dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 February 2009

siaran langsung dari kediaman menteri besar perak

Siaran langsung dari kediaman menteri besar perak...


Sebahagian yang datang...


Yang nih lagi sebahagian...


sebahagian lagi...


lagi bahagian yang hadir...


berapa kali bahagian la...
kalau kat tv ng paper kater 100,150 atau 221 orang yang hadir....
tak tau la teman...
naik biru muke orang tv3 tadi kene perli...
hehehehehe....


kalau kome perati kat bawah pokok tu...
ader kaum cina duduk sekali dengor ceramah...
dikeliling kepiah putih penuh...
unity beb yang semakin pupus dewasa ini...
teman kagum tadi...


ader lagi sebahagiannyer...
ramai betui yang hadir...
tu belum yang duk kat luar pagar...


yang nih la paling classic teman nengok...
kalau deme kabo balik kat teman dia nih mamak...
teman minta maaf sesiap...
sebab ini adalah 1st impresation teman...
masa teman ternampak warga ini india...
mendongak dengor ceramah...
lokasi paling depan menghadap main stage...


ketika dan saat ini DSAI sedang memberikan ucapan...


teman kabo terus terang la...
kali terakhir integrasi kaum...
yang pernah lalui adalah tahun 2003 dahulu...
ketika itu teman kroje kontrak dengan Finisar...
rakan sejawat teman terdiri daripada...
sorang cina, sorang india dan sorang singh...
dan teman sorang melayu...
tiap hari selama 2 bulan kami krojer...
kami akan makan tengah hari sekali...
isap rokok sekali...
gi enjoy lepaih krojer sekali...
berenti pun sekali...
dalam duk lepak-2 tu...
ader skali member yang cina tetiba kabo...
kita nih MALAYSIAN kan...
semua ader...

same thing goes here...
kalau dulu teman diunite kan oleh satu kontrak krojer...
kali ini rakyat perak disatukan dengan satu matlamat...
BERIKAN KEMBALI HAK RAKYAT....

Baru 1/10


wahai media mainstream...
hat nih baru 1/100 jer tau dari yang mai...
yang lain tu duk kat depan nuh...

demi ni Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak...

KEMELUT POLITIK DI PERAK


Kemana hilangnyer perimanusia


ni pehal lak budak nak pegi sekolah agama rakyat pun kene nih...

p/s menggaru kepala teman walaupun tak gatal...

*this is a real footage taken in istana chandan riot last friday 6/02/2009...

Sessi Penerangan

Dari sumber yang teman dapat dan boleh dipercayai
satu sessi penerangan oleh Dato' Nasaruddin kepada ahli parti UMNO Bota
berlangsung di Bandaraya Ipoh tadi
Dengo khabonya deme buat kat hotel
Jenuh le makcik makcik dari Bota layan High Tea

Tujuan sessi tersebut adalah untuk Dato' Nasa menerangkan sebab sebab lompatannya
Teman dapat tahu jugak semua yang datang tiada masalah dengan lompatan Dato' Nasa itu

Bagi teman yang memang pengundi Bota
teman pun tak de masalah dengan hal lompat lompat Dato' Nasa tu
Lantak die le nak lompat kemana pun

janji yang penting

Mintak projek 3-4 juta Dato', boleh?

siapa Mardiana Najib?

Seperti yang teman pernah tulih pasai Najib tiada Mardiana
Dan Najib akan jatuh longkang
Rupa rupanya analisis teman tak betoi
Bukan sikit sikit punya tak betoi
Banyak ya amat sangat tak betoi nya

YA
Terbukti Najib ada Mardiana
Mardiana yang berjaya menyelamatkan Najib dari jatuh longkang buat kali ketiga
Siapa Mardiananya itu?

Layan dulu...

Betui kater brader rantong tu....
hehehehehe...
asyik layan pala ng politik jer...
jom kita karaoke pulak...

bila hal senang disusahkan

Keadaan politik Perak yang panas kebelakangan ini sepatutnya tidak perlu berlaku jika hal yang senang dipermudahkan.

Bila yang senang tu dipersusahkan maka jadi le seperti sekarang ni.

nak kata hang government Perak ada MB.
bukan satu tapi 2 orang MB

Nak kata BN take over
Kerajaan PR masih wujud

kalo dalam chess game dikira stalemate
masing masing tak boleh bergerak dan akan dikira seri

tapi itu chess
ini kerajaan
perbezaannya nyata

Jadi pandangan teman elukle permudahkan apa yang senang tu
Mohon DYMM Sultan Perak perkenan sidang DUN tergempar untuk satu usul undi tidak percaya kepada kerajaan PR sekarang.

Teman rasa jika ikut peraturan yang betul
MB Perak Pakatan Rakyat akan rela hati letak jawatan
Bukan setakat jawatan MB
malahan rumah rasmi dan Camry turut diserahkan kembali

Apa yang perlu sekarang ni IKUT PERATURAN.
malahan speaker DUN Perak juga dah menghantar surat agar diperkenankan sidang DUN tergempar.
Ampun Tuanku DYMM Sultan Azlah Shah, patik mohon agar sidang itu diperkenankan agar rakyat kembali aman damai.

