengan ini anda kan jadi kaya....
Kaya botol dan tin...
Orang mabuk boleh tolong kasi rotan...
Macam kak Kartika...
.
.
.
.
.
Tapi sayang
towkey rupernyer....



Anak kepada...


Tak caya...???
Baca kat sini....


Mekasih Bro Manjung Mari pasai news ini....

p/s... 1Malaysia kene tipu...

10 September 2009

Alhamdullillah.... Errr Alamak.... Astaghfirullah.....


Kalau ustaz aku cakap dulu.... berpakaian tapi 'BOGEL'

RPK speaks his mind

Jangan buat business dengan UMNO...

Ini merupakan satu peringatan kepada semua peniaga.

Jangan Business dengan Umno selagi deme tak bayo dulu.

Kalau dah buat keje, tapi takder payment takut kome yang merana.

Macam kat sini...


Hati-hati ketika memandu balik raya nanti....

Gempor Giler....

Angin Takda,Ribut Takda tahu-tahu TUMBANG..!!!

Gambar ini dirakamkan sekitar jam 12.00 malam tadi,sewaktu kami kebetulan lalu disana.Apa yang sebenarnya berlaku ialah sebelum ini di gantung satu BANNER yang ada wajah Najib dan Zambry dan terrulis slogan 1Malaysia diatasnya.Namun nampak gayanya SignBoard yang sebesar itupun tak mampu nak menampung BEBAN 1Malaysia dan juga KEZALIMAN UBN kepada Rakyat Perak dan akhirnya ia REBAH menyembah bumi malam ini..Apakah tanda sebaliknya,adakah 09092009 membawa seribu makna.????...hahahahahha..sama-sama kita lihat siapa yang kena...!!!


Teman drebar masa tu...

Cilok dari sini...

09 September 2009

Lagi satu cerita macam best

Teman pernah jumpa arwah nih semasa BUM 2009 tapi teman idak ler dapat bersembang dengan beliau. Teman tahu pun sebab ramai yang cuba perkenalkan dia. Tetapi tak sangka pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama dan terakhir dan yang teman tak berapa gemor temam tak berpeluang berkenalan dengan lebih rapat. Tapi itu cerita lain...

Yang teman nak ngabokan kat kome nih cerita yang pernah arwah ceritakan tetapi macam dibawak oleh angin yang lalu... Bagi teman bila cerita ini diceritakan pulak oleh RPK, teman anggap mende nih dah jadi serius. Teman rasa cukup la dengan cerita PKFZ yang udah masuk bab saman-menyaman, Siasatan SPRM dan bla bla bla. Eloknye PKFZ nih pun patut kene Siasatan DiRaja juga sebab banyak benor hilang nyer duit.

Banyakkan berapa banyak sekolah agama boleh kita buat dengan duit tu...??? Berapa banyak kawasan boleh dibeli dan digazetkan untuk buat kuil agar 'konon'nya tak ngacor ahli assobiyah UMNO nih di seksyen 23 tu. Berapa ramai pelacur-pelacur murahan dan juga maknyah dapat keroje bila ader projek pembangunan yang bleh melibatkan deme untuk mencari rezeki banding dengan menjual ehem ehem ehem tu... dan berapa banyak subsidi minyak dapat dibayor untuk tampung subsidi minyak yang kerajaan 'TANGGUNG' tu...

Bayangkan............................

07 September 2009

Aduhai Perak FM

Aku memang bengang sangat dengan pengurusan Perak FM. Menurut sumber-sumber perisikan yang sahih lagi menyahihkan, banyak aduan telah diterima. Benyak teguran dan suara-suara peminat setia telah diluahkan. Tetapi hingga kini masih tiada perubahan. Masih duk tang tu jugak. Berubahlah kerana perubahan itu untuk kebaikan.

Kalau sebelum Ramadhan slot untuk ceramah-ceramah agama ditetapkan selama setengah jam. Slot pertama pada pukul 1.30 - 2.00 ptg dan slot kedua bermula jam 6.30-7.00 petang. Walau pun hanya sejam sehari, kira jadilah pada tak ada. Kalau ikutkan hati aku ni memanglah nak lebih lagi kalau boleh biar sampai sejam untuk satu slot.

