dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 October 2009

Blogger VS Goblog - Siri???

Ini komen aku kat PerakExpress pasai isu ciplak dan plagiat.

Pasai video tu, aku pun tak sangka boleh jadi camtu. Niat aku supaya mende tu disebar-luaskan di internet. Orang yang bagi video tu pun aku rasa tak salah, sebab dia pun niat yang sama. Cuma kami berdua, hancin pala sebab rupernyer sumber video tu mai dari tempat yang kami pun tak tahu sumber sebenar…

So dengan itu, aku pun turut terkene bila kredit tidak diberikan sepatutnya kepada yang berhak. Terus terang aku puji blogger-2 yang menulis dalam English. Contohnya geng-geng Blogger Barisan Rakyat. Credit adalah perkara wajib dalam posting apabila ada sumber lain mereka dapat. Bukan sebab aper. Mereka dah dibudayakan dengan demikian.

Kalau kita lihat, media utama. Mereka amat mementingkan pemberian kredit. Pernah tak kita dengar, penyampai radio contohnya Radio Era, bila deme siarkan berita, deme wajib sebut sumber bernama. Pemberian kredit adalah budaya. Budaya ini pula adalah bagus. Bukan untuk mempopularkan seseorang sebab usaha dia, tetapi itu dah dikira etika. Aku tak pasti samada ini writen or unwriten ethic. Kita mahu kita dilabel media kedua, media alternatif ataupun media pilihan. Tetapi etika serupa g*****g.

Bagi aku alasan part-time atau full time tu cuma retorik. Kalau kita tahu etikanya, kita takkan buat kesilapan yang memberikan kesan yang kuat. Mende memang nampak simple, tetapi kesannya kome tengok la sendiri. Nih dah masuk siri kedua. Nak MSK tabuh hampa dengan siri 3, 4 dan 5 ke baru kome nak faham.

Aku sendiri sebetuinya takder masalah dengan maner-maner blogger PAS atau blogger aper ke. Yang aku tahu kome jadi blogger sebab kome makin getik dengan BN. Tetapi apabila dengan hinanya, hasil kerja aku tu orang perkotak-katikkan.

Kome tanyer semua blogger yang berselomuih kat kediaman MB masa PR Perak tumbang. Aper kenderaan aku??? Aku cuma ader moto kriss 1, standard modified dengan exzos potong. Cuba kome tanyer kat Cyberboron, MSK, Sya, Pojie, Zul Mamak dan lain-lain berapa kali aku datang bawak makanan, keperluan deme time tu dengan keadaan aku basah kuyup sebab hujan. Ader aku kesah. Ader aku perli orang.

Bila kami mula start pulang ke sarang memasing, aku dah daripada duk studio edit video aje, akhirnya mandat bawak videocam tu MSK bagi kat aku suh ambik dan edit sendiri. Aku suka sebab aku bleh ambik shot yang betui-betui aku nak. Sebelum tu MSK bagi aku Vcam Samsung. Lampu takder. Takder CCD. Mic Input pun takder. Aku tak kisah. Sebab itu jer yang ader masa tu. Lepas tu MSK carikan VCAM Canon. Ader lampu. Adela satu CCD. Ade mic input. Aku suka. gambor ader la sikit upgrade sikit. Aku tahu MSK kuar duit dia sendiri tuk beli VCAM tu. Masa tu aku takder duit. Sekarang aku ader sikit duit. Ader sumbangan dari kawan-kawan aku masa belajo dulu, aku dapat beli camera 2nd hand. Pro sikit rupenye. Aku usaha sendiri mende-2 tu. Sebab ader orang suka usaha kami, ader la sumbangan makan dan minum lebih kurang. itu cerita Vcamera aku.

Masa pakai camera kecik, sampai naik berlumut telinga aku orang kater aku SB. ye la…dah aku pakai camera macam SB. dan aku memang SB.. SANGAT BESAR. Hangpa ader rasa tak camtu??? Pernah rasa camera nak dirampas. Orang duk pandang sinis. Orang duk halang dari ambik gambar atau video. Sebab apa??? sebab aku tak kepiah putih. PIIIRAH… SB sekarang dah pakai jubah pun ada. Sebab-sebab macam nih bila kerja kita orang tak kredit, kita jadi marah.

Pasai kete aku lak. Nak tahu tak??? aku perabih belasan ribu sebab beli kete yang aku pakai. Rege memang la murah masa beli. biasa la kete 2nd. ader je masalah. Ade pernah orang tanyer maner aku dapat duit??? Sebab aku selalu ikut pimpinan PR ader la mangkuk kater kete tu orang kasi. NIAMAH. Aku duk menebal muka pinjam duit kat orang nak beli kete tu, pastu ader la yang jadi mangkuk kata kami macam-macam. PIIIRAH… Hangpa tak tau jangan duk cakap. Sesak orang hangpa tak nampak. Bila orang sebut nama kami, sebab kami duk disitu berusaha berapa lama dah. Aku tau, lambat laun mende nih mesti ada yang bercakap. Bercakap la apa hampa nak cakap. Tapi aku tau keja aku camna dah hangpa memang tak layak nak bercakap pasai mende tu.

Perak Express nih bukan baru. Dulu MSK sorang. Pasti Sam dari duk diam dah jadi aktif. By the way. Kalau la hampa nih tahu sapa Sam tu, aku rasa takder nyer gamak kome tu nak merepek tak tentu hala camni. Pastu aku dan beberapa yang lain masuk untuk memeriahkan Perak Express. Usaha dan kerja kami nih sebab kami sayangkang Pakatan Rakyat. Bila timbul isu etika, itu adalah terma utama dalam kerja wartawan, journalist dan pengamal media. Jadi kalau tak paham-paham lagi, jangan jadi blogger. Jadi la GOBLOK.

Bercerita pasai Takaful. Aku 2 tahun jadi agen conventional insurance. Aku tahu selok belok hal haram ker halal dalam insurance tu. Cuma aku nak peringat ja kat hampa semua. Takaful cuma ada beza nya dimestikan akad masa jual. tu aja. yang lain sama ja dengan conventional insurance yang lain. Sampai mende yang melibat duit dan nyawa orang nih la ramai suka guna cara Islamic. Islamic kejadahnya. Hanya pada nama jer. So retorik daripada tu, jangan la kita berjaja dakwah dan tarbiah andai cara mendapatkannya tu tak betui. Ingat la… lagi panjang saluran mende tu di sampaikan. lagi panjang la dosa kome, walaupun mende tu untuk dakwah dan perjuangan.

3 comments:

TheCyberSniper said...

Don't make Mr Dugong angry. You don't like when Mr Dugong angry. Warrrggghhh...

peihong said...

larikkkkkkk........

dugong_darat said...

teman tak marah...

Geram jer...

Orang bercakap sesuka hati... orang lain yang kene tempias... Cuma pesan teman, kalau tak tau citer sebenor jangan bercakap. Takut kene tembak dengan abg Sniper kita tu... hehehehehe

Post a Comment