dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 January 2009

Bukan Membeli Undi????

Teman terbaca di dalam satu media cetak..

Ada satu tajuk yang menarik teman untuk membaca..

Berkatalah di dalam artikel tersebut..

Bahawasnya bantuan yang diberikan..projek2 yang d janjikan..

Bukanlah untuk membeli undi..hanyalah sekadar menjalankan amanah pemimpin untuk negeri..

Hermm..hanya yang buta politik shj yang akn ckp mcm tu..

Dengan budak sekolah blhla cakap mcm tu..

Hampehhhhhh..

Apakah Kesudahannya????

bumi Palastine terus bermandikan darah..
yang tak berdosa terus menjadi mangsa..
ibu bapa kehilangan anak2..
kanak2 menjadi yatim piatu..
sedangkan negara Islam terus kaku..
pemimpin2 Islam hanya mampu mengutuk..
hanya mampu menangisi..
hanya mampu memboikot..
apakah kesudahannya..
apakah..????

pengat pilihan dugong

PENGAT DURIAN



Bahan-Bahannya

2 mangkuk isi durian

1 biji kelapa parut

2 keping gula melaka

2 senduk gula pasir (mengikut rasa)

2 helai daun pandan

Sedikit garam


Cara Membuatnya

1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.

2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.

3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.

4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.

5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.

6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.

7. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.

virus merah jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu.

Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file ImanCintaIlahi. Exe atau file ImanRajinIbadah. doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun, dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi?

Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menombor satukan cinta pada sesama manusia, dan menombor duakan cinta pada Ilahi.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan disket anti virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan.

Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli disket installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah install, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih.

makna tersembunyi

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi: - kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"

Hari Yg Mendung Tetapi Ceria


herm..smalam mmg sehari suntuk ujan..daripagi bawak ke mlm..


walaupun ujan x henti..tp teman dgn rerakan tetap juga meneruskan aktiviti yg telah d rancang..


iaitu memburu ikan tengas..hehehehehe..berjaya juak dpt dlm lima ekor ikan tengas..


yg paling bestnya..teman dpt yg paling besor antara rakan2 teman yg g mancing smalam..


memang x sedar weih masa tu berlalu..sedau2 udah jam 3 pagi..


balik mancing singgah jap kat kelab anje..pekena maggi pastu baru balik umah..


pas ni nak wat lagi trip g memancing..adios..


rock

Black, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu lepak di Larkin Flat. Selalu rockers ini akan berkumpul ramai ramai dan ditemankan gitar tong. Biasa lah.. kalau dah bercampur,salah satu ada perangai macam setan.

Black mula terpengaruh dengan ganja. Nak diikutkan, Black ni budak baik.. tapi semenjak dia dah berjinak-jinak dengan drug ni, dia semakin liar. Selalu mata dia kuyu semacam aja, kalau dia tongkat dengan lidi mancis, mungkin patah lidi tu. Di pendek kan cerita, satu petang bila Black dah "pekena" dia pun kata kat geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".

Black pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Masa tengah jalan kat koridor menuju rumah dia, Black terdengar ada suara memanggil dia. Black toleh ke belakang tapi satu ekor bayang pun tak ada. Dengan mata serta muka dia yang dah "high" dia jenguk pula ke bawah!

Perasan dia, dia nampak ada satu minah cun gila lambai-lambai dari bawah blok. ntah macam mana, Black tiba-tiba panjat tembok kat koridor tu sambil balas lambaian minah yang dia nampak dibawah tadi. Tak diduga, Black terjatuh dari tingkat 15. "Gedebuk!" (rasa-rasa macam tu lah sound effect kalau orang jatuh dari flat).

Members dia yang masih dibawah blok terperanjat berok bila diorang kenal orang yang jatuh. "Oiiiiiiii.. Black lah jatuh!!" "Eh!... . dia masih hidup lah!" Salah satu members Jack dengan pantas talipon Polis.Tak sampai 10 minit Polis dengan Ambulance pun datang kat tempat kejadian tu. Polis dengan ambulance attendance pun heran macam mana Black boleh survive.

Setelah Black di angkat kedalam ambulance, Black sempat mintak air dengan ambulance attendance. Masa memberi air, attendance tu pun tanya kat Jack... "Macam mana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengar muka Sardine dan yang masih stim tu lagi, Black jawap...

ROCK WIL NEVER DIE!!!!!