Tetapi bila masuk bulan Ramadhan, slot tersebut dikurangkan sehingga ke 15 minit ajer. Sekiranya selepas itu ada digantikan dengan program kerohanian yang lain tidaklah menjadi suatu kemusykilan tetapi slot yang kosong sehingga pukul 2 itu hanya terisi dengan dendangan lagu-lagu. Pelik bin ajaib sungguh cara pihak pengurusan Perak FM berfikir. Sepatutnya dengan ketibaan Ramadhan, mereka memperbanyakkan slot-slot agama dan bukannya mengurangkannya.

Mungkin kepala otak mereka ni dah tepu. Banyak sangat mengampu kerajaan Zambery. Malahan setiap hari duk memutarkan suara Si Zambery membacakan doa berbuka puasa. Takut rakyat Perak tak tahu yang Si Zambery ni pandai membaca doa.

Tahniahlah Perak FM. Kalau macam tu sampai bilalah radio kau orang ni tak maju. Duk takat itu ajer le.

Direct Bullet to 1Malaysia

Mimpi 9

Salam.

Bila semalam wa mimpi buruk. Mimpi tentang jumlah pesakit H1N1 di malaysia makin meningkat dengan mendadak.

Terduduk la pm 1Malaysia. Hairan dan tenggelam punca. Takkan menteri kesihatan yang dipilih tak boleh bekerja atau perlu melantik bekas menteri kesihatan kembali menjawat jawatan tersebut selepas dibuang parti gara gara dia adalah menteri kesihatan yang sangat sihat nafsu seksnya.

Maka berhimpun la segala menteri. Baik dari menteri dari sanak saudara, menteri yang bukan ketua pemuda parti mahu pun exco parti peringkat tertinggi sampai le ke menteri yang kena diberi jawatan menteri kerana mereka dari sabah dan sarawak (kalo tak bagi takut mereka beralih parti).

Setelah hampir seluruh bandar besar didunia mereka ini berkampung untuk berbincang (ini adalah rutin biasa masalah dalam negara tapi bincang di luar negara) masih tiada jawapan yang pasti. Last choice panggil pakar luar (ini pun biasa juga).

Dengan bantuan pakar luar yang dilantik dengan bayaran dalam duit dari US, maka akan mengalirlah wang ringgit malaysia keluar dari negara kita. Setelah bertungkus lumus punca telah dikenalpasti. Seorang pekerja bahagian pembungkusan kilang membuat topeng mulut dan hidung menjadi punca kerana pekerja tersebut dah disahkan positive H1N1.

Bayangkan jika ini bukan mimpi.

Jadi kepada kerajaan malaysia sila pantau pekerja kilang serta penjual topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga jaga. Jangan bila mimpi wa jadi realiti.

s a u d a g a r m i m pi
r o m e

06 September 2009

Habis la orang 'MELAYU' Islam

Teman rasa ini adalah mungkin akan mendatangkan marah dikalangan orang MELAYU Islam. Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ini 'bakal' dilihat sebagai usaha untuk menghapuskan orang MELAYU Islam di Pulau Pinang.

Teman berharap Umno di Pulau Pinang dapat bertindak segera seperti melakukan perarakan membantah tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang majoritinya diwakili orang Cina DAP. Mereka boleh berarak dengan kepala Babi dan juga tong Beer yang besar pulak lepas nih...

Read more here...

Who's eating the 'cili' now....???



Kah kah kah kah kah kah

Imaging this future



Perhaps it's what they what us to do...

05 September 2009

jangan lari

lari mulut rimau
masuk mulut buaya

lari dari kota seputeh
masuk bagan pinang pula

04 September 2009

Bagan Pinang

ADUN UMNO meninggal

Diberita dan mengikut sumber dari blog ini sendiri menyatakan bahawa Adun Bagan Pinang yang diwakili oleh UMNO telah kembali ke-rahmatullah...

