dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 December 2009

Macam-macam le deme nie...

Tertarik jugak "aku" dengan isu Tok Guru Nik Aziz perihal doanya kepada PM 1 Malaysia. Gerun gamaknya Si Najib nie bila ada ulama yang berani mendoakan dia macam tu. Sedangkan ulama-ulama upahan UMNO yang lain tiada yang berani untuk mengatakan demikian. Jika diberinya sesuatu kenyataan pun secara berlapik demi menjaga periuk nasi dan bukannya atas harga diri selaku mereka yang arif dalam bidang keagamaan.

Tok Guru hanya mendoakan andainya Si Najib enggan berbuat apa-apa perihal wang milik rakyat Kelantan itu. Doa untuk memberikan peringatan kepada Najib agar sedar tanggungjawabnya sebagai pemimpin Negeri Orang Islam. Hasil penjualan minyak tu kamu semua suku-sakat UMNO yang balun. Pemberian wang ihsan seperti yang dilaungkan hanya melalui orang-orang UMNO sedangkan Kerajaan Negerilah yang paling berhak untuk menerima wang tersebut. Dengannya dapatlah kerajaan pimpinan Tok Guru melaksanakan progam-program yang telah dirancang demi kebaikan rakyat negeri Kelantan seluruhnya.

Akibat tidak berpuas hati dengan perlakuan Tok Guru maka ramailah yang berkumpul di jalanan (dia orang takut menggunakan perkata demonstrasi, nanti disamakan dengan Parti Pembangkang). Mulanya media melaporkan 200 orang yang terlibat. Tiba-tiba jumlahnya meningkat pula kepada angka 1000 orang. Agak-agaknya media-media arus perdana pun telah terkena tempias daripada Tok Guru sehinggakan otak yang ada tidak mampu mengira dengan baik. Perhimpunan itu direstui pula oleh pihak berkuasa. Kalau pada pihak pembangkang, adalah yang dipancut dengan air oleh anjing-anjing kompeni yang sememangnya begitu perangai dan perlakuannya. Lebih-lebih lagi kepada pihak pembangkang.

Memo...
Kalau dia orang semuanya boleh tapi kalau pembangkang, semuanya jahat. Macam inilah kut perangai British masa manjajah kita dulu. Maklumla aku tak dak lagi masa tu. Kalau ada mau aku ikut berjuang dari dalam hutan. Mau jugak le aku dicop sebagai....??? dan tidak dibenarkan memijak bumi tercinta ini gamak-gamaknya yek.