dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 September 2009

Mimpi 9

Salam.

Bila semalam wa mimpi buruk. Mimpi tentang jumlah pesakit H1N1 di malaysia makin meningkat dengan mendadak.

Terduduk la pm 1Malaysia. Hairan dan tenggelam punca. Takkan menteri kesihatan yang dipilih tak boleh bekerja atau perlu melantik bekas menteri kesihatan kembali menjawat jawatan tersebut selepas dibuang parti gara gara dia adalah menteri kesihatan yang sangat sihat nafsu seksnya.

Maka berhimpun la segala menteri. Baik dari menteri dari sanak saudara, menteri yang bukan ketua pemuda parti mahu pun exco parti peringkat tertinggi sampai le ke menteri yang kena diberi jawatan menteri kerana mereka dari sabah dan sarawak (kalo tak bagi takut mereka beralih parti).

Setelah hampir seluruh bandar besar didunia mereka ini berkampung untuk berbincang (ini adalah rutin biasa masalah dalam negara tapi bincang di luar negara) masih tiada jawapan yang pasti. Last choice panggil pakar luar (ini pun biasa juga).

Dengan bantuan pakar luar yang dilantik dengan bayaran dalam duit dari US, maka akan mengalirlah wang ringgit malaysia keluar dari negara kita. Setelah bertungkus lumus punca telah dikenalpasti. Seorang pekerja bahagian pembungkusan kilang membuat topeng mulut dan hidung menjadi punca kerana pekerja tersebut dah disahkan positive H1N1.

Bayangkan jika ini bukan mimpi.

Jadi kepada kerajaan malaysia sila pantau pekerja kilang serta penjual topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga jaga. Jangan bila mimpi wa jadi realiti.

s a u d a g a r m i m pi
r o m e

No comments:

Post a Comment