dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 September 2009

Pandangan Rakyat Tentang Kenaikan Harga Minyak...

Semua orang sudah mengetahui tentang kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa mulai 1 September 2009. Daripada makcik belakang rumah Kampung Sepayang hinggalah ke pakcik di dalam kebun di Kampung Labong mengetahuinya. Manakan tidak, kenaikan harga minyak adalah suatu hadiah daripada kerajaan "1 Malaysia"- Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan.

Wartawan kami En Jembalang Putar Angin telah menemubual beberapa orang berhubung kenaikan harga minyak ini. Ikuti lintas langsung temubual tersebut :

Dato' Shabiri Chicken Dance - Menteri di Kementerian Pembangunan Air Lior Meleleh.
"Rakyat boleh memilih sama ada menggunakan minyak RON95 atau pun RON97. Harganya pun berlainan. RON95 lebih murah dan sesuai digunakan oleh kenderaan-kenderaan negara kita manakala RON97 didapati kurang sesuai untuk kenderaan-kenderaan tempatan. Lagi pun buat apalah nak membazirkan duit sedangkan kita boleh menikmati harga minyak pada harga yang tidaklah membebankan sangat. Kerajaan pun dah fikir banyak kali dan kita rasa kenaikan ini adalah memadai buat masa ini. Harga minyak di pasaran dunia pun agak tinggi jadi adalah wajar kita menaikkan harga untuk mengurangkan bebanan subsidi kerajaan. Jadi kerajaan tidaklah terhempit untuk memberikan harga subsidi melebihi 30 sen."

En Basiron Ayob - Pengurus Besar Bank Puaka Niyang Rapik.
"Pada pandangan saya, kenaikan ini adalah suatu yang berpatutan. Setakat naik beberapa sen tu, masih lagi tidak membebankan saya. Maklumlah gaji saya pun RM10 ribu sebulan. Jadi apa salahnya jika harga minyak naik. Dapat juga saya menyumbangkan sesuatu kepada negara. Kesian sikit dekat kerajaan asyik menanggung subsidi minyak. Janganlah asyik mengharapkan subsidi aje. Sepatutnya kita tanya diri kita, apakah sumbangan kita kepada negara dan bukannya sumbangan negara kepada kita. So elok sangatlah harga minyak tu naik. Ala berkorbanlah sedikit. Tipu-tipulah sedikit rakyat yang bodoh kedaung tu. Dia orang bukannya tahu pun. Dia orang pasti setuju punya."

Puan Markonah Shuhartono Marang Kepunden - Eksekutif Pelaburan.
"Sebelum ini saya menggunakan minyak RON97 tetapi apabila saya bertukar kepada minyak RON95 mulai semalam saya dapati ada perbezaan yang ketara di antara kedua-dua minyak tersebut. Perbezaan yang pertama ialah daripada segi angkanya. Satu menggunakan angka 95 manakala yang satu lagi 97. Jika 97 - 95 maka jumlahnya hanyalah 2 sahaja. Jadi tidaklah banyak sangat perbezaannya. Apabila saya menggunakan minyak RON97, saya dapati penggunaan minyak untuk kereta saya agak kuat. Setelah berjalan beratus-ratus kilometer dalam masa seminggu, minyak telah pun habis dan perlu di"top-up". Maknanya perlu diisi sebab minyak telah habis, jika tidak kereta saya akan tersadai di tepi jalan. Setelah saya menggunakan minyak RON95, saya dapati ianya lebih jimat dan mesra alam. Semalam otw nak balik ke rumah saya mengisinya RM50, selepas tu terus parking di rumah. Pagi ini saya lihat minyak masih lagi full dan tidak perlu dituang lagi. Minyak ni pun macam tak habis-habis. Begitu mengagumkan sekali. Terima kasih untuk kerajaan kita."

