dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

30 November 2009

salah atau tidak

heboh juga bila TGNA berdoa minta bala buat Dato Seri Najib dan Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional musnah gara gara putar belit cerita pasal royalti minyak.

teringat kata arwah datuk teman; kalo tak salah apa nak takut, tapi kalau salah... hehehehe sendiri mau ingat (yang italik tu teman tambah)

wa chow sin

28 November 2009

Mimpi UG

Salam aidiladha.

Dulu kecoh dengan cerita UG. Ya, wa pun ada mimpi yang sama. Mimpi pada masa akan datang Malaysia diperintah oleh kerajaan UG. Kerajaan UG diantara PKR, PAS dan DAP.

s a u d a g a r m i m p i

27 November 2009

Salam Aidiladha

25 November 2009

Bahasa Teras Perpaduan

Seronok betui teman masa pegi KL tadi. Lalu kat sebelah Dewan Bahasa dan Pustaka. Baguih nyer poster besaq abis tinggi bangunan. Semua cerita bodek 1Malaysia.

Yang klasik tu, PPSMI nih agak-agak siapa yang buat ye. Yang lagi best tu, kat poster tu ade model yang gambor 2 kali tangkap. Nampak benor orang tak sior nak jadi poster 1Malaysia nih.

send by dopod 720

22 November 2009

Lu pun aper hal???


Memula aku ader sikit nak beron dengan mamat sorang nih kat sini...

Tapi bila baca kat sini, aku pun rasa sikit suka hati...

So bila kete nih nak kuar???

p/s... kurus la aku pose nak beli plate kete nih....

20 November 2009

Lain macam dan lawak

Teman pinjam word dari PT dalam blog dia yang ini... Konklusinya disini perkataan ini yang keluar...

"Wanna a free guinea PIG??? Come to 1Malaysia..."

Lepas baca kat blog PT, teman pun pergi tengok link dia bagi... serius, memang bunyinye ader sesuatu yang tak kene. Dan juga ada sedikit lawak disitu...

Kalau kita teliti apa yang disampaikan oleh link berita tu, kita mungkin akan berasa semacam je bunyinye kerana yang pertama, kita nih dipilih sebab kita mempunyai kepelbagaian kaum dan juga mewakili hampir keseluruhan masyarakat DUNIA...!!! Mak aih, tekojuit den!!! Setahu teman la, "pandemic" dan juga "epidemic" biasanya banyak bergantung kepada keadaan geografi dan juga demoghafic. Kalau tak silap teman cuma 11% penyakit dalam dunia nih yang berkaitan dengan kaum. (tolong perbetuikan kalau teman silap - ini pakcik teman yang doktor yang citer). So adakah relevan Malaysia dijadikan "biotechnology hub" cuma disebabkan kita nih "Multi-Racial" Country??? Ataupun ia hanya lagi satu projek tipu 1Malaysia untuk kroni yang tak dapat job lagi... (buat satu bangunan yang 1Malaysia namakan "powerhouse research centre").

Ye betul dengan terbuat pusat nih akan memberikan peluang kerja dan juga unjuran Ilmu untuk rakyat Malaysia. Tetapi pada hakikat sebenarnye, 1Malaysia seperti dalam slogan, rakyat didahulukan... Rakyat la dahulu yang kene... Teman kupas mende nih kepada kome setakat yang teman faham...

Dalam dunia perubatan, sebenarnya kita tak dapat nak elak daripada menggunakan "animal testing". Tetapi sejak akhir-akhir ini, aktivis alam sekitar, mengutuk sekeras-kerasnya ujian terhadap haiwan ini. Oleh yang demikian, para pembuat ubat di dunia ini terpaksa mencari sumber lain untuk membuat ubat. Apa lagi 'option' yang ada??? Human trial is the answer. Tetapi negara mana yang sanggup biarkan rakyat dia dijadikan alat untuk ujian ubatan didunia ini??? Kat 1Malaysia la...

Untuk pengetahun kome semua, ini mungkin macam fiksyen sahaja... tetapi pada teman mende ini adalah logic procedur...

Kalau kita nak cari penawar atau ubat penyakit AIDS contohnya, kalau kita nak test kat haiwan, kita suntik virus tu ke haiwan berkenaan dan suntik pulak dengan sampel ubat atau penawar untuk merawat haiwan tu. Kalau tak berjaya, haiwan tu tu pun lingkup, bungkus plastik hitam, kampus dalam tanah...

ok kita tengok dulu statement 1Malaysia nih...

