dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 December 2009

Sebab mulut, pulut pun habis

Sebab pulut, santan binasa,
Sebab mulut, pulut pun habis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1Malaysia...

Pertamanya teman mengucapkan Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan blogger dan juga rakyat yang menganut agama Kristian. Moga-moga kome berbahagia pada hari besor kome ini. Kalau ader hadiah lebih jangan luper pos kat teman.

Semalam dan hari ini teman idak kemana sebab Big Boss takder program. Jadinyer teman mengambil kesempatan untuk main game dalam facebook yang dulunyer menyebabkan ader orang tak puas hati dengan teman. Maner taknyer, siap ader akar tunjang tumbuh beb... Bukan aper yang jadi main game tu, teman tengah edit dan render tazkirah Big Boss. Sambil tunggu render tu abis (mau dekat 4 5 6 jam tu selesai) teman pun main la game... By the way... ader sesiapa lagi yang main game kat facebook tu join-join la teman nih... Anto hadiah bebanyak... heehehehe

Lupakan bab itu... sambil-sambil teman jalan main game dan baca blog kawan-kawan, terbaca ulasan yang gila babas kat beberapa blog apabila satu orang yang sapa dalam Malaysia tak tahu deme nih kuda tunggangan UMNO, sound satu orang yang pernah masuk ISA sebab cakap lebih pasai satu orang MELAYU yang kene rogol dek satu orang UMNO. Kome boleh baca kat sini...

Cuma sebab deme nih kuda tunggangan, so deme boleh sound sesuka hati deme jer... Biasa la tu... Tetapi setahu teman dari mula sejak En. Mendiang TBH tu dijumpai mati, sampai ke sekarang tanyer la saper pun yang selain daripada penyokong UBN, akan cakap mendiang tu kene bunuh... bahkan kalau ditunjuk kepada kanak-kanak sekolah tadika yang mempunyai IQ lebih daripada 100 pun akan berkata perkara yang sama... TBH kene bunuh... TBH kene bunuh... TBH kene bunuh...

Hakikat sebenarnya, teman beranggapan ini adalah statement permulaan sahaja daripada kuda-kuda itu. Bila dah sound, kalau masih cakap lagi mau kene masuk ISA balik LGE tu... teman tak berapa tahu script yang deme guna masa pertama kali sumbat LGE dalam ISA dulu, tetapi bunga-bunganya macam nak berulang kembali.

Ok. Nampak sangat teman nih bias. Takpe... Teman tak nafikan yang penyataan dalam paper UTUSAN tu salah. Sikit pun tak salah. Memang kalau ikut undang-undang tak boleh nak bicarakan butiran kes semasa ia masih dalam siasatan. Cuma yang teman conpius nih, LGE nih lawyer keluarga TBH ker yang menyebabkan dia tak boleh bercakap langsung pasai TBH. Sebab ia masih dalam inkues. Teman rasa ramai bebenor orang dalam 1Malaysia nih akan disabitkan dengan Akta Hasutan nih kalau tak langsung cakap pasai TBH. Habis orang kat Anje tu kene rembat dengan deme sebab sembang pasai TBH.

Letih letih....

Ok. Ader satu perkara tiba-tiba mengganggu fikiran teman... AKTA HASUTAN... Teman berperasaan yang akta ini semacam... akta yang kuno... Akta ini seolah menyatakan bahawa rakyat Malaysia nih senang benor mempercayai hasutan dan akan bertindak berdasarkan hasutan tersebut... Setahu teman sejak teman nih berakai sampai la ke saat teman nulih artikel ini, tak pernah pulak teman dengor ader rusuhan berlaku. Tunjuk perasaan ada. Demostrasi ada. Rusuhan takde. Tak tahu lak teman kalau ada. Kalau rusuhan ini setahu teman, akan berlaku keganasan. Ada berlaku kerosakan harta benda oleh perusuh. Kalau masa 1 Ogos masa himpunan Anti-ISA tu, yang menyebabkan rete mende rosak adalah pihak FRU sendiri. Nembak water canon tu sesuka hati. Teman ada disitu dan teman saksikan sendiri. Kalau dibiorkan deme tu berarak sampai ke Dataran Merdeka, tak mende pun yang akan rosak. Peniaga siap boleh buat duit lagi time tu.

So berdasarkan apa yang teman faham tentang keadaan di Malaysia sekarang ini, Akta Hasutan adalah satu akta yang tidak lagi relevan. Kalau apa yang LGE cakap tak betui, cakap la tak betui. Kenapa nak gunakan undang-undang untuk senyapkan Ahli Pakatan Rakyat. Sedangkan ramai lagi ahli UMNO, penyokong UMNO yang sering kali dan sentiasa melanggar Akta Hasutan. Jangan tanya pasai bukti, kalau tak sanggup nak ambil tindakan.

Kalau nak diikutkan UMNO tu sendiri patut di Akta Hasutan kan kerana ia parti yang rasis. Pernyataan setiap kali persidangan adalah rasis. Setiap kali julang KERIS tu adalah rasis. So itu dah termasuk dalam pernyataan yang melanggar Akta Hasutan. So macam mane sekarang???

No comments:

Post a Comment