dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 September 2009

Temubual Eksklusif

Kali ini wartawan kami, En. Zainal Jembalang Putar Angin daru Unit Berita TV Arus Perdana telah menemuabual beberapa orang tokoh akademik berkaitan dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh menteri kerajaan BN kelmarin.

Prof. Dr Ibrahim Koyakuti - Dekan Fakulti Sejarah, Universiti Meloya.
"Sejarah dahulu telah membuktikan bahawa manusia telah menggunakan pengangkutan sebagai medium utama manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan. Sejak zaman awal sistem pengangkutan awal telah mula berkembang dan terus berkembang sehinggalah apa yang dapat dilihat sekarang. Kenaikan harga minyak juga sebenarnya telah berlaku semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan yang terdahulu. Malahan dicatatkan perdagangan minyak telah berlaku semasa keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu kenaikan berlaku lebih tinggi daripada sekarang, malahan rakyat Melaka tidak memberikan apa-apa refleksi negatif terhadap isu berkenaan. Mereka juga menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa dan terus menyokong pemerintahan yang sedia ada. Antara minyak-minyak yang mengalami kenaikan harga yang mendadak pada masa itu ialah minyak atar, minyak wangi, dan minyak senyoyong, iaitu minyak yang digunakan oleh Laksamana AToo Fighter untuk memikat Puteri Nilam Puri dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka."

Prof Dato' Malim Malangun - Pensyarah Di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Orang Asli.
"Pada saya kenaikan harga minyak di Malaysia adalah sesuatu yang perlu. Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri 1 Malaysia telah mengambil satu langkah yang bijak. Kerajaan tidak boleh menanggung subsidi yang berlebihan kerana itu akan memberikan impak yang besar kepada negara. Jika dilihat kepada unjuran yang ada, kenaikan itu adalah suatu yang kecil. Kenaikan setakat beberapa sen sahaja. Lainlah jika kenaikan itu sebanyak berpuluh-puluh ringgit, wajarlah juga rakyat berasa tidak puas hati. Pengorbanan yang dilakukan oleh negara terlalu besar untuk kita. Sekiranya minyak naik sehingga RM5 seliter pun, rakyat tidak perlu melahirkan rasa tidak puas hati kerana kerajaan telah melakukan perkara yang terbaik."

"En. Zainal, tolong highligtkan kenyataan saya nie yer, manalah tahu tahun ini boleh dapat Tan Sri pulak..."

Prof Madya Lim Bow Tie - Ketua Jabatan Muzik, Universiti Muzik Antarabangsa.
"Saya lasalah kenaikan ini suatu yang bagus. Kenaikan halga minyak menunjukkan kerajaan BN semakin matang. 52 tahun mentadbir bukan suatu masa yang pendek. Para pemimpin pun semakin bijak mencali sumber-sumber bagi mengaut keuntungan sendili. Itu lebih bagus, dalipada asyik memikirkan lakyat sahaja. Lakyat pun bodoh juga sebab sudah pilih dia sebagai YB. Minyak naik menandakan negala kita semakin maju. Halapan untuk melihat Malaysia maju pada tahun 2020 akan dapat dicapai. Impian Mahathil adalah suatu impian yang suci dan mulni."

Prof Nadamabuktodi - Pensyarah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Meloya.
"Ekonomi Malaysia mengalami penguncupan pada kadar yang drastik. Langkah kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah suatu yang tepat. Lebih-lebih lagi dengan penularan wabak selsema babi (H1N1). Wabak inilah yang menyebabkan harga minyak menjadi tidak menentu. Ramai pekerja-pekerja carigali telah dihinggapi penyakit ini menyebabkan pengeluaran minyak merosot sehingga 5%. Jika kenaikan tidak dilaksanakan, bekalan minyak akan jadi semakin meruncing. Dunia akan mengalami krisis ekonomi secara global. Malahan jika dikaji kenaikan ini adalah terlalu rendah. Kenaikan minyak di Thailand adalah pada kadar purata RM4 seliter dimana rakyatnya mempunyai pendapatan perkapita sebanyak USD2000 sebulan. Kita seharusnya berterima kasih dengan kenaikan secara berhemah ini."

En. Mukhsin - Tukang Sapu, Universiti Utara Meloya.
"Kebanyakan pensyarah-pensyarah universiti nie dah tak ader teloq. Depa semua duk menggampu kerajaan. Walau pun depa tahu semua tu tak betui, depa suka memperodohkan kita semua. Macam manalah universiti-universiti di negara kita mampu mencapai tahap dunia, sekiranya tokoh-tokoh akademik kita asyik duk memperbetuikan perkara yang tak betui saja. Tunggulah pilihanraya yang akan datang. Pakcik tak akan pangkah BN lagi. Pakcik nak ajaq betui-betui. Biaq depa rasa. Kau punya sama jugak, suka memperbodohkan rakyat. Asyik duk siarkan berita yang tak betui saja pasai pembangkang. Bila tang kerajaan semuanya betui saja. Jaga kau, aku nak bagi pengajaran yang berguna..."

P/S : Temubual ini terpaksa dihentikan kerana Pakcik Mukhsin telah mengamuk sakan. Dia membantah kenaikan minyak yang agak membebankan ini. Habis wartawan Zainal Jembalang Putar Angin dibelasahnya kerana suka menyampaikan info yang kurang tepat dan suka mengampu kerajaan. Zainal Putar Angin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sakit Mental kerana mengalami kecederaan yang parah diligmen otaknya.

No comments:

Post a Comment