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said priority could be given to such value-added trials as Malaysia’s multi-ethnic composition represented a big portion of the global population.

“This also augurs well for Malaysia that aspires to be a successful global biotechnology hub,” he said, adding that the country had the competitive edge as it had the necessary resources.

Bayangkan kalau statement 1Malaysia nih adalah seperti yang teman pikior dia cakap, maka 1Malaysia nak offer rakyat Malaysia sebagai ganti kepada haiwan tu dan disebabkan kita nih berbilang bangsa, maka banyak specimen yang boleh deme guna... dan mempunyai sumber yang cukup...

Masa baca posting PT, teman pun terguling-guling gelak... Kalau sungguh bagai dikata, ader jer kuman, bakteria ataupun virus dijumpai di DUNIA nih, rakyat Malaysia dahulu yang dikambing hitamkan untuk jadi tempat nak test ubat... Kalau guna ayat PPSMI, Malaysia citizen are going to be a guinea PIG, if a new germ, virus or bacteria attack world population.

Sebab itu seperti yang deme dah kabo, 1Malaysia, Rakyat didahulukan... memang la... rakyat Malaysia dulu yang kene...hahahaha

p/s guinea PIG... bukan ke haram tu...??? Abis PIG, pig bukan babi ker??? hulamak, rakyat 1Malaysia pun boleh jadi menatang haram gak ker??? Ingat MB jer yang HARAM...

17 November 2009

Aku bangga dengan 1Malaysia!!!


Teman sesungguhnya berasa amat bangga bila mendengar cerita yang populariti Najib telah meningkat naik dari 45% ke hampir 60%. Sokongan golongan bangsa India pun naik jugak dari 33-45% kepada 55%. Melayu pun sama jugak 4% daripada 53% sebelum ini. Sumber M3M di PerakExpress.

Teman kater WOW... hebat penangan kempen 1Malaysia nih. Orang dah mula percaya balik kepada BN dan UMNO... Kira dakyah 1Malaysia yang berasal daripada 1Israel (macam dalam artikel kat sini dan kat sini) nih dah berjaya menerap nilai-nilai perpaduan dan membentuk negara yang lebih aman dan makmur. Sungguh-sungguh bertuah teman jadi rakyat Malaysia nih.

Teman rasa dengan itu mike-mike semua patut berterima kasih dengan kepimpinan Najib Tun Razak dan kita semua patut menaruh kepercayaan penuh dengan kepimpinan beliau.

Terdapat beberapa lagi sebab-sebab kenapa kita patut memberikan kepercayaan kita yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Malaysia sekarang. Selain berjaya menceduk idea daripada kempen Ehud Barak tu, (mungkin kebetulan) kita juga berjaya merendahkan kadar CPI (corruption perception index) kita daripada 5.1 kepada 4.5. Angka ini amat membanggakan dan MEMBERANSANGKAN walaupun pada asasnya lagi tinggi lagi bagus. Usaha-usaha seperti menaiktarafkan dari BPR kepada SPRM dan daripada badan berkanun kepada salah satu parti kompenan dalam BN telah berjaya telah meningkat ranking daripada tangga ke 47 kepada tangga ke 56 daripada 180 negara yang diselidik oleh Transparency International (satu badan dunia yang mengetuai gerakan anti-rasuah di dunia) menampakkan kematangan kepimpinan Najib Tun Razak dengan kempen 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Dengan fakta-fakta ini memberikan kita semangat yang lebih jitu untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang anda cintai ini. (Sumber Mkini)

Di samping itu, peranan saudara-mara Najib Tun Razak juga memberikan sumbangan kepada kejayaan 1Malaysia ini. Pandangan yang sangat "positif" kepada sebuah lagi Parti Kompenan BN, iaitu PDRM, telah meletakkan hampir sepenuh kepercayaan kepada mereka dan meletakkan 1Malaysia sebagai negara yang paling selamat didiami. Ini adalah satu pencapaian yang sering diutamakan dalam kepimpinan 1Malaysia.


Rakyat pula semakin menyanjung tinggi kepada pihak PDRM yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat Malaysia demi menjayakan semangat 1Malaysia. Tahniah kepada KDN yang berjaya memberikan persepsi yang membanggakan kepada seluruh rakyat 1Malaysia. Tahniah atas pencapaian anda semua.


