dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 September 2009

minyak naik rege

belum sempat semua petrol station juai, ron95 dah naik rege...
belum sempat masuk tangki, ron95 dah naik rege...
sakit hati?
tak sangat sebab aku decide asal ron kurang dari 97 aku tak berminat nak taruk dalam tangki motor aku. kalo nak try ron 97 tu mungkin aku tunggu ron 98, ron 99 atau ron 100 je. kalo ada yang ron 150 pun pun ok gak
pasai apa aku cakap macam ni?
pasai aku ni rakyat malaysia berbangsa melayu yang kaya raya atau kaya dengan raya (pilihanraya, jalanraya, hantu raya, hari raya etc) . Kerajaan BN yang memerintah banyak tolong melayu sampai dari nombor satu sampai le seratus list orang paling kaya dalam malaysia semua melayu. cuma mungkin nak kena tengok list tu dari bawah kot. tengok macam aku ni... tak keje pun income 5-6 puluh ribu sebulan. ini semua sebab kerajaan BN prihatin
sebenarnya rakyat malaysia mana ada yang miskin. majoriti melayu duduk rumah batu lebih dari dua tingkat. Paling cikai pun 5-6 tingkat punya rumah batu. rumah dua tingkat? bangsa bukan melayu le yang banyak duduk rumah jenis ni... ni rumah orang miskin tu sebab tingkatnya kurang.

jadi apa masalah setakat minyak naik 20 sen. minyak naik 70 sen pun kami masih steady meady lagi melancong walaupun naik bas. tak percaya cuba check berapa permit bas rombongan yang dikeluarkan untuk bas rombongan umno yang pi rantau panjang, pi klcc, pi muzium dan tak lupa pi perhimpunan agong umno dulu.

lagi pun kesian kat petronas. kalo rege minyak tak naik nanti untung kurang berbillion billion. bila untung kurang tak dapat le nak tabur umpan masa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang.

jadi dengan ini aku marah kat kerajaan BN sebab naikkan rege minyak rendah sangat... alang alang dah banyak kayakan melayu dengan rancangan tanah hijau, dasar ekonomi baru, wawasan 2020, wilayah iskandariah dan yang terbaru gagasan 1malaysia apa kata naikkan aje 3-4 ringgit. Nak bagi cantik lepas pernaikkan rege minyak naikkan pulak rege air dan letrik. dah buat benda benda macam ni cuba bubar dewan rakyat dan semua dewan negeri. Kita layan PRU. baru le boleh tau tahap mana sayangnya rakyat malaysia kat kerajaan BN...

amacam?

ada beran?

wa chow sin

4 comments:

dugong_darat said...

teman berani...

berani tahap besi berani...

1Malaysia... atau 1Chicken...

Neo said...

bro..bukan ke dulu katanya RON97 harga rm2? ke teman yg salah baca? skrg ni RON97 rm2.05...

peihong said...

dan ron95 dijanjikan rm1.75 belum sempat sampai petrol station dah jadi rm1.80

kuda_laut said...

hoh..RON..pe punya haub la dema nih..
sib baik teman buleh gune RON95..

Post a Comment