dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 February 2009

sebelum deme kenekan kite

tajuk post ni antara tagline yang teman suka...
kalo diingat tagline line adalah dari filem nasib do re mi (kalo tak silap)
bila dipikiokan kena la pulak tagline ni dengan senario politik negeri Perak

bila deme pujuk (dibaca : ugut) 2 orang exco yang dituduh rasuah
deme ingat deme boleh buat 2 orang exco tu paling tadah
deme ingat deme boleh beli maruah 2 orang exco tu
deme ingat 2 orang exco tu bangang gamaknya

2 orang exco tu dah tau walau bagaimana sekali pun keputusan makamah
deme akan kena letak jawatan atas desakan politik pembangkang negeri Perak (dibaca : BN)
jadi sebelum deme kenekan kite, kite kenekan deme dulu

Jadi 2 orang exco tu rela hati meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan masing masing. Surat letak jawatan dah diserahkan kepada Speaker DUN Negeri Perak. Esuk tunggu pengumuman rasmi kerajaan negeri Perak. Pengumuman rasmi SPR rasanya hari Selasa baru ada sebab esuk Wilayah Persekutuan cuti sempena Sambutan Hari Wilayah

Penyudahnya pembangkang di Perak (dibaca : BN) tepuk dahi. Kena cari dana untuk gula gulakan pengundi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering. MAklumle nanti nak ada pilihanraya kecil. Seronok le kontraktor kelas F di dua DUN tu. Banyak projek Yeop.

Fuh tahun 2009 ni penuh dengan PRK la pulak.

LAWAN TETAP LAWAN

Siapa kenakan siapa? Tepuk dada tanya diri sendiri

wa chow sin

Ajengan Handei

Yang selalu teman bising bising kan... setakat demo/boikot apa barang..... buat apa beli kapal selam dan sukhoi kalo setakat simpan sampai karat.

Bukan semua keganasan perlu dibalas diplomasi.... ada setengahnya keganasan perlu dibalas keganasan. Dimulakan dengan kasut untuk George W Bush oleh Muntadhar al-Zaidi semasa sidang akhbar di Prime Minister's Palace di Baghdad, Iraq diikuti oleh kecaman hebat oleh Recep Tayyip Erdoğan, Perdana Menteri Turkey kepada Presiden Israel, Shimon Peres semasa World Economic Forum di Davos, Switzerland.

Lepas ni siapa yang akan ikut jejak langkah deme berdua ni?

Pemimpin negara Arab dimana?
Ahli OIC hanya Ohhh I See je ke?
pemimpin dari Malaysia tak kan masih labun je (baik kerajaan atau pembangkang)?

alihbahasa kecaman keras Perdana Menteri Turkey Recep Tayyip Erdoğan terhadap Presiden Israel, Shimon Peres

Moderator: There was a heated debate here. This is a discussion that can last for hours. We are already out of time.

Erdoğan: One minute.

Moderator: Mr. Prime Minister, well, you know

Erdoğan: One minute, one minute! No! One minute.

Moderator: Ok, but I want you not to speak more than one minute.

Erdoğan: Mr. Peres, you are older than me. Your voice is very loud. I know that you are speaking aloud because of the requirement of a sense of guilt. My voice will not be that loud. About murdering, you know killing very well. I am well aware how you murdered children on beaches. Two former prime ministers of your country had important sayings to me. You have former prime ministers who say When I entered Palestine on tanks, I feel more and more pleased. I can give their names. Maybe some of you wonder. Besides, I condemn those of you who applaud this persecution. Because applauding these killers who murdered those children, who massacred those people is, I believe, also another crime committed against humanity. Look, we cannot disregard a reality here. Here, I jotted down a lot of notes, but I dont have time to answer all of them. But, I will say you only two things:

Moderator: Excuse me Prime Minister, we cant start the debate again.

Erdoğan: Excuse me. First … excuse me, do NOT interrupt me!… First, The Old Testament says in the 6th commandment: “You shall not kill!” But there is murder here. Second, this is also very interesting. Gilad Atzmon, a Jewish himself, says: Israeli barbarity is far beyond even the cruelty. Besides, Avi Shlaim, Professor of Oxford who performed his military duty in Israeli army, says in the Guardian the following:

Moderator: Prime Minister, Prime Minister. I wanna ask to our host.

Erdoğan: Israel became a gangster state. (to the moderator) I thank you, too. For me … Davos is done for me from now on. I will never come to Davos again. You shall all know this in this way. You are not letting us speak. (Showing Peres) He spoke for 25 minutes, but you let me speak 12 minutes. No way!

p/s : SALUTE.....

wa chow sin

Sokong ZOOM Malaysia

Dulu Cuti Cuti Malaysia
tuko je menteri
tuko le kempen
La ni dah jadi ZOOM Malaysia

Memula ingat tak de sambutan
rupa rupanya sambutannya panas

demi menyokong ZOOM Malaysia oleh TDC
maka ADUN Bota lompat parti
sekarang siapa tak kenal Bota
Semua tahu kat Bota ada Stadium Bakri Rais
Semua tahu kat Bota ada pusat penternakan tuntung

Dulu kalo sebut je Bota
jenuh nak kena sebut Parit
tak pun kena sebut Ayer Tawar
Paling teruk kena sebut Sitiawan