En. Mahmood Kg Bendang Kering - Pengundi tegar BN.
"Baguslah jika arge minyak naik. Lagi pun udah lame rasenye tak naik-naik. Pakcik tengok di Bulitan Utama pun harga minyak dunia sangat tinggi. Ala menteri yang berayor lior meleleh tu le yang kabokan. Kasian juge kat menteri-menteri kite tu, kene memikiorkan pasai bende ni. Rasanye harge tu idak le membebankan sangat. Semalam pakcik buleh tuang RM2, hari nie pun buleh lagi tuang RM2 juge. Buleh juge moto pakcik sampa ke kebun. Mane ada membebankan sangat pun."

Adik Ali - Pelajar Tahun 3 Sek Ren Malim Kundang.
"Minyak naik harga ke? Adik tak tau pulak. Pagi tadi pun lepas sahur adik terus tidur. Ngantuk sangat. Pagi ni pun adik pegi sekolah naik bas sekolah macam biasa. Tak ada naik pun minyak tu dalam bas saya ..."

En Suranderaan - Pemandu Bas IntraKote.
"Saya ni jarang ke pejabat menggunakan kereta sendiri. Dalam sebulan rasa-rasanya hanya satu atau dua kali sahaja saya memandu. Itu pun untuk ke kedai mini di hadapan rumah saya. Jadi kalau kata harga tu membebankan saya memang tahyul sama sekali. Itu hanya dakyah daripada parti pembangkang sahaja. Minyak naik tak ada apa-apalah. Jangan risau. Yang penting orang tetap naik bas saya."

Cik Low Ming Fatt - Tokey rumah urut.
"Haiyaa... minyak sudah naik halga ka??? Wa talak tahu pun sebab semalam wa beli itu minyak macam biasa saja. Sebotol pun balu RM12 saja. Kalau betui itu minyak sudah naik abis la saya punya bisnes. Susah woo kalau tak ada minyak, talak licin wooo... Nanti ada munyi... Tatak syok woo..."

Kesimpulannya, kenaikan harga minyak ini memang suatu yang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Kita semua menyokong kenaikan harga ini dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Pihak pembangkang juga diingatkan agar tidak menangguk di air yang keruh dengan menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai satu isu politik murahan. Separti kata pepatah, minyak tidak akan bercampur dengan air. Jika kita meminumnya ait tetap air dan minyak tetap minyak. Tidak akan berubah warna dan rasanya. Minyak naik pun rakyat tetap beli juga.

1 Malaysia - Rakyat Diutamakan Susah, Pencapaian Harta Kakayaan di Utamakan...

Berita ini dilaporkan oleh Jembalang Putar Angin untuk TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV-TV arus perdana yang lain.

"Salam 1 Malaysia"


Pesanan daripada En. Jembalang Putar Angin : Semua mangsa-mangsa yang telah ditemubual dibayar sebanyak RM10 dan sebungkus nasi lemak dan sepeket kopi cengkudu buatan tangan untuk menyatakan pendapat tersebut. Hal ini rahsia, jangan bagi tahu sesiapa..."

5 comments:

Tayadih Maysia said...

salam,

anje-online.blogspot.com kini di www.duniacacamarba.blogspot.com

alfaberlian said...

salam

bukan malaysia tidak kaya.
kalau tak beli kapal selam sepuluh ribu harga minyak tak akan naik.
kalau tak beli kereta kebal dari poland harga minyak tak akan naik.
kalau bank negara tak hilang 10 bilion ringgit -
harga minyak tak akan naik.
kalau 5 bilion ringgit tak hilang - projek kapal di lumut - harga minyak tak akan naik.
kalau 12 bilion pelabuhan klang tak kelentong -
harga minyak tak akan naik.
kalau pemimpin kita tak rasuah - harga minyak tak akan naik.

kuda_laut said...

hehehehehehehehehe..

Anonymous said...

Huahahaha...lawaknyer...

Anonymous said...

takde pun blog2 UMNOBN kecoh pasl minyak naik rege ni, depa stuju sangat la tu elok la tu...1mesia la katakan..

-mbah surip-

Post a Comment