dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 February 2009

Semoga Berjaya

HELLO

Untuk makluman semua rakan penulis de' Anje Online dan para pembaca.

Salah seorang penulis meminta agar namanya dikeluarkan sebagai salah seorang penulis di blog ini.

Ini disebabkan keadaan kesihatannya yang kurang baik serta komitmen kerja yang bertambah.

Buat Leman3suku, semoga berjaya.

Jika platform menulis ini diperlukan kembali jangan segan silu memohon.

Sekian. Terima kasih.

BYE

-de' owner-

sejarah lompat lompat

petikan dari blog mso

Pada tahun 1960 dan 1961 telah berlaku lompat melompat parti yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu yang dibentuk selepas pilihan raya umum 1959 tumbang.

Dalam pilihan raya itu Pas menang 13 kerusi DUN Terengganu dan menubuh kerajaan dengan majoriti mudah. Umno menang tujuh kerusi manakala Parti Negara tiga dan satu MCA.
Perisitwa melompat parti bermula dengan seorang Adun Parti Negara, Ismail Abbas telah menyertai Pas. Beliau kemudian dilantik menjadi Exco Kerajaan Terengganu.

Selepas itu keadaan jadi terbalik dua orang ahli Pas, Wan Said dan Wan Abdul Kadir telah berpaling tadah dan menyertai Umno. Kedudukanya menjadikan Perikatan bertambah dua kerusi menjadi sembilan kerusi manakala Pas 12 kerusi - tidak termasuk speaker.

Pada tahun 1960 Perikatan telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada kerajaan Pas tetapi tidak berjaya. Walaupun dua Adun Pas menyertai Umno tetapi semasa mengundi dua Adun Parti Negara mengambil sikap tidak mengundi.

Bagaimana pun percubaan kedua Perikatan tahun 1961 membuahkan hasil bilamana dua ahli Parti Negara itu telah menyertai Umno. Semasa dijalankan undian dua orang ahli Pas, Ahmad Azan dan Wan Ismail dari Jertih juga telah mengundi Umno. Keadaan ini menyebabkan jadi kelam kabut kerana kedudukannya 12 – 12.

Bagaimana pun akhirnya Pas terpaksa mengaku kalah juga apabila speaker dari Pas telah diam-diam menyertai Umno. Maka tumbanglah kerajaan Pas Terengganu hasil politik katak itu.

Apa yang berlaku di Terengganu 48 tahun itu satu realiti politik dan dicatat dalam sejarah politik negara ini. Sebagai sejarah peristiwa itu tidak mustahil akan berulang sekali lagi atau untuk beberapa kali lagi dari masa ke semasa.

Resign? PRK? Bubar?

2 orang exco yang dikatakan telah resign mengaku masih belum resign.
2 orang exco dikatakan lompat menjadi bebas

2 Pilihanraya kecil lagi?

Ahhh jika payah sangat
Mengadap Sultan Azlan Shah
Mohon perkenan pembubaran DUN Perak

Dari 2 pilihanraya kecil menjadi 59 pilihanraya kecil

p/s : politik ini seketul batu. jika nasibnya baik batu pun timbul

wa chow sin

Dua Pilihanraya Kecil: Tekanan Baru Untuk BN

petikan dari weblog Husam Musa

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah,... (more)