dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 September 2009

mimpi 11 - F1Malaysia

Salam.

Ramadhan pun dah nak habis. Syawal makin datang. Selamat Hari Raya semua.

Yang ni bukannya mimpi wa tapi mimpi mereka yang memerintah. mimpi untuk
tengok team F1 malaysia. Lepas baca tentang mimpi mereka wa pulak dapat
mimpi tentang pengaliran ringgit malaysia ke luar negara.

alain prost yang pernah bermimpi untuk memiliki team f1 sendiri terpaksa
berhadapan dengan jumlah modal yang tinggi. katanya untuk menjadi team
lima tempat teratas sebanyak usd$50 juta diperlukan. untuk tempat 3
teratas pula sebanyak usd$75 juta. itu kos untuk setahun. murah? kos ni
adalah kos tahun 1992. diulang; tahun 1992. sedangkan kos membeli pengundi
pada tahun 1992 semestinya tak sama dengan kos membeli pengundi tanhun
2009, inikan pulak kos team f1 kan.

itu tahun 1992, pada tahun 1998 peter wright menulis satu artikel bertajuk
SETTING UP A FORMULA1 TEAM yang menyatakan bahawa sebanyak usd$145 juta
diperlukan hanya untuk chasis sahaja dan usd$50 juta untuk engine pula.
Kos ni termasuk dengan kos pembelian team lain seperti honda yang menjual
team f1nya kepada hartawan mexico. kos ini hanya untuk mewujudkan team.
untuk menang perbelanjaan usd$700 juta setahun diperlukan. ni belum masuk
kos gaji pemandu dan pit crew

sponsor? kalau asyik dapat tempat last tak kan la sponsor nak masuk
berbillion billion. jika dapat balik sponsor petronas untuk team
f1malaysia kosnya hanya usd$50 juta sahaja semusim. lagi usd$145 juta tu
datang dari mana? tv right? satu stesen hanya perlu bayar usd$6 juta
semusim. dari jumlah tu sebanyak 33% milik FOCA, 30 % milik FISA dan 27%
dibahagi kepada jumlah team yang bertanding. pada tahun 1991 usd$36 juta
dibahagi kepada 16 team yang bertanding.

kalau mimpi mereka sekadar untuk mewujudkan team dan bukan untuk menang,
wa rasa kos memperkenalkan malaysia melalui tdc lagi murah dari itu.

sumber
http://www.grandprix.com/ft/ft00127.html
http://www.grandprix.com/ft/ft00306.html

s a u d a g a r m i m p i
l o n d o n

No comments:

Post a Comment