dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 January 2009

Boleh Ke?

Teman rasa isu boikot barangan ni dah lama..
Dulu lagi dah d buat kempen ni..
Persoalannya..blh ke kita..yg mana dah lama hidup bersandarkan barang2 dema ni..
Kalau kita bersatu hati mmg blh kita boikot..masalahnya x ada..dan sebenarnya x ada kesan pun..
Jika benar2 ada kesan..mesti pihak2 yg berkenaan akan risau..sbb apa???..sbb jka kempen bikot memboikot ni berhasil..dan ada kesannya..
Tapi setau teman..dema pun x risau ttg kempen ni..sbb dema tau..dulu pun penah buat..dan keputusannya..x ada apa2..

p/s:itu dua artis pun kena boikot jugak kot peihong..

Misteri Sebuah Kehilangan

Memandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa rela ku, aku telah diberhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas.

Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja ke atasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri. Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar2 malam sekitar Pulau Pinang. Lantaran kehilangan kerja & masalah mendapatkan kerja baru, dengan bermodalkan wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas
untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje.

Dari 1 pasar malam ke 1 pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan 1 tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.

Senang aje hal2 nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada 1 hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah2 drive cuma guna kereta sorong aje. Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula.

Entah agaknya hari tu cukup bulan, aku tengok ramainya orang berduyun2 datang shopping, dari tokwan, nenek, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. Wah... seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk.

Tiba2 dengan tidak semena2 aku rasakan perut aku memulas2 ketika proses jual beli sedang rancak berjalan. Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet mak ayahku pun sibuk gak.
Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak melepas ni so bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'.

Tanpa segan & silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari ke rumah & terus melulu ke toilet & pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler.

Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. Yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam
kabut aku ambik saja spender lain dalam almari & pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai, tak menang tangan mak ayahku. Lepas habis pakai seluar aku pun cargaslah berjalan ke semula ke tapak gerai aku tu.

Tapi masa on the way tu aku tengok banyak mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu.

Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang 1 macam kat aku.

"Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu?".

"Topi ? mana ada mak".

"Tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari ke atas kepala aku. Aku pun pegang ler. Korang tau apa dia? Benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler......

Aku sangkut kat kepala masa kelam-kabut tadi, lagi pun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... Adoi, aku tengok berdekah2 orang kat keliling tu gelak kat aku.... Patutlah dari tadi orang dok ushar 1 macam kat aku. Malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu. Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan.....


Moral of this story : Buat ler penyangkut seluar dalam jamban anda.

boikot barangan Israel

nak detail kat sini

Kalo nengok kan list mau juling mata
ada beberapa nama yang terkena kat batang hidung teman sendiri

Intel, Nestle, Hugo Boss, Ambi Pur, Time, Nokia, 20th Century Fox, Star, dan beberapa lagi semuanya terkena batang hidung sendiri.

Tapi teman menulis bukan apa sebab kalo tak silap teman Datuk Siti Nurhaliza, Fasha Sandha dan beberapa artis lagi menjadi duta kepada beberapa barangan yang dalam list. Deme ni kena boikot jugak ke?

Apa cite pulak dulu angin angin tentang PDRM bekerjasama dengan syarikat Israel yang membekalkan alatan komunikasi?

Kalo baca disini lagi banyak yang perlu diboikot.

Persoalannya adakah kita sudah bersedia?
sudah bersedia untuk membongkar?
sudah bersedia untuk memboikot?

kempen beli barangan buatan malaysia

Teman ingat lagi kempen ni
5-6 tahun dulu ianya dimulakan
lepas tu terus senyap
teman ingat kempen ni terus berjalan

ye la asai nengok kat jalanraya
jenuh la nak asingkan
kereta proton dan perodua
dari kereta import

rupa rupanya kempen ni tenggelam sekejap

biasa la orang Malaysia
bila ekonomi dah meleset
bila pertumbuhan ekonimi terbantut
kempen ni dimulakan balik

kenapa kempen ni
ada tempoh bertenang
kenapa ianya tidak berterusan

mungkin masa kempen ni berehat
orang Malaysia
tidur atas duit kot

senyum kambing versi anje online

bakal pm terlupa

DS Najib bagitahu pada orang Kuala Terengganu
Kalo nakkan timbalan menteri sebagai wakil rakyat
undilah barisan nasional

aik
dia lupa gamaknya
yang dia bakal PM
bukan PM

Bila masa pulak bakal PM boleh lantik timbalan menteri?

Woi PM pi mana aaaa????

TIDOQ KA?

oooo takut ye

Datuk Seri Najib Tun Razak kata
Pakatan Rakyat kena guna isu local sahaja
tak boleh guna isu national
sebabnya ini pilihanraya kecil je
bukannya pilihanraya umum

Jenuh teman pikio ngapa
statement ni dibuat

lepas bergelas gelas ayo teman minum
teman teringat kat seseorang
bukannya rakan penulis blog ni yang masih di Bali
tapi kat orang umno yang baru jai orang pas

Cis DS Najib takut ngan Datuk Zahar Hashim
ye la kan ke Datuk Zahar ni
yang kecoh pasai eurocopter
tu yang keluar statement
sila guna isu tempatan
rupanya dia TAKUT

Just a joke...

Jepun dan Pemandu Teksi

Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong jepun yang baru melawat
kuala lumpur buat pertama kali. Pemandu itu membawa mamat jepun itu ke seluruh kuala lumpur.

Tiba di midvalley megamall, mamat jepun itu bertanya "berapa lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?"

Pemandu itu menjawab, "2 tahun"

mamat jepun itu pun berkata dengan sombong," kalau di jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke tempat lain pula. Tiba di di KL Sentral, mamat jepun itu bertanya lagi,"berapa lama pula tempat ini disiapkan??"

Pemandu itu pun menjawab "11 bulan sahaja" (cuba menipu)

mamat jepun itu pun berkata "kalau di jepun, tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja..".

Pemandu teksi yang geram dengan mamat jepun yang angkuh itu memandu ke KLCC, dan sekali lagi mamat jepun itu bertanya "bagaimana pula dengan bangunan ini....?"

Pemandu itu buat buat terkejut dan berkata...

"eh,eh semalam tak ada pun bangunan ni,bila pulak dibina...?"

buat pelaksana dan penegak undang undang

jenguk jenguk le kereta besar bercermin gelap
tengok juga kereta yang beremblemkan MENTERI
jangan lupa usha kereta yang menggunakan warna merah di no pendaftaran
tahan le juga kereta besar dengan pendaftaran single number

jangan asyik melihat penumpang dibelakang sahaja
sedang yang didepan usah kata tali pinggang kaledar
tali pinggang seluar pun tak pakai

jangan asyik melihat kereta rakyat biasa je
sedangkan rakyat luar biasa lupa dimana letaknya tali pinggang kaledar belakang
silap silap yang pakai hanyalah pemandu sahaja

Sebut pasai pemandu
rasanya semua MENTERI guna pemandu
Abih MENTERI yang duduk di belakang tu
pakai ke tali pinggang kaledar?

Tengok, jenguk, lihat

jika perlu SAMAN.

3-1

hoh..Perak kalah dlm perlawanan kedua liga super 2009..
Hehehehehe..teman x heran..sbb Perak semua pemain muda..yg mana perlu menimba lagi banyak pengalaman..tp bagus jugak..sbb sumer pemain mude2 belaka..
Cuma perlu teruskan aksi yg konsisten..apa pun slmt maju jaya pasukan bolasepak Perak..
Yob 4 Everrrrr....