dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 October 2009

Mimpi 13

Salam.

Sememangnya setiap kali ada pilihanraya kecil semestinya isu undi pos akan timbul selain dari masalah pengundi hantu. Kali ni di bagan pinang isu undi pos menjadi topik utama. Ini kerana dalam monopoli hampir 40% undi pos.

Siapakah pengundi pos ini? Selalunya undi pos adalah pengundi dari golongan askar, polis dan bomba. Walaupun ada juga dari golongan guru dan pensyarah serta segelintir petugas spr tapi majoriti kebanyakannya dari 3 kumpulan yang disebut tadi.

Berbagai cerita tentang undi pos. Ada yang mengatakan undi pos telah dimanupulasi agar undi memihak kepada kerajaan memerintah dalam kes ini kerajaan bn. Ada yang kata proses undi dibuat dihadapan pegawai tertinggi mereka, ada juga yang mendapat kertas undi lengkap dengan nama dan alamat pengundi dan macam macam cerita yang kurang enak dek telinga.

Jadi mimpi wa kali diharap bila pakatan rakyat memerintah agar undi pos ini mesti dihapuskan. Mereka dari pasukan unit bersenjata sebenar harus bebas dari memilih kerajaan. Ini penting agar satu hari nanti malaysia tidak akan jadi seperti thailand. Bila askar tak suka dengan kerajaan yang ada maka kerajaan itu digulingkan dari tampuk pemerintahan oleh unit bersenjata. Kita tak nak bila pakatan rakyat memerintah maka pegawai tertinggi unit bersenjata yang menyokong kerajaan bn akan memberontak.

Mungkin juga kerajaan bn harus mengambil kira mimpi wa ni. Buatnya unit bersenjata memberontak kat kerajaan bn kerana nak kan kerajaan pakatan rakyat macam mana?

Wa percaya bahawa mengundi adalah hak rakyat yang layak tapi dah tiba masanya unit bersenjata dikecualikan dari memihak ke mana mana parti selagi bertugas. Dah pencen nanti nak lawan kat parlimen anwar ibrahim pun lawan la kerana masa itu kad pengenalan sama seperti rakyat lain bukan lagi kad kuasa unit bersenjata...

Ntah menjadi kenyataan atau tak mimpi wa ni.

s a u d a g a r m i m p i
l o n d o n

No comments:

Post a Comment