dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 October 2009

Mimpi 12

Salam.

Senyap sunyi je. Masih dalam mood raya ke? Almaklumlah banyak open house. Wa punya raya macam biasa. Yang gempak kali ni wa dapat kiriman lemang dan rendang. Terima kasih bro peihong. Next year hantar lagi.

Walaupun masih dalam mood raya harus ingat ada pilihanraya kecil bagan pinang. Dah dekat dah ni. Calon pilihan parti pun dah diumumkan. Calon bebas berparti pun ada juga kedengaran suara sumbang mereka. Patutlah asyik hujan je di malaysia.

Dalam siri prk sebelum ni, bn mencalonkan ayam muda untuk bersabung senario berbeza pula bagi prk bagan pinang. Kali ni ayam tua yang dah direhatkan 3 tahun kerana melanggar kod etika pemilihan parti (dibaca : rasuah). Samada bn sudah tak nak merayakan kekalahan seperti prk sebelum ni atau umno nak menguji pengaruh orang lama kepada pengundi atau juga bn perlu mempertahankan kerusi bagan pinang supaya majoriti kerajaan - pembangkang dalam kerajaan negeri sembilan tidak berubah.

Ada juga angin angin bahawa isa samad (jika menang)akan dilantik sebagai penasihat kepada mb negeri sembilan jika tidak sebagai mb negeri sembilan. Tak boleh macam ni? Apa masalahnya negeri pakatan rakyat pun lagi dirampas apatah lagi dah memang negeri milik bn. Hanya satu scandal sahaja dan mohd hassan can kiss goodbye kat kerusi empuk pejabat mb tu. Nak percaya atau pun tidak terserah. Lagu pun ini hanya khabar khabar angin sahaja.

Dengan isa samad sebagai calon, pengisytiharan port dickson sebagai bandar tentera darat dan undi pos yang memonopoli hampir 40% ke 45% jumlah undi maka dikatakan bahawa bn akan menang kali ni. Ada sesetengah bahagian umno pun dan mula tempah banner untuk mengucapkan tahniah buat isa samad atas kemenangan di bagan pinang. Ada jugak dah tempah caterer untuk buat jamuan kemenangan buat isa samad.

Jadi atas sebab sebab ini haruslah jentera pakatan rakyat baik dari parti atau blogger meningkatkan usaha berkempen agar kerusi bagan pinang menjadi milik pakatan rakyat. Biar cawangan umno yang dah tempah banner dan caterer tu menanggung kerugian sebab banner dan lauk pauk dah siap tapi calon kalah

No comments:

Post a Comment