dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 January 2009

Our Nation Still Ok... (Part 4)

Bila teman baca news nih...
Nak menitik ayor mater pun ader...
Teman tak paham...
Kalau betui ekonomi kita ok macam Dato' Najib dakwa tu...
Kenapa masalah macam nih bleh timbul...
Memang suka tipu rakyat betui la...
Tak boleh ker mengaku jer negara tengah gawat...
Jalankan terus apa jua tindakan memulihkan ekonomi...
Jika miké kater ekonomi kita ok...
Maka miké masih tak mahu...
Ambik aper-2 tindakan untuk memulihkannyer...
Atau nak tunggu semua wanita yang desperate nih...
Jadi pelacur sebab desakan ekonomi...
Sebab Dr Mashitah kater boleh...

PALA HOTAK KO LA...

Our Nation Still Ok...(Part 3)

kah kah kah...

kalau kome baca news kat sini...

ader sesetengah antara kome akan gelak gulin-2 sama cam teman...

ada juga yang makin basah kepalanye disiram ayor kencin menteri kewangan...

percayakan labun menteri tu...

udah-udah ler tu...
kalau dah tak pandai nak manage...
turun jer dari jawatan tu...
kalau tak nak turun jugak...
lantik jer deme nih tolong...

kah kah kah kah....

Our Nation Still Ok... (Part 2)

Teman nih masih dikategorikan muda...

Sebab aper muda....
Masih takder anak nak kene anto gi sekolah...
hehehehe....
Zaman teman sekolah dulu pun...
Tak kene naik bus...

Namun demikian...
Teman ader kawan-2 yang nganto anak nyer ke sekolah...
Teman dapat rasakan betapa susah hatinyer deme...
Bila baca berita macam nih...

Oleh yang demikian...

Teman ingin menuntut balik pernyataan sorang menteri...

OUR NATION STILL OK...
NO PROBLEM...

pala hangguk ekou OK...
Cit penipu bangsa.......

Tabung Haji

Ermmm...

Bila anda baca balik post teman sebelum nih...
Agak musykil bila mende nih berlaku...
Seolah-olah negara makin ketandusan kewangan...
Adakah disebabkan pengurusan wang yang teruk...
Kalau teruk sangat bleh kut appoint syarikat nih tolong...

Persoalannyer...

Semua harga sawit mentah dulu mahai gile...
Adakah keuntungan tu masih sama???
Jika keuntungan meningkat, masih tak boleh cukup kah...
Untuk menguruskan pentadbiran haji hingga nak tarik balik subsidi...
Aper anak syarikat Tabung Haji nih buat...???

Pelik tapi benar...

p/s teringat balik cerita dulu kala...Tabung Haji tersalah ambik nasihat pergi beli saham syarikat Minuman Keras... apa punyer tur...

Jika disebaliknyer

Seperti yang dijanjikan...
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh...
Hari ini melepaskan...
Semua jawatan beliau dalam kerajaan...
Beliau mengotakan janji beliau...
Setelah dipilih untuk mewakili...
BN dalam PRK P036 Kuala Terengganu...
Di mana penamaan calon akan diakankan...
Pada 17 Januari ini...

Ok dia dah tunaikan janji...

Bersempena dengan itu...
Timbalan Perdana Menteri kome nih...
Dalam statement beliau...
Akan diambil semua ke jawatan yang dilepaskan...
Jika beliau menang pilihan raya akan datang...

MASALAHNYER ITU KALAU MENANG...
KALAU KALAH...???

Itu pun nasib kerusi yang dipertandingkan...
Adalah kerusi parlimen...
Kalau kerusi ADUN...
Ingat tentu di'offer' post Menteri Beso lak...
Atas nasihat abg KJ...
hik hik hik...

Tak panas ker Datuk Idris???

Thing to refresh your memory

Who is Wan Farid???


Quated from this article..
Remember...this a 2 year old article...