Sekarang sebut je Bota
Semua tahu
semua kenal
semua teringin nak datang

Lepas ni ADUN mana pulak yang nak sokong ZOOM Malaysia ni
Lompatlah cepat
bila dah lompat
satu dunia kenal tempat tu

wa chow sin

Najib tiada Mardiana

Siapa Najib?
Bakal Presiden Umno
Bakal Perdana Menteri
Ahli Parlimen Pekan
Pengarah jentera pilihanraya BN P44
Pengarah jentera pilihanraya BN P36
Pemangku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak

Siapa Mardiana?
Watak orang gaji dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok

Selepas 2 kali masuk longkang kali ni Najib mungkin masuk longkang lagi sekiranya ada ADUN BN akan lompat parti ke Pakatan Rakyat. Sebelum masuk longkang lagi teman ingat Najib kena cari Mardiana untuk peringatkan longkang longkang yang perlu dilompat....

(nyanyi ikut stail mardiana dan apek dalam cerita ali baba bujang lapok)

Mardiana : NAJIB JAGA DEPAN ADA LONGKANG?

Najib : MANA?

Mardiana : LOMPAT

Najib : AIYA

Mardiana : LOMPAT NAJIB LOMPAT

Najib : AIYAAAAA....

p/S : Kalo payah sangat baik lompat parti je JIB

Pengat Pilihan Dugong

PENGAT LABU



Bahan-Bahan:

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm labu yang dipotong dadu (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji & daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir,labu & santan pekat. Biarkan mendidih selama 2 minit & hidangkan.

MB Perak

Macam macam hal kebelakangan ni melibatkan MB Perak
Macam macam cerita kedengaran tentang MB Perak
Macam macam khabar yang ditiup angin berkenaan MB Perak
Macam macam ganti nama diberikan kepada MB Perak sampai tak sanggup teman nak tulih

Sampai naik lugu teman mendengonya

Kalo sehari tak dengo nama Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar
Macam tak sah rasanya

Cuba jawap beberapa soalan teman?

1. Jika Pak Lah mai perak nak jumpa MB Perak dia jumpa siapa?

2. Jika ditanya kepada penyokong tegar dacing siapa MB Perak, apa jawapannya?

3. Jika meeting Majlis Raja Raja siapa akan escort Sultan Perak?

Jadi cuba belajar untuk terima kenyataan
Belajar untuk kenal pemerintah
Belajar kenal siapa pembangkang
Menidakkan Nizar adalah menidakkan keputusan Sultan Perak

KENAL DIRI, KENAL RUANG

Jika betul ada salah laku MB Perak
Jika salah laku itu ada bukti
Jika bukti itu lengkap
Lengkapkan aduan kome ke SPRM atau anto memorandum ke Sultan Perak.

wa chow sin

Statistik Januari 2009

HELLO


BYE

-de' owner-

bila Perak cuti

MB Perak umumkan bahawa sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah maka negeri Perak akan cuti umum pada 3 Februari 2009. Ini adalah untuk memberi rakyat untuk turut sama meraikan sambutan Jubli Perak ini.

Hmmm cuti lagi... hehehehe seronok le yang keje gomen... tapi kalo jabatan dari federal cuti jugak ke? Maklum le Dato Zahid Hamidi kata jabatan dari federal tak boleh campur ngan jabatan state.

Esuk teman kena tanya kekawan yang keje di Perak under jabatan dari federal...

wa chow sin

Sambutan Jubli Perak

Ampun Tuanku sembah patik harap diampun
Izinkan patik bersuara barang seketika
Ada pun patik ini ingin meluahkan rasa hati yang berbangga berada di bawah payung Tuanku
Menjadi doa patik agar Tuanku sekeluarga
Terus berada dalam lindungan Allah
Terus dilimpahi kurniaan-NYA
Terus diberikan kesihatan yang sempurna agar dapat teruskan memayungi kami
rakyat Negeri Perak.

DAULAT TUANKU

TV dulu dan TV sekarang


Tengok Berita lagi

Tu la...
teman dah kabo kat diri teman...
kurang-2kan tgk berita kat tv tu...
bukan aper...
takut teruk muntah-2 nanti...
hehehehehe...

dua senario berbeza dalam masa satu malam...
berita tv3 tengah hebuh duk memperkatakan...
AKTA LOMPAT PARTI...
hehehehehe...
betapa desperatenyer orang Umno...
siap ader satu ADUN tu kabo...
orang yang lompat parti nih adalah tidak bertamadun...
seolah-olah seperti katak yang berakai...
hehehehehe...
teman kabo dalam hati...
kalau orang lompat ker kome...
idak pulak jadi katak tak bertamadun...
dulu ingat tak lompat besar-besaran di Sabah dan Sarawak dulu...
kira nyer kome nak kabo yang deme pun katak tak bertamadun jugak la...
hehehehehe...

pehtu biler tema balik ke umah dalam kui 10...
duk baca blog rakan-rakan...
ader la kisah 2 exco perak yang nak jadi katak tak bertamadun...
hehehehehehe...
mula nyer nak gelak-2 jer...
tapi sekang dah tahap nak terbelakah ler pulak...
desperate tak hingat nyer...

hancuq la....