dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 December 2009

desakan letak jawatan Presiden PAFA?

bila teman baca kat laman artikel "tidak timbul isu letak jawatan presiden PAFA" di Perak Express terus sahaja datang soalan kenapa ada desakan untuk Presiden letak jawatan

Presiden PAFA Dato' Seri Haji Muhammad Nizar (teman guna DSN bila sembang ngan kekawan; nampak stylo sikit) di sidang media selepas mesyuarat PAFA. Ajengan kena je lokasi DSN duduk dengan backgound.

1. kenapa ada desakan? sebab ada yang teringin jawatan ni kot

ini kot yang teringin jawatan Presiden PAFA tu?

hehehehe maklum la MB negeri BN semua secara automatik jadi Presiden Bolaspak kan kan kan. Jadi bila tak jadi presiden pafa rasa macam ada yang tak kena. tido pun tak lena. mandi pun tak basah. makan pun tak kenyang.

2. kenapa ada desakan? sebab bila DSN tak letak jawatan maka bila sampai tempohya nanti akan diadakan pemilihan. bila ada pemilihan akan ada pengundian. hehehehe takut bila bertanding nanti yang diundi masih DSN. fuh mana nak letak muka beb kalo kalah?

jadi kena la buat desakan suruh letak jawatan. baru la boleh menjadi presiden PAFA dengan jalan mudah dan bergaya. lepas tu boleh buat hutang bertempek tempek kat PAFA kan kan kan...

bak kata kawan teman; APA KOME INGAT ORANG UMNO JE YANG TAU MAIN BOLA? NTAH ENTAH BOLASEPAK NGAN BOLA RAGBI PUN TAK KENAL?

cis EMO la pulak kawan aku ni....

wa chow sin

No comments:

Post a Comment