dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 January 2009

saman

Lepas kena saman, Encik Edward amat tegas dengan undang undang pemakaian tali pinggang belakang

famous

perghhh boleh le bawak balik kampung

SALUTE!!! sambungan

sambungan dari post ini

Graduan UTM Penerima PHD Termuda

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda pada Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru. Beliau yang dimaksudkan adalah Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25 tahun.

Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik ini dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2003.

Beliau telah diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu di peringkat sarjana.Disebabkan pencapaiannya yang cemerlang pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM telah bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.Sharifah Rafidah kini dilantik sebagai pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

Sesungguhnya pencapaian beliau ini mampu membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri setanding masyarakat antarabangsa dalam bidang akademik. Kejayaan Dr. Sharifah Rafidah telah menaikkan semangat para pelajar di Negara ini untuk mencapai kecemerlangan seperti beliau. Iltizam dan semangat yang ditonjolkan oleh beliau untuk mencapai kecemerlangan ini juga boleh dijadikan motivasi dan iktibar buat seluruh rakyat Malaysia bahawa tidak mustahil untuk mencapai kejayaan kerana “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Syabas buat Dr. Sharifah Rafidah

profile

senyum kambing versi anje online

F9

background gelap
font hitam
kena highlight baru boleh nampak
memang F9 la lu

SALUTE!!!

gawat dan duit

Dalam keadaan ekonomi yang gawat ni
adalah eluk sekiranya kita mengambil langkah berjimat cermat

tapi lain pula senarionya di Kuala Terengganu
duit yang datang melimpah ruah
projek yang lulus bertalu talu

salam kanan duit
salam kiri duit
genggam bawah projek
genggam atas projek

ini dalam keadaan gawat
atau ekonomi meleset
kalo dalam keadaan ekonomi teguh
ekonomi masyhur
ekonomi mewah
bagaimana pula belanjanya?

nasib baik le pilihanraya kecil
kalau 17 januari ni pilihanraya umum
gerenti Malaysia akan muflis selepas pilihanraya

Mari Membeli GPS

Untuk yang budget ngam ngam untuk satu je

Kalo dah ada budget lebih pulak

Petua OTAI

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba....

first time oooo

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda.

Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan? Mata anda digenangi deagan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.

Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda
dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor, kerana mencabut gigi anda. Terimakasih doktor. . . . .

10 hadiah terbaik

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian : Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan : Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita

Just a joke...

Ah Huay went for a job interview to be a secretary.When the manager saw Ah Huay's colorful attire and gold & white highlighted hair, his mind is screaming " NOT THIS WOMAN".

Nevertheless, he still had to entertain Ah Huay. So he told Ah Huay, "If you could form a sentence using the words that I give you, then maybe I will give you a chance! The words are GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE and BLACK".

Ah Huay thought for a while and said: " I hear the phone GREEN, GREEN, GREEN, then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiyah, wrong numberlah.... Don't PURPLEly disturb people and don't call BLACK, ok? Kum siah."

The Manager fainted.