dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 February 2009

politic game

Jika difikirkan logik memang MB Perak kena letak jawatan atau jawatan MB telah dikosong secara automatik tetapi kronologi masa DYMM Sultan Perak menitahkan Nizar letak jawatan belaku dalam pukul 1 petang iaitu masa Nizar mengadap Tuanku.

Speaker DUN Perak failkan saman bagi mengistiharkan pengosongan DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang pada 11.40 pagi ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menidakkan keputusan SPR.

Adakah dengan kronologi masa sebegini membolehkan mahkamah menangguhkan apa sahaja keputusan selepas saman ini difailkan sehingga diputuskan oleh mahkamah?

p/s : fuh macam main RTS (real time strategy) punya game la pulak.

rope a dope

adakah keputusan DYMM SUltan Perak seperti tactical movement yang dicipta oleh Muhammad Ali dalam Sukan Tinju iaitu rope-a-dope?

Teman dok pikio sekiranya teman in Tuanku shoe gerenti teman akan buat tactic ni.

Mengapa?
Semuanya kerana rakyat.

Harus diingat
agree to PR, rakyat sokong BN tak puas hati
agree to BN, rakyat sokong PR tak puas hati

so best move
jangan bubar DUN Perak dulu
lucutkan jawatan semua MB dan MMK dari PR
so rakyat sokong PR marah sangat

bagi BN kuasa
bagi BN jadi MB dan MMK
so rakyat sokong BN suka hati sangat

seminggu lepas BN berkuasa baru bubar DUN
atas sebab ada rakyat (dibaca : rakyat sokong PR dan rakyat sokong BN) tak puas hati
bila DUN perak dah bubar
then the both side of rakyat will happy.

Federal govern not happy?
That's their problem.....

my 25 cents

wa chow sin

tak bubar

petikan kenyataan media rasmi dari Pejabat Sultan Perak,

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.
So what to say
Sebagai rakyat negeri Perak teman terima keputusan Tuanku
Tuanku semestinya lebih arif tentang keputusan yang dibuat.

DAULAT TUANKU!!!

depan istana kinta

on the way teman balik teman singgah kejap kat depan Istana Kinta
sembang sepatah dua ngan jurukamera berita yang dok standby

teman tanya sampai bila nak berkampung ni?

jawap dia, pukui 6 karang Pak Lah nak mai mengadap. Standby je la.

oooo Pak Lah nak mengadap. Abih tu lambat lagi pukui 6 yang dok pacak kamera tengah panas ni apa hal?, teman tanya lagi

maybe najib nak mengadap. present nama mb dan line up exco BN. tu yang standby ni.

mendengokan jawapan cameraman tu teman nak gelak beso.... Sebelum teman blah teman bisik kat dia bagitau geng umno kat casuarina bagitau yang najib dah balik KL.

Terkebil kebil cameraman tu bila dengo apa yang teman bisik.

wa chow sin

cabut lari dari casuarina

lepak lebih kurang sejam setengah
teman decide nak blah je.
makan dan. minum pun sudah.
ada le sikit sikit cerita buat kenangan

ada seorang ketua bahagian
lepak kat meja yang teman lepak
sembang sembang sambil minum
tetiba dia pun buat lawak
semua kat meja tu gelak beso termasuk teman

dalam dok gelak tu teman rasa gelak teman sumbang sekali.
tu yang buat teman blah tu
lagi pun langit sudah gelap.
macam hujan nak turun

Casuarina

Makan free. Minum free. Asap rokok berkepul kepul. Semua sofa penuh. Ada dato'. Ada datin. Ada jugak yang tengah congak kawasan balak. Ada jugak dok huloq proposal projek.

Lobi Casuarina

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

lunch hour

politik pun ada break
la ni semua tengah break lunch hour gamaknya

teman pun nak mencari apa rezeki teman tengahari ni.

Mungkinkah akan terjadi...???

Mungkinkah akan terjadi....
satu kerajaan perpaduan...
antara PR dan BN...
di perak...

ermmmm

macam impossible jer...
bagi teman....
gula dan garam tak bleh duk satu bekas...
rimau dan kambing xbleh duk satu kandang...
durian ng timun tak bleh duk satu karung...

impossible...

chalo....

Boleh pulak

hehehehe...

teman tak nak sesak-2 kat saner...
so teman ikuti saje perkembangan dari internet...
bukak utusan...
tengah duk syok-2 cerita pasai perak...
bleh terselit citer parking...

hehehehe....

ajenyang lawak betui...

istana dan mahkamah

dua instituisi yang mejadi perhatian hari ini

Di Istana Negeri Perak menantikan keputusan tentang Kerajaan Negeri Perak

Di Mahkamah Tingi Ipoh pula Speaker DUN Perak sedang failkan pengesahan pengosongan DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang seperti yang termaktub dalam surat akujanji yang juga surat perletakan jawatan.