Lagi pun apa dibuatnya YAB Nizar tu jadi MB lagi
Bukannya ada gaji (gerenti gaji dah pi ke MB baru).
Bukannya orang bagi masuk pejabat (kalo masuk pun kena halau buat apa)
Yang YAB Nizar nak agar pelucutan jawatannya perlu mengikut peraturan.

Kalo tak nak ikut peraturan pun
apa kata Pejabat Istana Perak keluarkan satu surat rasmi perlucutan jawatan YAB Nizar sebagai MB Perak

Cuba cuba le mudahkan benda yang senang...

Syukur

Rasa syukur dan alhamdullilah dapat teman rungkaikan dengan perkembangan terbaru nih...
Sekurang-kurangnyer mereka sedar yang yang benar itu selalunyer diperkenankan ilahi...

Dengan ini terlah terbukti kepada semua rakyat...
Siapa yang menjerit dan siapa yang cuba berkerja...

....Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.....

Petikan Blog...

Pengat Pilihan Dugong

PENGAT NANGKA


Bahan-Bahan:

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm nangka hiris
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, nangka dan juga santan pekat. Kemudian biarkan ia mendidih selama 2 minit dan dihidangkan.

Tahukah anda...?

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la komé maknanya

PM gagal cari pelakon tambahan


(*PM dalam post ini merujuk kepada production manager)

esok masih lagi cuti umum sempena Thaipusam...
oleh yang demikian ramai warga kota balik kampung...
tu yang ramai tu jer yang ader...
PM dah terdesak...
director dah mengaruk...
bomoh pun bomoh la...
disyaki mereka nih tengah ader kelas nak jadi bomoh...
tu yang ader kain kuning kat pala tu...
hehehehehe....

Siapa berbalah...???

menurut kata ah lah...
jangan la kita berbalah...
mari cara jalan mau kasi selesai itu masalah...
saya ada sikit mau tanya...???
sapa bikin kasi berbalah...???
kita ala duduk happy apa...???
bukan lu olang ka mari kaco...???
lagi satu ha...
lulu sapa cakap 'our economy has no problem...'
sikalang pasai apa mau kasi cari jalan mau kasi selesai pulak...
ooo ya....
cakap tala selupa bikin punyer..........

Kenapa sekarang dah lain

seperti yang teman kabo dalam lakaran teman semalam...
institusi kesultanan perak seolah hilang serinyer...
selama hari ini teman sendiri pun disogok dengan...
media dan cerita yang menyatakan betapa sultan teman nih...
elok benor peribadinyer...
cantik benor kelakunyer...
tinggi benor ilmunyer...

tetapi kenapa pulak dengan satu suis ditekan...
yang hijau jadi merah...
yang putih jadi hitam...
yang halal jadi haram...

kalau teman tulih aper yang teman dengor hari ini...
rasanyer mau teman kene lepak tmpt krojer abg sham (9W2OCC)...
so teman tak mau nak ngomel kan mende nih...

cuma kekesalan teman yang timbul...
hanya disebabkan nampak cara dan gayanyer...
silap suis ditekan...
abis semua persepsi baik...
abis semua pandangan elok...
abis semua pegangan yang kukuh...
jadi jahat, buruk dan luruh...

rakyat marah dengan tindakan sultan perak...
rakyat memberontak dengan keputusan sultan perak...

abis semua sifat buruk diketengahkan...
abis semua perangai tak elok diutarakan...
sedangkan dulu yang tak molek pun didiamkan...
yang buruk disenyapkan...

kerana pandangan positif kita...

sesungguhnyer kata DJ faberet teman dulu...
kembali terngiyang-ngiyang ditelinga teman...

"tinggalkan sedikit benci kepada yang kita sayang...
dan tinggal sedikit sayang kepada yang kita benci..."

Cerita Perak

teman pernah tulih pandangan teman di SINI.

Dari pemerhatian teman
Apa yang berlaku sekarang ni
Lebih kurang sama dengan apa yang teman tulih

rakyat sokong PR tak puas hati
rakyat sokong BN bergumbira

Dengan apa yang berlaku di Kuala Kangsar jumaat lepas
seolah memberikan DYMM Sultan Perak sebab untuk bubarkan DUN
Mungkin menunggu masa yang sesuai
atau melihat sejauh mana usaha Pakatan Rakyat

Rasanya selasa akan datang
seluruh mata akan tertumpu kepada
instituisi mahkamah
ada saman yang perlu diputuskan
ada saman baru yang mempertikaikan kerajaan BN di Perak.

dan teman masih menanti
pukulan KO dari DYMM Sultan Perak
pukulan KO yang memberikan hak rakyat kepada rakyat