Al-Fatihah...

Mimpi 8 - konsert MLTR

Salam.

Wa ada baca yang jamil khir tegur penganjur konsert michael learn to rock. Katanya penganjur tidak peka dan hormat dengan bulan ramadhan. Ini tidak selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Wa nak tanya. Apa salahnya dengan konsert tu? Memang betul sekarang ni ramadhan tapi letak le pegawai jabatan agama islam kat pintu masuk. Asal ada je muka melayu dan berugama islam halau la mereka tu balik. Jangan sebab malas buat keje terus apa konsert pun tak boleh buat sepanjang ramadhan. Fikirkan bangsa lain yang tak de kena mengena dengan ramadhan. Mereka ni la yang akan/boleh pergi tengok konsert tu.

Wa nak tanya juga, apa tindakan pihak menteri yang mengawal hal ehwal islam ni dalam memantau disko, pub, dangdut dan pusat karaoke serta hiburan sepanjang ramadhan ni? Takde buat apa apa? Then shut your mouth tight about mltr concert and u can kiss my fucking ass. Bastard.

Disclaimer : MLTR antara band fav wa jadi wa kena bias.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

03 September 2009

mimpi 7 - maaf, mimpi kita tidak sama

semalam ada sidang dun perak. nak buat kat bangunan suk tak boleh sebab
tak boleh masuk. kemudian buat di hotel heritage. wa dapat jugak tengok
gambar sidang dun di hotel heritage tu. kelakar tahap labi labi.

buat semua adun pakatan rakyat negeri perak serta pengundi dan penyokong;
maafkan wa kali ini mimpi kita tidak sama. kalau lu orang rasa apa yang lu
arang buat tu betul dan bagus, bagi wa tidak. malahan perangai lu orang
akan buat pengundi dan penyokong beralih arah ke bn.

kenapa mimpi kita tidak sama?

1. injuksi memohon pengisytiharan mahkamah untuk menghalang setiausaha
kerajaan negeri mencampuri urusan dun telah ditolak oleh mahkamah. dalam
bahasa kampung, gerenti tak boleh masuk bangunan suk. tak kan le benda
simple ni pun adun pr tak boleh faham.

2. wa respect dengan energy adun pr perak yang masih nak berlawan untuk
mendapat kembali negeri perak. bagi wa, tak salah langsung pilihan
majoriti rakyat perak masa pru hari tu. ada je usaha adun pr ni untuk
mendapatkan kembali negeri perak yang dirampas sejak februari hari tu.
cuma bila segala usaha menemui jalan buntu; segala daya upaya dipatahkan
dengan agensi yang menyokong kerajaan bn, wa rasa sudah tiba masanya untuk
adun pr perak berhentikan segala usaha tersebut. berhenti bukan makna
mengalah tapi berhenti untuk menguatkan diri sebelum menyerang kembali.
dengan energy yang melimpah ruah tu baik le digunakan untuk bekerja untuk
rakyat. kembali menguatkan unit unit parti kawasan yang diwakili. membantu
jentera parti di kawasan yang diwakili oleh adun bn. dengan usaha begini
tak mustahil pr akan sapu bersih kerusi dun di negeri perak masa pru akan
datang. kalau tak sapu bersih pun at least jumlah kerusi mencapai 75-85%.
time tu nanti nak buat sidang dun tiap tiap hari pun ikut suka lu orang la
(janji jangan abaikan rakyat dan pembangunan negeri). sekarang ni pegi
kerja untuk pengundi dulu.

