dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 September 2009

mimpi 7 - maaf, mimpi kita tidak sama

semalam ada sidang dun perak. nak buat kat bangunan suk tak boleh sebab
tak boleh masuk. kemudian buat di hotel heritage. wa dapat jugak tengok
gambar sidang dun di hotel heritage tu. kelakar tahap labi labi.

buat semua adun pakatan rakyat negeri perak serta pengundi dan penyokong;
maafkan wa kali ini mimpi kita tidak sama. kalau lu orang rasa apa yang lu
arang buat tu betul dan bagus, bagi wa tidak. malahan perangai lu orang
akan buat pengundi dan penyokong beralih arah ke bn.

kenapa mimpi kita tidak sama?

1. injuksi memohon pengisytiharan mahkamah untuk menghalang setiausaha
kerajaan negeri mencampuri urusan dun telah ditolak oleh mahkamah. dalam
bahasa kampung, gerenti tak boleh masuk bangunan suk. tak kan le benda
simple ni pun adun pr tak boleh faham.

2. wa respect dengan energy adun pr perak yang masih nak berlawan untuk
mendapat kembali negeri perak. bagi wa, tak salah langsung pilihan
majoriti rakyat perak masa pru hari tu. ada je usaha adun pr ni untuk
mendapatkan kembali negeri perak yang dirampas sejak februari hari tu.
cuma bila segala usaha menemui jalan buntu; segala daya upaya dipatahkan
dengan agensi yang menyokong kerajaan bn, wa rasa sudah tiba masanya untuk
adun pr perak berhentikan segala usaha tersebut. berhenti bukan makna
mengalah tapi berhenti untuk menguatkan diri sebelum menyerang kembali.
dengan energy yang melimpah ruah tu baik le digunakan untuk bekerja untuk
rakyat. kembali menguatkan unit unit parti kawasan yang diwakili. membantu
jentera parti di kawasan yang diwakili oleh adun bn. dengan usaha begini
tak mustahil pr akan sapu bersih kerusi dun di negeri perak masa pru akan
datang. kalau tak sapu bersih pun at least jumlah kerusi mencapai 75-85%.
time tu nanti nak buat sidang dun tiap tiap hari pun ikut suka lu orang la
(janji jangan abaikan rakyat dan pembangunan negeri). sekarang ni pegi
kerja untuk pengundi dulu.

3. lagi satu kenapa jangan dibuat sidang dun sebab apa saja keputusan atau
usul tu nak bawa ke mana? buat le usul penjara ke? usul bubar ke? usul
beli camry seorang satu ke? buat le apa pun tapi cuba bagitau kemana nak
dibawa usul tu? akhir seperti anjing menyalak bukit. silap bukit yang
disalak ada pula tanah runtuh, terus kena tanam hidup hidup anjing tu.

jadi ini sebab kenapa mimpi wa lain sikit sebab wa rasa letih dengan apa
yang jadi kat perak. dari apa yang wa tau sekitar bangunan suk perak tu
ada kawasan perumahan dan sekolah. Kalau le 6 bulan sekali akan ada hal
depan suk siap tutup jalan dan sebagainya, apa perasaan mereka yang duduk
sekitaran situ? mungkin dulu mereka sokong pr tapi bila pr mula
menyusahkan mereka tak hairan kalau mereka mengundi bn pula. itu pun nasib
baik 6 bulan sekali. masa mula mula kerajaan pr dirampas, boleh kata
setiap bulan ada je hal depan suk tu. mungkin ada pembaca akan kata hal
depan suk perak tak berlaku jika bn tidak rampas jatuhkan kerajaan pr
perak dan wa akan cakap pula kalau adun pr boleh terima kenyataan bahawa
ruang berlawan telah habis tentu hal macam ni tak akan jadi. kena ingat
juga bahawa keamanan dan keharmonian rakyat turut menjadi agenda kerajaan
pakatan rakyat. jangan sampai majoriti rakyat perak kata dah eluk je aman
damai tiba tiba je adun pr ni pula yang cari pasal.

jadi tunggu je sidang dun oleh speaker bn nanti. masa tu tak de siapa
boleh mengelak. nak tak nak kena juga berjumpa. setiausaha kerajaan negeri
pun akan bentang red carpet untuk semua adun untuk datang bersidang. bukan
setakat berjumpa antara bn dan pr, malahan boleh bersemuka dengan sultan
perak sekaligus. sementara menunggu sidang dun tu, silalah bertugas untuk
rakyat negeri perak wahai adun pakatan rakyat.

s a u d a g a r m i m p i
r o m e

5 comments:

Paksu Ki said...

Betul lu kata. PR kena tumpu kepada rakyat. Perak dah rosak dan jgn sampai kepercayaan rakyat Perak merosakkan PR.

Manjungmari said...

Salam...

ADUN PR itu hari tak rasa puas dalam sidang DUN.. lagi pulak speaker dah kena angkat.. apa pun aku harap artikel ni paling kurang pun bagi kat Saudara Amran PK DSIR Nizar baca.. kemudian suruh sampaikan kepada pimpinan PR.... kalau depa tak mau dengar lantak pi... next election padan muka....

sinarrasul said...

bagus cadangan nie...cadangan iniperlu dibuat...dan sidang dun pun perlu dibuat!!!...

dua2 perlu buat bg aku...dalam kita membina kekuatan bersama rakyat...kita perlu menyerang jugak si pengkhianat yg memegang puncak pentadbiran...

aku paham...skang nie...telah nampak penyokong2 seolah2 menyalahkan pemimpin PR Perak....tapi sebenarnya...itulah tanda istiqomahnya pemimpin menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran...

jangan termakan hasutan media perdana...yg kini cuba utk menggoncangkan dan menterbalikkan hati2 penyokong PR...

segala usul yg dibentangkan bukan tidak berguna...tapi akan dilaksanakan selepas PR pegang kerajaan kelak...

maknanya...utk masa depan...kita sudah ada perancangan untuk melaksanakan segala usul tersebut utk menjahanamkan puak2 BN skang niee....

wallahu a'lam..

Anonymous said...

Org PR

ni sekor lagi mamat yg tak tahu selok belok politik di malaysia, apa yg tuan cakap memang betul dari segi aturanya, tapi dari segi politik malaysia ia adalah perlu kerana org malaysia mudah lupa apa yg telah berlaku kat perak oleh itu tindakan oleh adun PR ini adalah salah satu cara yg berpanjangan dan berterusan supaya UMNO/Bn tidak akan boleh tidur lena selamanya sehinggalah PRU 13.

Jika PRU 13 nanti PR dapat tawan Pusat dan perak semula maka apa yang dilakukan dan diputuskan oleh sidang tersebut adalah boleh dikutkuasakan kran Prof Aziz Bari (pakar perlembagaan) mengatakan ianya sah.Perlaksanaan tidak dapat dibauat kerana BN masih lagi berkuasa keatas semua pentadbiran pihak2 berkuasa pusat.

oleh itu kamu janganlah jadi bodoh dan bangang kerana masa dan waktu yang sesuai sahaja akan menentukanya

peihong said...

me no comment...

Post a Comment