Dengan itu, teman menyeru kepada semua rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda kepada kepimpinan negara 1Malaysia ini agar kita semua akan terus didahulukan dan pencapaian dapat diutamakan. (Sumber statistik di sini)

p/s - Baca dengan mata, analisa dengan otak, iktikad dengan hati. 1Malaysia boleh BLAH

korporat atau keparat?


sumber

rm2 buat TGNA

kami di anje online menyokong tabung rm2 buat TGNA pergi haji

sumber

undang undang tubuh kedah vs spr

UNDANG UNDANG TUBUH KEDAH 1 SPR 0


KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

QUOTE OF THE DAY

"SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya."
Hakim Alizatul

"SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan"
Hakim Alizatul

sumber



10 November 2009

LAT’S RESTAURANT IN NUSAJAYA, JOHOR

Eat your hearts out, Perak!

Khazanah Malaysia in collaboration with Dato' Lat will be opening a Restaurant serving local dishes in Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. The restaurant 'LAT CAFE' to be modelled on Lat's famous cartoon character of Kampung Boy, is part of a massive new indoor theme park covering an area of 5,575 sq m costing RM350 millions. The announcement was made by Khazanah Malaysia over the weekend after the signing ceremony on Saturday.

Actually we got wind of the proposed restaurant much earlier.

Kelab Keledang of which Dato' Lat is a very valuable member has been pushing and sounding very loud to the Perak state government for umpteen years but alas...

Despite the little setback, we are optimistic that Perak Government can still play a major role in getting the bigger part of LATHOUSE or KAMPONG LAT to be located somewhere in Perak. It's better late than never.

Come on Zambry and the gang, you guys have lots and lots of catching up to do!

copy and paste dari blog Limau Tambun

Sultan tiada kuasa pecat MB

Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar(MB)Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ(Borneo)di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli(1966)2 MLJ 187, terdapat dua keadaan di mana Governor(atau Sultan)mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan(b)enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN).

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to(a ), nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..”(Terjemahan : “Berkenaan(a ), tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16(6)Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16(6)hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16(6) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB, Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker, Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu(deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan(deeming provision) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19(1)di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16(7)Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan(at his pleasure)jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

-Hanipa Maidin (peguampas)

07 November 2009

yahoooo selamat kereta kawan kawan aku

hehehe lepas kena pressure dan feedback yang kata langkah kerajaan untuk mewajibkan pemeriksaan puspakom untuk kereta lebih 15 tahun akan menyusahkan rakyat maka MITI announce langkah ni tak akan dilaksanakan.

satu sistem akan dikaji untuk memastikan tahap keselamatan kereta berusia lebih 15 tahun sebagai ganti.

kalau la boleh fikir dulu sebelum cakap kan ke lagi afdal...

p/s : ada sesapa nak beli nissan sunny tahun 1984? rege boleh cerita

wa chow sin

04 November 2009

dasar automotif negara

berapa banyak dasar daaa. yang gua tau rege kete tetap mahal. kete lebih 15 tahun kena check puspakom bila nak renew roadtax.

beli kete baru. hutang bank 9 tahun (kalo keje cikgu boleh buat 10 tahun ngan bank rakyat atau bank simpanan nasional) 6 tahun lepas habih hutang nak renew roadtax pun seksa? penyudahnya beli kereta baru balik semula.

jangan terkejut kalo lepas ni ada peladang pandu proton baru keluar kedai untuk pergi kebun sebab nissan stanzanya tak approve masa pemeriksaan puspakom untuk renew roadtax.

yang seronok polis. tak payah berjemur tengah panas nak tangkap kereta tak de lesen. buat je roadblock jalan tanah merah menghala ke kebun orang kampung.

yang lagi seronok tak lain tak bukan kroni le. samada dapat kontrak francais puspakom atau dapat kontrak supply barang untuk bakal bakal puspakom baru nanti.

memang rakyat diutamakan....

p/s : jargon untuk dasar automotif negara adalah NAP. NAP dalam bahasa PPSMI????.... he he he i rest my case la if u think what i think

wa chow sin

Yusuf Noor, UMNO dan Tauliah

Sebenarnya, satu ketika dulu semasa Jabatan Perdana Menteri masih bermuftikan Yusuf Noor, UMNO sangat terdesak. Pada ketika itu UMNO begitu kekeringan cendekiawan agama. UMNO ketika itu menumpang nama Yusuf Noor, seorang bekas graduan Al Azhar ketika mahu mengIslamkan politik. Apabila bercakap tentang Islam.