3. lagi satu kenapa jangan dibuat sidang dun sebab apa saja keputusan atau
usul tu nak bawa ke mana? buat le usul penjara ke? usul bubar ke? usul
beli camry seorang satu ke? buat le apa pun tapi cuba bagitau kemana nak
dibawa usul tu? akhir seperti anjing menyalak bukit. silap bukit yang
disalak ada pula tanah runtuh, terus kena tanam hidup hidup anjing tu.

jadi ini sebab kenapa mimpi wa lain sikit sebab wa rasa letih dengan apa
yang jadi kat perak. dari apa yang wa tau sekitar bangunan suk perak tu
ada kawasan perumahan dan sekolah. Kalau le 6 bulan sekali akan ada hal
depan suk siap tutup jalan dan sebagainya, apa perasaan mereka yang duduk
sekitaran situ? mungkin dulu mereka sokong pr tapi bila pr mula
menyusahkan mereka tak hairan kalau mereka mengundi bn pula. itu pun nasib
baik 6 bulan sekali. masa mula mula kerajaan pr dirampas, boleh kata
setiap bulan ada je hal depan suk tu. mungkin ada pembaca akan kata hal
depan suk perak tak berlaku jika bn tidak rampas jatuhkan kerajaan pr
perak dan wa akan cakap pula kalau adun pr boleh terima kenyataan bahawa
ruang berlawan telah habis tentu hal macam ni tak akan jadi. kena ingat
juga bahawa keamanan dan keharmonian rakyat turut menjadi agenda kerajaan
pakatan rakyat. jangan sampai majoriti rakyat perak kata dah eluk je aman
damai tiba tiba je adun pr ni pula yang cari pasal.

jadi tunggu je sidang dun oleh speaker bn nanti. masa tu tak de siapa
boleh mengelak. nak tak nak kena juga berjumpa. setiausaha kerajaan negeri
pun akan bentang red carpet untuk semua adun untuk datang bersidang. bukan
setakat berjumpa antara bn dan pr, malahan boleh bersemuka dengan sultan
perak sekaligus. sementara menunggu sidang dun tu, silalah bertugas untuk
rakyat negeri perak wahai adun pakatan rakyat.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

02 September 2009

tahap keselamatan negara

macam mana boleh lepas imigresen? tak kan imigresen tak red flag nama alain robert? kalo aku jadi pegawai imigresen tengok nama alain robert je terus flagged tak payah le sibuk nak tanya tujuan mai malaysia pasai bukan pertama kali dia cuba manjat KLCC tu. Ni kali yang ketiga sey. Tak kan ini pun nak kena ajo.

nasib baik le si alain ni gila manjat je; buatnya gila manjat tu diikuti dengan gila mengeledah dan gila mencuri fail penting syarikat. nasib baik le jugak dia ni berkenan ngan KLCC je kalo dia sibuk nak panjat bangunan kerajaan kat putrajaya tu. sapa nak jawap? Hishamuddin? dia ni sibuk dengan keris je.

Jadi KDN kena le buat keje sikit. jangan sibuk nak pantau demonstrasi jalanan sampai keselamatan negara bocor sana sini macam bumbung parlimen atau siling kompleks mahakamah dulu. Kalo dah tak boleh buat keje aku cadangkan letak jawatan je. usah dihabihkan duit rakyat tak tentu hala. dari bayo gaji kome berjuta juta baik bagi kat spr untuk modal pilihanraya kecil atau pun bagi kat umno untuk beli pengundi bila ada pilihanraya nanti. kan ke untung kat rakyat jugak kan...

wa chow sin

mimpi 6 parts 2

salam.

mimpi kedua untuk hari ini.

Ingat nak mimpi pasai sidang dun perak tapi wa rasa wa mimpi esuk je la.
Sisa sisa kantuk masih berbaki dan izinkan wa melayan nafsu tidur.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

Mimpi 6

Salam. Sorry sebab wa busy 2-3 hari. Memng dah jadi kebiasaan setiap kali 31 ogos memang wa akan busy.

Dalam busy,wa tetap follow blog untuk tengok apa perkembangan. Beberapa isu menarik untuk wa mimpikan.