Promote Wan Farid to a higher position

Wan Mohd Farid Wan Salleh is Khairy’s new ally in the PM’s office. As Political Secretary to the Prime Minister, Wan Farid has taken on the role of Khairy’s unofficial gatekeeper in that office. Whereas Khairy himself used to play this role, he is now too busy to do so and trusts Wan Farid, the 42-year old politician from Terengganu, to be the toll-collector from businessmen who seek the Prime Minister’s stamp of authority for their projects. Wan Farid has been so successful at this that he is soon to be made a Senator, and if word on the ground is correct, he will soon ascend to the office of Minister, where he is then expected to be totally indebted to Khairy.

Already Wan Farid has been instrumental in securing a large chunk of Terengganu oil royalties for a pet project of one of Khairy’s businessmen friends, Patrick Lim. The businessman, who flies Khairy around in his private jet, recently obtained RM89 million from the Terengganu Special Fund, without having to refer to the Menteri Besar, Idris Jusoh, or the State Exco. It was Wan Farid who did the deal and ensured that Khairy got his appropriate cut. The money was supposed to be allocated towards development projects for the poor, but has instead gone towards building a tourist complex, shopping mall and condominiums. Inflated by over 40%, the Chinese businessman has allocated a sizeable portion of the profit to Wan Farid and Khairy.

One of the major movers and shakers of 2006 will be Wan Farid. Khairy is now contemplating whether he should be more prominent and be made a minister, or continue to play a background role, thereby ensuring lack of public knowledge over the secret goings-on in Abdullah’s office. Either way, both men will become richer by the millions in this New Year.

p/s picture is not related to any accusation of him singing with GRO...just merely his GOOD site of him

Maner tindakan...???

Daripada post teman yang sebelum ini...
mengenai akta dan peraturan...
Jika benar seperti yang ditulis oleh post ini...
Yang berpandukan kepada kenyataan akhbar ini...
Calon BN nih banyak melanggar akta dan peraturan SPR...
SPR lak kuar statement nih...
Menguatkan lagi supaya deme nih...
Kene buat keje...

Aper lagi...
Buat le krojer...!!!

read one more...

Akta dan Peraturan yang ada di SPR

Teman cuma qoute daripada laman SPR tentang Akta dan Peraturan Pilihanraya...

Apa itu tempoh berkempen...???

Di bawah AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 Bahagian 1, menyatakan:

“tempoh berkempen”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian piihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi.

Di bawah akta yang sama di bahagian 4 menyatakan:

Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya

24B.

(1) Tertaluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.

(2) Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan pejabat-pejabat di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi maksud kempennya dalam sesuatu pilihan raya.

(3)Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen:

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka; atau

(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka, di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

(4) seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia:

(a) memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri itu; dan

(b) telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

(5) Apabila diterima deposit di bawah subseksyen (4), Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah memperlakukan wang yang dibayar sedemikian mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang semasa.

(6) Tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan, bahan kempen pilihan raya termasuklah apa-apa iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara.

(7) Tiada seorang pun boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan atau melekatkan apa-apa bahan kempen pilihan raya dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi.

(8) Apa-apa bahan kempen piihan raya yang dipamerkan atau dilekatkan hendaklah dibersihkan oleh seseorang calon atau ejen piihan rayanya dalam masa empat belas hari selepas hari mengundi dan jika calon itu atau ejen pilihan rayanya tidak mematuhi subseksyen ini:

(a) deposit yang dibayar menurut subseksyen (4) hendaklah dilucuthakkan dan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan; dan

(b) Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah menyebabkan dibersihkan segala bahan itu dalam masa yang munasabah dan kos pembersihan bahan itu hendaklah dibayar daripada jumlah wang yang dilucuthakkan di bawan perenggan (a).

