dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 September 2009

Aduhai Perak FM

Aku memang bengang sangat dengan pengurusan Perak FM. Menurut sumber-sumber perisikan yang sahih lagi menyahihkan, banyak aduan telah diterima. Benyak teguran dan suara-suara peminat setia telah diluahkan. Tetapi hingga kini masih tiada perubahan. Masih duk tang tu jugak. Berubahlah kerana perubahan itu untuk kebaikan.

Kalau sebelum Ramadhan slot untuk ceramah-ceramah agama ditetapkan selama setengah jam. Slot pertama pada pukul 1.30 - 2.00 ptg dan slot kedua bermula jam 6.30-7.00 petang. Walau pun hanya sejam sehari, kira jadilah pada tak ada. Kalau ikutkan hati aku ni memanglah nak lebih lagi kalau boleh biar sampai sejam untuk satu slot.

Tetapi bila masuk bulan Ramadhan, slot tersebut dikurangkan sehingga ke 15 minit ajer. Sekiranya selepas itu ada digantikan dengan program kerohanian yang lain tidaklah menjadi suatu kemusykilan tetapi slot yang kosong sehingga pukul 2 itu hanya terisi dengan dendangan lagu-lagu. Pelik bin ajaib sungguh cara pihak pengurusan Perak FM berfikir. Sepatutnya dengan ketibaan Ramadhan, mereka memperbanyakkan slot-slot agama dan bukannya mengurangkannya.

Mungkin kepala otak mereka ni dah tepu. Banyak sangat mengampu kerajaan Zambery. Malahan setiap hari duk memutarkan suara Si Zambery membacakan doa berbuka puasa. Takut rakyat Perak tak tahu yang Si Zambery ni pandai membaca doa.

Tahniahlah Perak FM. Kalau macam tu sampai bilalah radio kau orang ni tak maju. Duk takat itu ajer le.

4 comments:

TEKONG DARAT said...

perak dah raya

Anonymous said...

nama pun Perak FM..masih bawah RTM..mentaliti tak jauh beza... - Neo

aro said...

Salam Ramadhan dan selamat Hari Raya. Fuh.. teman geli telinga dengor suara Zmbry tu bila bukok Perak FM time nak berbuka tu. Heheh.

peihong said...

yang teman tau iklan banyak ya amat sebelum azan maghrib

Post a Comment