SPR, SPEAKER DEWAN NEGERI DAN ADUN BN
Dalam dewan negeri speaker ada kuasa dalam menguruskan dewan serta adun adun yang berkhidmat. Bila speaker dewan buat keputusan maka ianya adalah muktamad. Senario dah berbeza sekarang ni. Keputusan speaker boleh dikotak katikkan. Spr yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal pilihanraya makin hilang integriti agensi sebagai satu badan yag tidak berpihak kepada mana mana parti. Kadang kadang spr seperti tenggelam punca dengan hala tuju agensi kerana ada masanya spr seperti bernaung dibawah kementerian kewangan. Itu sebab mengapa spr bising dengan kos pilihanraya kecil. Kena pula yang menang pilihanraya kecil tu calon pakatan rakyat. Satu soalan buat spr, jika adun pr di negeri bn diadukan dengan kesalahan yang sama dan adun pr tersebut berpengalaman sebagai adun selama 4 penggal; apa outcome dari spr agaknya?

Temubual Eksklusif

Kali ini wartawan kami, En. Zainal Jembalang Putar Angin daru Unit Berita TV Arus Perdana telah menemuabual beberapa orang tokoh akademik berkaitan dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh menteri kerajaan BN kelmarin.

Prof. Dr Ibrahim Koyakuti - Dekan Fakulti Sejarah, Universiti Meloya.
"Sejarah dahulu telah membuktikan bahawa manusia telah menggunakan pengangkutan sebagai medium utama manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan. Sejak zaman awal sistem pengangkutan awal telah mula berkembang dan terus berkembang sehinggalah apa yang dapat dilihat sekarang. Kenaikan harga minyak juga sebenarnya telah berlaku semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan yang terdahulu. Malahan dicatatkan perdagangan minyak telah berlaku semasa keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu kenaikan berlaku lebih tinggi daripada sekarang, malahan rakyat Melaka tidak memberikan apa-apa refleksi negatif terhadap isu berkenaan. Mereka juga menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa dan terus menyokong pemerintahan yang sedia ada. Antara minyak-minyak yang mengalami kenaikan harga yang mendadak pada masa itu ialah minyak atar, minyak wangi, dan minyak senyoyong, iaitu minyak yang digunakan oleh Laksamana AToo Fighter untuk memikat Puteri Nilam Puri dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka."

Prof Dato' Malim Malangun - Pensyarah Di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Orang Asli.
"Pada saya kenaikan harga minyak di Malaysia adalah sesuatu yang perlu. Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri 1 Malaysia telah mengambil satu langkah yang bijak. Kerajaan tidak boleh menanggung subsidi yang berlebihan kerana itu akan memberikan impak yang besar kepada negara. Jika dilihat kepada unjuran yang ada, kenaikan itu adalah suatu yang kecil. Kenaikan setakat beberapa sen sahaja. Lainlah jika kenaikan itu sebanyak berpuluh-puluh ringgit, wajarlah juga rakyat berasa tidak puas hati. Pengorbanan yang dilakukan oleh negara terlalu besar untuk kita. Sekiranya minyak naik sehingga RM5 seliter pun, rakyat tidak perlu melahirkan rasa tidak puas hati kerana kerajaan telah melakukan perkara yang terbaik."

"En. Zainal, tolong highligtkan kenyataan saya nie yer, manalah tahu tahun ini boleh dapat Tan Sri pulak..."

Prof Madya Lim Bow Tie - Ketua Jabatan Muzik, Universiti Muzik Antarabangsa.
"Saya lasalah kenaikan ini suatu yang bagus. Kenaikan halga minyak menunjukkan kerajaan BN semakin matang. 52 tahun mentadbir bukan suatu masa yang pendek. Para pemimpin pun semakin bijak mencali sumber-sumber bagi mengaut keuntungan sendili. Itu lebih bagus, dalipada asyik memikirkan lakyat sahaja. Lakyat pun bodoh juga sebab sudah pilih dia sebagai YB. Minyak naik menandakan negala kita semakin maju. Halapan untuk melihat Malaysia maju pada tahun 2020 akan dapat dicapai. Impian Mahathil adalah suatu impian yang suci dan mulni."

