dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 September 2009

Mimpi 6

Salam. Sorry sebab wa busy 2-3 hari. Memng dah jadi kebiasaan setiap kali 31 ogos memang wa akan busy.

Dalam busy,wa tetap follow blog untuk tengok apa perkembangan. Beberapa isu menarik untuk wa mimpikan.

SPR, SPEAKER DEWAN NEGERI DAN ADUN BN
Dalam dewan negeri speaker ada kuasa dalam menguruskan dewan serta adun adun yang berkhidmat. Bila speaker dewan buat keputusan maka ianya adalah muktamad. Senario dah berbeza sekarang ni. Keputusan speaker boleh dikotak katikkan. Spr yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal pilihanraya makin hilang integriti agensi sebagai satu badan yag tidak berpihak kepada mana mana parti. Kadang kadang spr seperti tenggelam punca dengan hala tuju agensi kerana ada masanya spr seperti bernaung dibawah kementerian kewangan. Itu sebab mengapa spr bising dengan kos pilihanraya kecil. Kena pula yang menang pilihanraya kecil tu calon pakatan rakyat. Satu soalan buat spr, jika adun pr di negeri bn diadukan dengan kesalahan yang sama dan adun pr tersebut berpengalaman sebagai adun selama 4 penggal; apa outcome dari spr agaknya?

No comments:

Post a Comment