Ketika itu, PAS memang juara. Ketika itulah zaman permulaan kepada perkembangan ceramah-ceramah agama, penjualan kaset-kaset ceramah dan yang seumpama dengannya. PAS mendominasi isu agama Islam, dan PAS mampu bercakap tentang agama Islam kerana mereka ada kemampuan dari segai cendekiawan atau pun cerdik pandai agama.

Berikutnya pula, selepas zaman reformasi, ketika zaman kegemilangan VCD ceramah, PAS sememangnya dominan. UMNO masih lagi terkial-kial. Ditambah dengan imej buruk Firaun pada ketika itu, UMNO dilihat semakin jauh untuk memenangi isu-isu agama Islam. Selepas itu lah timbulnya idea untuk menarik golongan agamawan menyertai UMNO. Mereka mahukan kumpulan professional agama menyokong kerajaan. Menteri-menteri UMNO dihantar menabur propaganda kepada para pelajar Timur Tengah.

Kemudian UMNO muncul dengan idea JASA, yang gua sendiri tak tahu singkatan untuk binatang apa. Atau Jabatan Hal Ehwal Khas, satu secretariat di bawah Jabatan Penerangan, yang bertujuan mahu menerangkang hati-hati umat Islam yang gelap. Bukan gelap daripada ajaran Islam, tetapi daripada menyokong UMNO. Jangan tipu gua. Itu tujuan asal mereka. UMNO menggunakan para pelajar graduan Timur Tengah yang pada sekitar awal tahun 2000 berlembak di pasaran macam kupang di Muar. Setiap hari boleh beli, kecuali hari raya.

Sama ada mereka ini tamat pengajian atau pun tidak, itu soal kedua. Apa yang paling penting ialah mereka boleh bercakap (yang sebenarnya terpaksa dilatih dulu) sambil memetik dua tiga baris ayat Al Quran. Gua tidak nafikan bahawa memang ada kalangan mereka yang betul-betul berkelayakan tetapi kebanyakannya memilih untuk bersama JASA atau apa sahaja benda alahnya pada masa itu, demi mengubat lara tidak dapat memasuki pasaran kerja. Maklumlah, bukan semua mereka berkelayakan. Atau boleh gua katakan sebagai golongan-golongan yang kecewa. Sebab kekecewaan mereka banyak, daripada gagal dalam pasaran kerja sehinggalah kepada kecewa dalam berorganisasi ketika tempoh pengajian dulu. Nak kelentong gua, tak payah lah.

Tapi UMNO masih lagi ketinggalan. PAS ketika itu memang sangat advance. Mereka sudah berupaya mengetengahkan golongan professional pula untuk berpolitik sambil berdakwah. Seiring pula dengan kemajuan teknologi maklumat, juga kesedaran masyarakat yang semakin baik, PAS adalah dominan dalam menjuarai isu agama. Kecuali di Johor. Itu satu kes lain. Kebetulan pula, kebanyakan graduan-graduan Timur Tengah ini, adalah generasi yang telah dikaderkan oleh PAS sejak sekian lama. Sama ada melalui PMRAM di Mesir (ini yang paling hardcore), kumpulan usrah sistematik di UK dan US, juga persatuan-persatuan pelajar dari Jordan, Syria, Pakistan dan sebagainya. Dalam satu ulasannya ketika itu, Firaun pernah berkata, UMNO sudah terlalu jauh dan lewat untuk memenangi hati para pelajar Timur Tengah (circa 2001). Pendakwah professional didikan usrah, tamrin dan ijtima’ PAS ini, memang menjadi produk paling berharga buat mereka. Anak-anak muda ini menyusup ke seluruh pelusuk masjid dan surau, berdakwah dan membawa imej yang sangat baik untuk PAS ketika itu. Toleransi, professional dan berhikmah. Mereka sudah melangkaui garisan dakwah ala-ala “amanat Haji Hadi”.

Oleh kerana tidak mampu mengekang arus yang dibawa PAS, ditambah pula dengan kedengkelan ilmu sesetengah graduan pilihan UMNO itu, maka muncul lah idea tauliah. Jabatan-jabatan agama telah memperkenalkan method tauliah. Setiap mereka yang berceramah di masjid-masjid dan surau-surau ketika itu mesti mendapat tauliah terlebih dahulu. Tidak kisah jika kamu dapat Jayyid Jiddan sekalipun ketika belajar dahulu, tauliah adalah lebih tinggi daripada sijil kamu. Bahkan mereka yang mahu mendapatkan tauliah akan ditemuduga pula oleh para pegawai Jabatan Agama, yang agak menyedihkan, ada antaranya bukanlah mereka yang berkelulusan agama pun. Kecuali kisah terpencil seorang kawan gua yang ditemuduga oleh Mufti Negeri Sembilan sendiri, kerana bimbangkan fahaman Salafinya. Itu cerita lain.