Prof Nadamabuktodi - Pensyarah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Meloya.
"Ekonomi Malaysia mengalami penguncupan pada kadar yang drastik. Langkah kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah suatu yang tepat. Lebih-lebih lagi dengan penularan wabak selsema babi (H1N1). Wabak inilah yang menyebabkan harga minyak menjadi tidak menentu. Ramai pekerja-pekerja carigali telah dihinggapi penyakit ini menyebabkan pengeluaran minyak merosot sehingga 5%. Jika kenaikan tidak dilaksanakan, bekalan minyak akan jadi semakin meruncing. Dunia akan mengalami krisis ekonomi secara global. Malahan jika dikaji kenaikan ini adalah terlalu rendah. Kenaikan minyak di Thailand adalah pada kadar purata RM4 seliter dimana rakyatnya mempunyai pendapatan perkapita sebanyak USD2000 sebulan. Kita seharusnya berterima kasih dengan kenaikan secara berhemah ini."

En. Mukhsin - Tukang Sapu, Universiti Utara Meloya.
"Kebanyakan pensyarah-pensyarah universiti nie dah tak ader teloq. Depa semua duk menggampu kerajaan. Walau pun depa tahu semua tu tak betui, depa suka memperodohkan kita semua. Macam manalah universiti-universiti di negara kita mampu mencapai tahap dunia, sekiranya tokoh-tokoh akademik kita asyik duk memperbetuikan perkara yang tak betui saja. Tunggulah pilihanraya yang akan datang. Pakcik tak akan pangkah BN lagi. Pakcik nak ajaq betui-betui. Biaq depa rasa. Kau punya sama jugak, suka memperbodohkan rakyat. Asyik duk siarkan berita yang tak betui saja pasai pembangkang. Bila tang kerajaan semuanya betui saja. Jaga kau, aku nak bagi pengajaran yang berguna..."

P/S : Temubual ini terpaksa dihentikan kerana Pakcik Mukhsin telah mengamuk sakan. Dia membantah kenaikan minyak yang agak membebankan ini. Habis wartawan Zainal Jembalang Putar Angin dibelasahnya kerana suka menyampaikan info yang kurang tepat dan suka mengampu kerajaan. Zainal Putar Angin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sakit Mental kerana mengalami kecederaan yang parah diligmen otaknya.

01 September 2009

Yes and No

Speaker DUN Kedah kate 'YES' kerusi kosong, SPR kate 'NO' kerusi kosong.

Teman tengah pikiorkan camne Adun Kota Siputeh nk keroje. Kalau teman lah Speaker Kedah, teman takkan iktiraf Adun tu dan minta arahkan SUK stop gaji dia. Tengok camne deme meloncat.

Mahkamah tolak permohanan siva

Mahkamah tinggi ipoh memutuskan untuk menolak permohonan Speaker Dun Perak, Sivakumar untuk 'imediate injuction' terhadap SS Perak untuk Sidang DUN esok tanpa memberikan 'ground judgement'. Perbicaraan ditangguhkan ke 1 Oktober 2009.

Pandangan Rakyat Tentang Kenaikan Harga Minyak...

Semua orang sudah mengetahui tentang kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa mulai 1 September 2009. Daripada makcik belakang rumah Kampung Sepayang hinggalah ke pakcik di dalam kebun di Kampung Labong mengetahuinya. Manakan tidak, kenaikan harga minyak adalah suatu hadiah daripada kerajaan "1 Malaysia"- Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan.

Wartawan kami En Jembalang Putar Angin telah menemubual beberapa orang berhubung kenaikan harga minyak ini. Ikuti lintas langsung temubual tersebut :

Dato' Shabiri Chicken Dance - Menteri di Kementerian Pembangunan Air Lior Meleleh.
"Rakyat boleh memilih sama ada menggunakan minyak RON95 atau pun RON97. Harganya pun berlainan. RON95 lebih murah dan sesuai digunakan oleh kenderaan-kenderaan negara kita manakala RON97 didapati kurang sesuai untuk kenderaan-kenderaan tempatan. Lagi pun buat apalah nak membazirkan duit sedangkan kita boleh menikmati harga minyak pada harga yang tidaklah membebankan sangat. Kerajaan pun dah fikir banyak kali dan kita rasa kenaikan ini adalah memadai buat masa ini. Harga minyak di pasaran dunia pun agak tinggi jadi adalah wajar kita menaikkan harga untuk mengurangkan bebanan subsidi kerajaan. Jadi kerajaan tidaklah terhempit untuk memberikan harga subsidi melebihi 30 sen."

