dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 November 2009

dasar automotif negara

berapa banyak dasar daaa. yang gua tau rege kete tetap mahal. kete lebih 15 tahun kena check puspakom bila nak renew roadtax.

beli kete baru. hutang bank 9 tahun (kalo keje cikgu boleh buat 10 tahun ngan bank rakyat atau bank simpanan nasional) 6 tahun lepas habih hutang nak renew roadtax pun seksa? penyudahnya beli kereta baru balik semula.

jangan terkejut kalo lepas ni ada peladang pandu proton baru keluar kedai untuk pergi kebun sebab nissan stanzanya tak approve masa pemeriksaan puspakom untuk renew roadtax.

yang seronok polis. tak payah berjemur tengah panas nak tangkap kereta tak de lesen. buat je roadblock jalan tanah merah menghala ke kebun orang kampung.

yang lagi seronok tak lain tak bukan kroni le. samada dapat kontrak francais puspakom atau dapat kontrak supply barang untuk bakal bakal puspakom baru nanti.

memang rakyat diutamakan....

p/s : jargon untuk dasar automotif negara adalah NAP. NAP dalam bahasa PPSMI????.... he he he i rest my case la if u think what i think

wa chow sin

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kereta yang sudah 15 tahun lebih banyak, makan juta. Berapa caj nya sekali pereksa? = pendapatan kasar negara , mula tahun depan.

pak din pg.

dugong_darat said...

NAP...???

Tidur sekejap kut...

peihong said...

ikut statistik ada la dalam 2.7 juta kereta lebih 15 tahun.

patut statistik kena detail lagi.

berapa ramai pemilik asal? bukan baru beli tahun lepas atau 2 bulan lepas. ada sesetengah kereta sampai ruang nama owner kena sambung kat kertas A4

berapa ramai pemilik yang dah pencen? guna kereta untuk pi masjid dan pasar malam je?

adakah syarat baru ni (jika dilaksanakan) melibatkan semua jenis kereta? pemilik kereta nasional macam mana?

apa pun kita tunggu dan lihat sebab ianya masih dalam perancangan.

sementara tu boleh la take a nap.

Post a Comment