dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

17 November 2009

Aku bangga dengan 1Malaysia!!!


Teman sesungguhnya berasa amat bangga bila mendengar cerita yang populariti Najib telah meningkat naik dari 45% ke hampir 60%. Sokongan golongan bangsa India pun naik jugak dari 33-45% kepada 55%. Melayu pun sama jugak 4% daripada 53% sebelum ini. Sumber M3M di PerakExpress.

Teman kater WOW... hebat penangan kempen 1Malaysia nih. Orang dah mula percaya balik kepada BN dan UMNO... Kira dakyah 1Malaysia yang berasal daripada 1Israel (macam dalam artikel kat sini dan kat sini) nih dah berjaya menerap nilai-nilai perpaduan dan membentuk negara yang lebih aman dan makmur. Sungguh-sungguh bertuah teman jadi rakyat Malaysia nih.

Teman rasa dengan itu mike-mike semua patut berterima kasih dengan kepimpinan Najib Tun Razak dan kita semua patut menaruh kepercayaan penuh dengan kepimpinan beliau.

Terdapat beberapa lagi sebab-sebab kenapa kita patut memberikan kepercayaan kita yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Malaysia sekarang. Selain berjaya menceduk idea daripada kempen Ehud Barak tu, (mungkin kebetulan) kita juga berjaya merendahkan kadar CPI (corruption perception index) kita daripada 5.1 kepada 4.5. Angka ini amat membanggakan dan MEMBERANSANGKAN walaupun pada asasnya lagi tinggi lagi bagus. Usaha-usaha seperti menaiktarafkan dari BPR kepada SPRM dan daripada badan berkanun kepada salah satu parti kompenan dalam BN telah berjaya telah meningkat ranking daripada tangga ke 47 kepada tangga ke 56 daripada 180 negara yang diselidik oleh Transparency International (satu badan dunia yang mengetuai gerakan anti-rasuah di dunia) menampakkan kematangan kepimpinan Najib Tun Razak dengan kempen 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Dengan fakta-fakta ini memberikan kita semangat yang lebih jitu untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang anda cintai ini. (Sumber Mkini)

Di samping itu, peranan saudara-mara Najib Tun Razak juga memberikan sumbangan kepada kejayaan 1Malaysia ini. Pandangan yang sangat "positif" kepada sebuah lagi Parti Kompenan BN, iaitu PDRM, telah meletakkan hampir sepenuh kepercayaan kepada mereka dan meletakkan 1Malaysia sebagai negara yang paling selamat didiami. Ini adalah satu pencapaian yang sering diutamakan dalam kepimpinan 1Malaysia.


Rakyat pula semakin menyanjung tinggi kepada pihak PDRM yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat Malaysia demi menjayakan semangat 1Malaysia. Tahniah kepada KDN yang berjaya memberikan persepsi yang membanggakan kepada seluruh rakyat 1Malaysia. Tahniah atas pencapaian anda semua.


Dengan itu, teman menyeru kepada semua rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda kepada kepimpinan negara 1Malaysia ini agar kita semua akan terus didahulukan dan pencapaian dapat diutamakan. (Sumber statistik di sini)

p/s - Baca dengan mata, analisa dengan otak, iktikad dengan hati. 1Malaysia boleh BLAH

No comments:

Post a Comment