(9) Jika kos pemberishan bahan yang disebut dalam perenggan (8) (b) melebihi depesit yang dilucuthakkan di bawah perenggan (8) (a), perbezaannya hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh calon itu kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan daripada calon itu dengan sewajarnya.

(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(11) Sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Manakala dalam Artikel Proses Pilihanraya di Malaysia di nombor 15 menyatakan pula

KEMPEN

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
  • Pengedaran risalah dan surat;
  • Poster;
  • Ceramah tertutup dan ceramah umum;
  • Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

So???

Our Nation Still Ok...

Hohohohoho...

Our nation still ok...
No problem...

kome ingat tak statement saper nih...???
lepas tu kome bandingkan dengan news nih...
yo yo oooo jer...

heheheheheh...

nak salahkan sumber pelaburan lak...
kenapa taknak salah diri sendiri...
kenapa tak kater kami silap buat pelaburan...

keh keh keh keh...

kalau dah ditarik sepenuhnye...
baik pegi ikut travel agensi...

ha...
bukan nak saje nak promosi...
so far dah proven...
satu company nih bagus managementnyer...
saper nak tahu bleh roger-2 teman...
hohoho...

teman takder le kaya atau ongkos banyak...
bonde teman pegi haji 2 tahun lepas...
hassle free la...
tambah pun cuma RM 3ribu jer...

so?????

Jangan Tidor Lagi...??? Masa bila yang bangun nyer...???

kah kah kah kah...

kui kui kui kui...

gelak sambil gulin-2...

sebab takut dimalukan la nih kut...
satu desperate post telah dibuat...
maklum la...
sogok dah macam-2 dapat...
ada yang siap ugut kalau tak menang...
projek takkan jalan...
lagi sorang lak...
nafikan....

hah hah hah hah...

tu la pasai...
jangan kempen orang lelebih...
orang KT bukan nyer bangang...

buahahahahaha....

mungkin teman agak gelak gulin-2 lagi lepas nih...

hik hik hik hik...

Poster Kene Gari

Heran pun ader...
Alasan deme...
Penampalan poster tersebut...
Membawa satu hasutan...
Yang boleh membawa kepada kemudaratan awam...

Masalahnyer...
Sebetui nyer siapa yang mudarat...
Siapa yang dimudarati...
En Najib ker???
Kalau tak buat???
Kenapa rasa mudarat???
Takkan orang awam yang bunuh???

Pelik tak???

Kisah Awek Cun tapi Sombong

Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi..

Sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku soundnyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..pehhhh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun
teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa..

tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.

Diaorang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik...

Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak
kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......

Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie?????????

Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik.. Bodoh ker aku????

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..

Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun aenyap.........aku tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong
dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..

tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........

Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut.

Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolongdia..mana saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you,apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa....

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik...

office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI
MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNA PUNYA LAKI",

Itulah kata kata dia kat aku.............

Dia tekan aku...

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler.

Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "APA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam opis tuh.....

selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."


Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun bengang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "Apa ko ingat ko bagus??? nak report aku..... aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia terdiam..

"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

aku pun nak jugak amik...

so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat........

aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."



HAHAHA...MESTI SEMUA TENSENN...JGN MAREEE..

melampau betul drama ni...

Use Your Brain

When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn't work at zero gravity. (Ink won't flow down to the writing surface) In order to solve this problem, they hired Andersen Consulting (Accenture today). It took them one decade and 12 million dollars. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, under water, in practically any surface
including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees °C.

The Russians used a pencil...

hehehehehehe...

Pengajaran tuk yang duk kat tampuk pimpinan Malaysia... dengan harapan deme dah boleh faham... "The Difference Between Focus on Problems and Focus on Solutions"

Just a joke...

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na...ma sa... Aisyah"

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu,"
Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu.

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

KITA SEBENARNYA. . .

Kita sebenarnya......
lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......
lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya......
lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya......
lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya......
lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......
lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......
lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......
lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......
lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

Kita sebenarnya......
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......
lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab

bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??