En Basiron Ayob - Pengurus Besar Bank Puaka Niyang Rapik.
"Pada pandangan saya, kenaikan ini adalah suatu yang berpatutan. Setakat naik beberapa sen tu, masih lagi tidak membebankan saya. Maklumlah gaji saya pun RM10 ribu sebulan. Jadi apa salahnya jika harga minyak naik. Dapat juga saya menyumbangkan sesuatu kepada negara. Kesian sikit dekat kerajaan asyik menanggung subsidi minyak. Janganlah asyik mengharapkan subsidi aje. Sepatutnya kita tanya diri kita, apakah sumbangan kita kepada negara dan bukannya sumbangan negara kepada kita. So elok sangatlah harga minyak tu naik. Ala berkorbanlah sedikit. Tipu-tipulah sedikit rakyat yang bodoh kedaung tu. Dia orang bukannya tahu pun. Dia orang pasti setuju punya."

Puan Markonah Shuhartono Marang Kepunden - Eksekutif Pelaburan.
"Sebelum ini saya menggunakan minyak RON97 tetapi apabila saya bertukar kepada minyak RON95 mulai semalam saya dapati ada perbezaan yang ketara di antara kedua-dua minyak tersebut. Perbezaan yang pertama ialah daripada segi angkanya. Satu menggunakan angka 95 manakala yang satu lagi 97. Jika 97 - 95 maka jumlahnya hanyalah 2 sahaja. Jadi tidaklah banyak sangat perbezaannya. Apabila saya menggunakan minyak RON97, saya dapati penggunaan minyak untuk kereta saya agak kuat. Setelah berjalan beratus-ratus kilometer dalam masa seminggu, minyak telah pun habis dan perlu di"top-up". Maknanya perlu diisi sebab minyak telah habis, jika tidak kereta saya akan tersadai di tepi jalan. Setelah saya menggunakan minyak RON95, saya dapati ianya lebih jimat dan mesra alam. Semalam otw nak balik ke rumah saya mengisinya RM50, selepas tu terus parking di rumah. Pagi ini saya lihat minyak masih lagi full dan tidak perlu dituang lagi. Minyak ni pun macam tak habis-habis. Begitu mengagumkan sekali. Terima kasih untuk kerajaan kita."

En. Mahmood Kg Bendang Kering - Pengundi tegar BN.
"Baguslah jika arge minyak naik. Lagi pun udah lame rasenye tak naik-naik. Pakcik tengok di Bulitan Utama pun harga minyak dunia sangat tinggi. Ala menteri yang berayor lior meleleh tu le yang kabokan. Kasian juge kat menteri-menteri kite tu, kene memikiorkan pasai bende ni. Rasanye harge tu idak le membebankan sangat. Semalam pakcik buleh tuang RM2, hari nie pun buleh lagi tuang RM2 juge. Buleh juge moto pakcik sampa ke kebun. Mane ada membebankan sangat pun."

Adik Ali - Pelajar Tahun 3 Sek Ren Malim Kundang.
"Minyak naik harga ke? Adik tak tau pulak. Pagi tadi pun lepas sahur adik terus tidur. Ngantuk sangat. Pagi ni pun adik pegi sekolah naik bas sekolah macam biasa. Tak ada naik pun minyak tu dalam bas saya ..."

En Suranderaan - Pemandu Bas IntraKote.
"Saya ni jarang ke pejabat menggunakan kereta sendiri. Dalam sebulan rasa-rasanya hanya satu atau dua kali sahaja saya memandu. Itu pun untuk ke kedai mini di hadapan rumah saya. Jadi kalau kata harga tu membebankan saya memang tahyul sama sekali. Itu hanya dakyah daripada parti pembangkang sahaja. Minyak naik tak ada apa-apalah. Jangan risau. Yang penting orang tetap naik bas saya."