Di sini UMNO sudah memperlihatkan kemenangannya. Tauliah memang satu tindakan paling bijak untuk UMNO mengekang kemaraan pendakwah-pendakwah muda milik PAS ini daripada terus mendominasi pentas agama. Projek UMNO melalui JASA atau apa sahaja benda alahnya pada masa itu kelihatan tidak begitu menyerlah. Kelompok yang terpilih biasanya adalah insan-insan terbuang. Ini boleh dilihat dengan jelas melalui lontaran idea-idea mereka ketika berceramah, bercakap mahu pun menulis. Jelas memperlihatkan kedangkalan intelektual mereka. Nak kelentong gua lagi, mintak maaflah. Oleh kerana itu, UMNO seperti mendapat talian hayat melalui method tauliah, walaupun tidak keseluruhannya berjaya. Pendakwah muda milik PAS ini, selain bijak mereka juga rebel. Jika tidak dapat menyelinap ke masjid-masjid besar, mereka pergi ke surau-surau di kawasan perumahan. Satu pelan yang menarik yang gua syak adalah cedokan daripada buku Guerrilla Warfare tulisan Che Guevara. Sorry gua dah tersasul.

Jadi, tauliah pun diwartakan ketika itu dengan alasan kononnya mahu mempastikan para pendakwah a.k.a penceramah ini berkelayakan. Selain itu kononnya mereka mahu mengekang penyebaran ajaran sesat, walaupun niat sebenar adalah melampiaskan kemarahan golongan-golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya ke atas golongan-golongan muda yang majoritinya mara memperkenalkan diri mereka sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah a.k.a Salafi. Mazhab baru adalah berbahaya kepada akidah umat Islam, walaupun ada berjuta umat Islam lain di seluruh dunia menganuti mazhab tersebut. Ia lebih bahaya daripada pencegahan dan penguatkuasaan ke atas umat Islam yang tidak solat Jumaat, main judi, tikam nombor ekor, budak perempuan pakai seluar nampak bontot lepak kat shopping complex, artis-artis berkemban dalam majalah Mangga, atau pun bintang AF yang ambik gambar dalam kolam renang dengan Khalid Jamlus. Walaupun para pendakwah muda ini, cuba membawa gambaran sebenar tentang betapa lengkapnya Islam, betapa moderatenya Islam, betapa Islam bukanlah semata-mata ala-ala ceramah “amanat Haji Hadi” dan Islam juga bukan dinilai daripada betapa labuhnya jubah atau betapa putihnya kopiah, namun UMNO, khususnya golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya terus melihat golongan ini sebagai duri dalam daging, selain tukang tabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Oleh kerana itu, bukanlah gua nak menulis membantah tindakan JAIS ke atas Dr. Asri sebab dalam resume Dr. Asri ada perkataan Jordan, atau pun kerana pernah sekali makan sedulang (gempak gila dulu gua makan dalam dulang, perghh!) dengannya sebab gua tahu cuma gua aje kenal dia tapi dia memang tak kenal gua, tapi rasa benci dengan tindakan JAIS itu muncul kerana gua tahu, JAIS sangat dibayangi tangan politik. Bukan satu isu jika Dr. Asri dikatakan membawa satu pembaharuan, atau fahaman yang bertentangan mazhab umat Islam di BolehLand, kerana Islam itu bukannya terhad kepada mazhab Syafie sahaja. Ia lebih menampakkan tindakan terdesak golongan tua pendokong JAKIM,YADIM, JAIS dan apa benda yang seumpama dengannya dalam menyekat kemaraan golongan muda dalam berdakwah, menyekat hak umat Islam daripada menerima ilmu walaupun ajaran yang disampaikan adalah benar sambil berterusan menekan mereka kerana hakikatnya, majority pendakwah-pendakwah muda ini adalah penentang kerajaan, UMNO secara khususnya. Punktlitch.

wang ehsan???

negeri diperintah pakatan rakyat royalti minyak diberikan kepada rakyat

negeri yang diperintah barisan nasional royalti minyak deberikan kepada kerajaan

1Malaysia sungguh.

p/s : ari tu driving dari KL ke Bota; hujan all the way. Hujan 1Malaysia beb.