Tak lupa juga berita dari Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membicarakan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mana Koperal Sirul Azhar Umar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

dengo ceritenya

bila Dato' Nasa lompat ke PKR
ramai pengikut turut lompat sekali
ini terbukti masa Ceramah Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais

berita dari orang Bota
Yang mengikut lompat ari tu
turut mengikut lompat kembali ke UMNO

ini membuktikan bahawa
bukan parti yang menjadi pilihan
pilihan pengundi hanya kepada siapa calon

p/s : jenuh isi borang... kejap borang PKR... lepas tu borang UMNO balik... jangan lupa bayo yuran sekali.

inilah harinya

inilah harinya untuk toke prepaid buat duit

inilah harinya untuk toke server mintak tambahan duit sebab website over bandwidth

inilah harinya untuk toke casuarina gembira sebab ramai orang datang bertandang

inilah harinya untuk toke print poster menanti sama walhal tak pasti samada toke tu pengundi berdaftar atau tidak

inilah harinya untuk ketua jabatan IT menguji webmasternya samada boleh bekerja under stress atau tidak

inilah harinya untuk pengguna menguji adakah streamyx bekerja dengan baik atau sangkut sangkut

inilah harinya.....

kenapa perlu bubar

ini adalah pendapat teman
mengapa perlu bubar DUN Perak.

1. Untuk beri peluang kepada rakyat memilih. Inilah demokrasi namanya sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat.

2. Untuk memastikan tiada pergolakan dalam rakyat. Don't under estimated people power.

3. Untuk menteluskan sesebuah kerajaan. Ini penting untuk mendapat kembali rasa hormat rakyat kepada kerajaan memerintah. Sanggup ke memerintah jika asyik dimaki hamun, dikeji dan disumpah seranah.

4. Untuk memastikan lepas ni tak de cerita lompat lompat parti. Sanggup ke selang setahun bubar DUN pasai bila ada je ADUN tak pueh hati lompat ke side satu lagi. Dengan adanya pilihanraya negeri semula maka parti yang bertanding akan menapis calon yang dipertandingkan. Secara tak langsung pilihanraya negeri ini akan menjadi penapis kepada kualiti calon.

Cuma kalo boleh bubar bersyarat

syaratnya

1. Yang kalah perlu akur kemenangan pihak lagi satu. jadi tak de cerita lompat lompat ni lepas ni

2. Jika ada lompat lompat juga maka secara automatik hilang kedudukan ADUN

Teman ingat kalo boleh buat macam tu....
baru le hidup rakyat Perak aman damai
tanpa pilihanraya setahun sekali.

wa chow sin

Masih menunggu

menunggu keputusan DYMM Sultan Perak.
DS Najib dah mengadap dan bagitau BN ada majoriti
Apa saja keputusan DYMM Sultan Perak
akan diterima dengan hati yang terbuka.....

peluang perniagaan

dalam keadaan macam ni
macam ada rama rama hehehehehehe

yang seronok toke prepaid
kalo tuan nobisha dapat info tentang panadol actifast habis di Perak
teman dapat info top up prepaid di Perak kena order baru

nasib baik prepaid boleh juai guna sms
kalo tak ramai yang tak boleh sms

stok panadol
kena tunggu dihantar dengan lori.

lagi satu menatang yang lompat

lagi satu menatang yang krojer nyer lompat...
dari satu pokok ker satu pokok...
asyik tgk katak jer lompat...
tu belum tgk orang yang suka lompat...



lompat kalau tinggi sangat takut nanti kalau jatuh lagi kuat sakit nyer...

lompat sana lompat sini

fuh lompat saga come to the end
the classic of it this adun bota
lompat sana pastu lompat sini balik

ok fine....
your decide this the best
best for Bota's people
best for Malaysian
best for party
best for you

I got this two question?

One for Dato Nasaruddin,
1. Bagaimana status 11 cawangan umno yang dibubarkan dan ahlinya join PKR seperti yang berlaku masa ceramah mesra rakyat di stadium Bakri Rais tempohari?

Second for Dato Zaim or whoever in command of UMNO Parit,
2. Bagaimana pulak dengan resolusi mesyuarat bahagian UMNO Parit yang bersumpah untuk tidak memenangkan Dato Nasa jika bertanding sebaik sahaja Dato lompat parti?

wa chow sin