Cik Low Ming Fatt - Tokey rumah urut.
"Haiyaa... minyak sudah naik halga ka??? Wa talak tahu pun sebab semalam wa beli itu minyak macam biasa saja. Sebotol pun balu RM12 saja. Kalau betui itu minyak sudah naik abis la saya punya bisnes. Susah woo kalau tak ada minyak, talak licin wooo... Nanti ada munyi... Tatak syok woo..."

Kesimpulannya, kenaikan harga minyak ini memang suatu yang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Kita semua menyokong kenaikan harga ini dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Pihak pembangkang juga diingatkan agar tidak menangguk di air yang keruh dengan menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai satu isu politik murahan. Separti kata pepatah, minyak tidak akan bercampur dengan air. Jika kita meminumnya ait tetap air dan minyak tetap minyak. Tidak akan berubah warna dan rasanya. Minyak naik pun rakyat tetap beli juga.

1 Malaysia - Rakyat Diutamakan Susah, Pencapaian Harta Kakayaan di Utamakan...

Berita ini dilaporkan oleh Jembalang Putar Angin untuk TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV-TV arus perdana yang lain.

"Salam 1 Malaysia"


Pesanan daripada En. Jembalang Putar Angin : Semua mangsa-mangsa yang telah ditemubual dibayar sebanyak RM10 dan sebungkus nasi lemak dan sepeket kopi cengkudu buatan tangan untuk menyatakan pendapat tersebut. Hal ini rahsia, jangan bagi tahu sesiapa..."

minyak naik rege

belum sempat semua petrol station juai, ron95 dah naik rege...
belum sempat masuk tangki, ron95 dah naik rege...
sakit hati?
tak sangat sebab aku decide asal ron kurang dari 97 aku tak berminat nak taruk dalam tangki motor aku. kalo nak try ron 97 tu mungkin aku tunggu ron 98, ron 99 atau ron 100 je. kalo ada yang ron 150 pun pun ok gak
pasai apa aku cakap macam ni?
pasai aku ni rakyat malaysia berbangsa melayu yang kaya raya atau kaya dengan raya (pilihanraya, jalanraya, hantu raya, hari raya etc) . Kerajaan BN yang memerintah banyak tolong melayu sampai dari nombor satu sampai le seratus list orang paling kaya dalam malaysia semua melayu. cuma mungkin nak kena tengok list tu dari bawah kot. tengok macam aku ni... tak keje pun income 5-6 puluh ribu sebulan. ini semua sebab kerajaan BN prihatin
sebenarnya rakyat malaysia mana ada yang miskin. majoriti melayu duduk rumah batu lebih dari dua tingkat. Paling cikai pun 5-6 tingkat punya rumah batu. rumah dua tingkat? bangsa bukan melayu le yang banyak duduk rumah jenis ni... ni rumah orang miskin tu sebab tingkatnya kurang.

jadi apa masalah setakat minyak naik 20 sen. minyak naik 70 sen pun kami masih steady meady lagi melancong walaupun naik bas. tak percaya cuba check berapa permit bas rombongan yang dikeluarkan untuk bas rombongan umno yang pi rantau panjang, pi klcc, pi muzium dan tak lupa pi perhimpunan agong umno dulu.

lagi pun kesian kat petronas. kalo rege minyak tak naik nanti untung kurang berbillion billion. bila untung kurang tak dapat le nak tabur umpan masa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang.

jadi dengan ini aku marah kat kerajaan BN sebab naikkan rege minyak rendah sangat... alang alang dah banyak kayakan melayu dengan rancangan tanah hijau, dasar ekonomi baru, wawasan 2020, wilayah iskandariah dan yang terbaru gagasan 1malaysia apa kata naikkan aje 3-4 ringgit. Nak bagi cantik lepas pernaikkan rege minyak naikkan pulak rege air dan letrik. dah buat benda benda macam ni cuba bubar dewan rakyat dan semua dewan negeri. Kita layan PRU. baru le boleh tau tahap mana sayangnya rakyat malaysia kat kerajaan BN...

amacam?

ada beran?

wa chow sin