03 November 2009

Bala mendatang

Salam semua pembaca. Ermmm teman terpaksa membaca paper 2 3 hari ni. Mujur bukan teman yang beli.

Bukan nak mengutuk atau mengeji. Nak menghina atau memperli. Tapi seolah-olah macam dah kene bala pulak.

Teman duk baca paper Sinar 2 3 hari ni, duk tengok ade 2 3 ahli keluarga Polis mati akibat bermacam keadaan. Cuma teman risau, deme ni dapat cash payment dari Yang Berkuasa. Tu la,buat lagi penganiayaan. Teman bukan nak blah blah blah... pasai kome belasah orang PR dan pemimpin PR. Tapi macam bala yang mendatang. Yang tu deme kabo 'what you give, god pay CASH on the dot'.

Dr Maza - dari spek RM10.90 ku

Teman idak ler kenai rapat Dr Maza nih. Cuma berita dia kene tangkap oleh JAIS tu agak mengejutkan teman. Walaupun pada hakikatnya teman agak suka tetapi mendengarkan cara dan sebab beliau ditangkap adalah adalah tak elok bebenor memandangkan dengan konsep 1Malaysia nih.

Teman mahu ulas kenapa teman agak suka dia kene tangkap. Well nothing political. But more personal. Teman tak berapa suka dengan cara dia semasa beliau jadi Mufti di Perlis dulu. Bercakap dan mengeluarkan fakta yang telah sedikit sebanyak merosakkan punca pencarian sesetengah orang ketika itu. Kalau kome ingat pasai pelaburan di Internet dahulu. Contohnya Swiss Cash dan banyak lagi. Kalau kome tanya teman, teman takde masalah dengan cara pelaburan tersebut. Sebab pakcik teman yang duduk kat Michigan tu hidup dengan pelaburan Internet. Elok jer dia. Takder pun pengharaman skim nih di America dulu. Cuma tidak digalakkan. Sekarang teman idak la tahu aper ceritanye sebab pakcik teman tu dah arwah. Duk bujang lak tu kat sana. Yang tahu umah mak dia udah bertingkat-tingkat.

Semasa Dr Maza di Perlis, dia diperalatkan oleh MB ketika itu Syahidan Kassim. Semasa tu sebenarnya Syahidan Kassim tengah berusaha nak cipta satu skim semacam dengan Swiss Cash nih kat Perlih. Cite nih diceritakan oleh orang Perlih. So kebenaran cerita nih kome pegi cari sendiri. Teman percayakan cerita pakcik tu. So pada pendapat teman, Dr Maza nih seolah orang yang oportunis dan bagi teman dia cuma mahu meningkatkan kepopularan dia.

Tetapi disebalik itu, setelah dia mengambil keputusan untuk berhenti dan pergi menyambung pelajaran, persepsi teman adalah sedikit berubah. Tokoh gayanyer semacam beliau nih diperalatkan oleh Syahidan sebab dia masih lagi muda dan mahu meningkatkan imej. So teman bagi wild card kat Dr Maza.

Kalau dilihat daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS. Kalau kita lihat dari undang-undang, memang Dr Maza patut di tahan dan kena la dia menunggu tauliah daripada pihak yang berwajib nih. Cuma kalau kome nengok video nih, aku rasa macam tengok penangkapan Rasul Melayu atau pun nak mengangkap Nordin Mat Top. Kalau deme wat camnih masa mencari Rasul Melayu dulu takpe jugak ataupun masa nak menangkap Ayah Pin. Ini dah macam nak menangkap Ketua kepada Nordin Mat Top.

Bagi teman ini seolah satu penghinaan terhadap orang pernah bergelar Mufti. Andaipun kesalahan beliau tu memang salah, tidak la seberat orang yang mengajar ajaran sesat. Orang yang mengajar ajaran sesat lewat-lewat ini pun dapat layanan yang lagi baguih.

Memang patut ramai yang meloncat. Memang patut ramai yang marah. Ayah Pin masih bebas, Bekas Mufti ditahan dengan 30 orang Polis. Kalau kerajaan tidak masuk kate deme tak masuk campur abis siapa lagi. Cuma yang teman boleh pasti... Pengangkapan Dr Maza dengan cara yang BRUTAL ini, banyak bermotifkan politik. Tidak lain dan tidak bukan.